March 25, 2010

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang ( Kredit gambar kepada Pakcik Hensem )

Tahukah anda apa maksud dengan pepatah melayu di atas?. Maksudnya adalah "Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya" .  Apa kaitannya dengan diri kita ? Pepatah ini membawa makna yang positif dan menyuruh kita berfikiran positif demi mencapai hasrat dan cita-cita yang kita inginkan.

Ingin juga saya berkongsi pengalaman dan pendapat peribadi mengenai perkara ini. Satu pengalaman untuk dikongsi bolehla baca entry ini :


Kali ini, sekali lagi saya ingin menyentuh berkenaan blogging. Berblogging ni bukannya mudahkan? Bagi bloggers yang mencari pendapatan sampingan tidak kiralah melalui Nuffnang ataupun Advertising Company yang lain, hits dan bilangan pengunjung adalah amat penting bagi menambahkan pendapatan.

Disini, saya ingin berkongsi pendapat melalui pengalaman dan pembacaan membaca di internet dan juga blog-blog popular yang lain seperti Melromeo, Kak Jie, Abang Nara, Ariff Shah,Cik Epal, Kak Ina KL dan ramai lagi yang bersesuaian dengan tajuk entry ini . Inilah dia :

1) Yakin dan Percaya Pada Diri Sendiri

2) Ukur Baju Pada Badan Sendiri - Lain orang lain caranya, macam saya sendiri, walaupun hits saya sebulan naik tidaklah begitu ketara, namun saya sudah cukup puas hati kerana lain orang lain caranya. Tidak perlu nak bandingkan dengan mereka yang popular (bukannya saya ya,contohnya Melz dan lain-lain ) dan cuba menjadi seperti mereka dengan pantas , kalau kena caranya tidak ke mana. Biar lambat tapi gembira dari cepat tapi tersungkur di tengah jalan (hangat-hangat tahi Ayam)

3) Usaha yang berterusan dan konsisten

4)Perbaiki kelemahan diri - Bertanya pendapat rakan-rakan dan memperbaiki kekurangan dan gaya penulisan. Sebab itu saya buat segmen terjah, salah satu untuk memberi pendapat dari sudut pembaca.

5) Belajar dari Kesilapan dan Tidak Mudah Berputus Asa

6) Pilih strategi yang terbaik dan kena dengan cara kita. Jangan terlampau mengikut kata dan pendapat orang, sesuaikan dengan cara kita. Kalau terlalu asyik dibuai mimpi, susah jugakan?

7) Cipta Kelainan yang membuatkan Orang Tergoda dan Ingat dengan Anda

Serangkap pantun buat semua :

Gengam Bara Apa Biar Sampai Jadi Arang
Bersusah dahulu bersenang kemudian
Lain padang, lain belalang
Usaha dan semangat yang kental akan ada habuan

Fikir-fikirkan....

P/s : Berani ke anda gengam bara api? Cakap lebih mudah dari mengotakannya kan? Tepuk dada, tanya selera. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

P/s/s : Apa pula pandangan Anda? Adakah berblogging satu perkara yang mudah?

19 comments:

  1. kadang2 tu kering gak idea nak buat entry
    tercari2 apa yg nak di tulis

    ReplyDelete
  2. blogging susah jugak.. kdg2 otak beku...

    ReplyDelete
  3. betul3...bagus entry ni...mengingatkan pada kelemahan sendiri

    ReplyDelete
  4. Bagi i yg tak pandai buat karangan
    agak susah le nak menyusun ayat2 yg uummpphhhh...
    utk menghasilkan entri2 yg mantops gitu....
    but i jez enjoy blogging...

    ReplyDelete
  5. entri yang memberi motivasi :)
    saya juga masih baru dalam blogging ni..
    yang penting kena ikhlas dalam menulis blog..

    ReplyDelete
  6. genggam bara api.... biar sampai dapat cek nuffnang... :)

    Bila berblog.... kalau sesemangnya minat.... xla susah...

    ReplyDelete
  7. apa pun
    majulah blogging untuk kesejahteraan negara

    ReplyDelete
  8. ssh jgk nk blogging ni.kte kne ade style sndri nk tarik traffic.bknnye sng nk suro org dtg bc entry kte.

    dh 1thn lbh sy blogging,tp br skrg nmpk byk traffic msuk.

    ReplyDelete
  9. tgk pada niat..x berani nak genggam bara api..kalau genggam ais berani gak..cuma kalau keje baik..insyaAllah Allah tunjuk jalan walau berliku..huhu..

    ReplyDelete
  10. aku selalu tak leh ukur baju kat badan







    sbb baju yg aku amik tu sselalu besar




















    sedeyhhhhhh

    ReplyDelete
  11. hidup teacher onizuka. akak respect ko lah tak kedekut ilmu.

    ReplyDelete
  12. o0ops. recent entry aku juga tTg kejayaan. mungkin. lebih kurang la.haha

    ReplyDelete
  13. mcm blog nilah...Ingat eriqazz ingat pantun..ingat pantun ingat eriqazz......

    ReplyDelete
  14. salam singgah wat mr.eyriqazz nk mnte pndng ckit klu dikutkn templates kt blog sy pe yg xkne..bole ksi komen ckit..n sesuai untuk ape...
    newbie..hee

    ReplyDelete
  15. yeah!betol tuh.
    but literally, ade ke yang snggup genggam bara tu sampai jadi arang ek?panas kott! ngee~

    ReplyDelete
  16. blogging walaupun kedengaran mudah tapi nk perah idea tu memang susah.. jadi kesimpulannya, nak cari duit bukan senang walaupun ada nuffnang...

    ReplyDelete
  17. I like entry called "kunci kejayaan"...the experience much same as me too...

    ReplyDelete
  18. tulah pasal..bukan senang nak suruh orang baca N3 kita kan..kalau orang tak suka mereka susah nak datang lagi...
    kadang-kadang peninglah nak cari idea..nasib baiklah akak ni suka masak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails