April 4, 2010

KOLEKSI KASUT DATO' JIMMY CHOO

Seperti dijanjikan di entry Jalan-Jalan di Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2010 , inilah koleksi kasut Dato' Jimmy Choo yang dijual dan dipamerkan di festival ini .


RM350,000 (fuhh, sepuluh tahun gaji aku ni)

Kasut bertatahkan permata dan berlian,  agak-agak siapa yang mampu beli ya? Dengan RM350,000 boleh beli sebiji Kondominium di KL, 3-4 biji Kereta Vios,menunaikan haji ataupun melancong sepuas hati di dalam dan luar negeri.

RM230,000 ( Kalau kerja seumur hidup dan 2 kali pencen pun belum mampu nak beli)
RM230,000 juga
RM150,000 , cantik kan?
RM200,000, sangatlah cantik juga

Yang RM200,000 ni rasanya sesuai dengan Redmummy. Merah-merah gitu dan grant. Hik, Income blogging redmummy setahun (kalau tidak digunakan) mampu untuk beli ni. Betultak redmummy?

Teruja juga nak tengok di satu tempat show nya, namun tidak dibenarkan masuk .Rasanya untuk VIP sahaja kot .Inilah tempatnya :

Ekskusif 
Serba Ungu (kenapa Raflesia ya)
Dikawal ketat

Fuhh, koleksi kasut Raflesia tu mesti lagi menarik kan? Agak-agak ada yang cecah RM1 juta tak? 

Untuk lebih lanjut pasal Dato' Jimmy Choo bolehla rujuk di sini :

Koleksi Kasut Dato' Jimmy Choo mengujakan
Rupanya cantik dan menawan
Seronok dipandang namun di luar kemampuan
Tengok sajapun sudah teruja sakan

P/s :Amcam, teruja tak tengok Koleksi kasut Dato' Jimmy Choo ini? 

P/s/s : Takpelah, dapat Larrie dan Crocodile pun cukuplah untuk ku. Anda pula bagaimana pula?

16 comments:

  1. mak aii..rs mcm trlbih mhl sgt jer..

    ReplyDelete
  2. perghh..
    mhalnye...
    xmampu nk beli..

    ReplyDelete
  3. mak ai...very expensive...
    mcm bole wat nagn duit tue..
    mcm2 bole beli..

    ReplyDelete
  4. Dni ada kasut Dato' Jimmy Choo.. tapi yang harga ratus2 je.. oh.. mestilah tak ori.. huhu.. apokandayo.. kepingin.. dapat klon pon jadila.. tu pun ratus gak. heran kan.. :'(

    ReplyDelete
  5. Memang teruja. Tapi kan . . . setakat nak pakai kat kaki - harga macam agak melampau ohh ! Haha :)
    Eyriqazz nampak tak sesapa beli kasut JC ?

    Emh, JC orang malaysia ker ?

    ReplyDelete
  6. cantiknya.. teruja!!
    esp yg color biru n merah tuhh
    menggugat keimanan

    ReplyDelete
  7. Tu lah kreativiti kalau diuruskan boleh jadikan manusia kaya raya dan terkenal

    ReplyDelete
  8. wow..cntik gilers.....
    tp hanya mampu melihat..xmampu nak beli...datin2 jer mampu pakai

    ReplyDelete
  9. salam, ....puh RM350,000 sepasang kasut, dapat beli 5 bijik rumah kos rendah tu hehehe...nice info dan sudah add link tuan di http://myjazmanie.com/bloggers-links/

    ReplyDelete
  10. huhu tak sanggup u beli yg mahal2 tapi dok kat kaki je..tapi tak tau la kalau duit dah terlebih2 nanti..hahahha

    ReplyDelete
  11. very nice..
    tp memang lah terr sangat mahall..
    baik beli kerete, rumah..hou

    ReplyDelete
  12. Kalau beli tu, sanggup ke nk pakai? Uhu... Mahal gile..

    ReplyDelete
  13. sebab ramai artis hollywood beli kan? sebab tuh mahal. kalo nose atau vincci tiru design tuh, paling mahal pun RM89.90 je kot.. sama cantik sama lawa

    ReplyDelete
  14. saya pun tgk kasut2 tu..over betul..lebih baik beli umh sebijik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails