April 21, 2010

Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin

Salam dari Eyriqazz,

Sambungan dari entry, DARA : Adakah Ianya Penting?, inilah tajuk yang dipilih untuk diceritakan di entry kali ini :

Ranjau Kewangan SeoRang Lelaki Untuk Berkahwin

Sebelum saya meneruskan perbincangan ini, saya ingin tekankan dan buat andaian bahawa ranjau ini bagi lelaki yang tidak mendapat any sponsors untuk berkahwin tak kiralah FAMA(Father and Mother) ataupun saudara mara dan 100% belanja kahwin adalah dari diri sendiri (kalau yang sponsor sikit-sikit tu boleh la juga kot).

Jom kita layan Bajet kahwin dulu :

 Setuju ke dengan jumlah ni?

Pandangan peribadi saya, saya tidak bersetuju dengan jumlah ini.Barang hantaran sekarang ini, at least RM2 ribu, wang hantaran RM8 ribu (paling murah di pasaran,kalau ada Master dengar cerita RM10k,kalau kahwin ngan anak orang kaya, lagi-lagi bertambah), dan yang lain-lain rasanya sekurang-kurangnya RM25 ribu diperlukan. Terus-terang saya dulu masa kahwin, jumlah keseluruhan melebihi RM30 ribu (termasuk beli perabot baru dan baiki rumah).

Inilah antara ranjau kewangan seorang lelaki untuk berkahwin berdasarkan pengalaman peribadi ,rakan-rakan dan pembacaan :

1) Majoriti lelaki yang belajar mula bekerja sekitar umur 21-25 tahun. Semasa mula bekerja gaji yang diberikan biasanya minimum di sektor pekerjaan. Average yang boleh saya berikan sekitar RM1,500-RM3,000. Ketika ini, katakanlah dapat menyimpan RM200 sebulan (honestly,saya dulu masa mula kerja nak simpan RM100 sebulan pun susah), berapa lama yan diperlukan untuk mendapat RM25,000? 125 bulan ataupun 10 tahun. Sanggup ke wanita tunggu 10 tahun?

2) Macam kes saya,honestly duit simpanan tak cukup ditambah pula baru saja menyelesaikan pinjaman rumah mak yang diheret sampai ke mahkamah. Mak mertua pula,sudah bagi syarat, umur 25 tahun kena kahwin kalau tidak Isteri akan dijodohkan dengan orang lain. Jadi, Pinjaman Peribadi lah jalan dituju . Bukan setakat satu, 3 pinjaman peribadi dibuat,  Alliance Bank, RHB Bank dan OCBC Bank. Nasib baik saya mempunyai pekerjaan yang tetap dan sudah diseratkan ke jawatan tetap masatu. Cuba bayangkan bagi yang sukar mendapatkan pinjaman?Apa pilihan lain yang ada? Pinjam Ah Long? Kahwin Lari? Lu Fikir lah sendiri bak kata Nabil.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

3)Syarat dah wajib kahwin, ramai lelaki dah hampir menjejak 30 tahun (ramai lagi rakan sekolah dan seuniversiti saya yang lelaki yang belum kahwin), namun dek kerana kekangan kewangan, bercouple bertahun-tahun lamanya .Saya ni nasib baik lagi, kenduri kahwin buat ala kadar saja. Kalau kena buat besar-besaran? Itulah ada orang kata, kahwin sekejap saja, tapi dok bayar hutang kahwin bertahun-tahun tak habis lagi. Samalah dengan saya. Nasib baik takde pinjaman PTPTN or etc.

4) Bukti yang nyata saya nampak semasa kursus kahwin di Bangsar, dalam satu slot, ada slot rehat yang bank-bank dari luar datang untuk kasi borang untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Lebih dari 70% pasangan yang datang mengambil borang tersebut.

Bukan senang nak kahwin ni terutamanya bagi lelaki. Adat perlu dipatuhi, tapi jika adat membebankan diri sendiri ,patutkah? Patutlah pepatah melayu ada mengatakan, 'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'. Saya tambah sedikit, 'Biar Berhutang Puluhan Ribu, Adat Perkahwinan,berkompang,etc mesti dikekalkan'.Mangsanya? Siapa lagi, pengantin lelaki la.Dek ingin menjadi Raja Sehari, berhutang bertahun-tahun lamanya.

P/s :Apa pula pandangan anda terutamanya lelaki yang sudah berkahwin dan belum berkahwin di luar sana? Lain padang lain belalang kan?

P/s/s : Pandangan kaum wanita pula? Tentu ada pengalaman menarik untuk dikongsi bersama?Kongsi-kongsilah, mungkin berguna untuk adik-adik yang masih belum kahwin lagi .

P/s/s/s : Alhamdulillah, selepas kahwin dan ada anak ni, rezeki makin murah. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepatla kahwin...Hik3..

Last but not least :

"A little knowledge that acts is worth infinitely more than much knowledge that is idle"

66 comments:

  1. banyak jugak ek belanja untuk kawen ni... Adoi la.. pening pkir..

    ReplyDelete
  2. hmmm memang banyak kalau nak ikutkan selain persediaan dari segi keperibadian, duit mesti cukup... kena pulak yang berhutang banyak2 bila anak dah besar2 hutang masih ada.. kalau boleh bincang baik2, keserdahanaan kan bagus....

    Buffered RM13.06

    Gaji Berapa Kena Income Tax???

    ReplyDelete
  3. hem...baca entry ko ni buat aku seram sejuk je..tp kan memang nila hakikatnya...x dapat dinafikan...kadang2 aku tfikir maybe benda ni salah satu sebab naper maksiat berleluasa...perkahwinan dah jd satu perniagaan...bukan pertanian jer tau...haha...pk2kanlah.....

    ReplyDelete
  4. From my side I habis about 15k+ (hantaran 7.5k, mas kawin, cincin, kenduri &etc). all from my hard earn money. kenduri sederhana kt sebelah lelaki, on wife side, pandai2 laa dia ( tp i advice jugak on how to cut cost).

    here aku suka nak suggest kene buat budget, berapa yg ada, dan berapa perkara penting yg kene ada tu kene utamakan.

    Amatlah tak setuju bikin loan utk kenduri kahwin. xde apa2 pun kalau melebih2 ni, pembaziran yg paling besar dlm masa sehari. takde pulangan dihari kemudian.

    buat majlis sekadar utk org tak mengata, bukan utk org memuji. kalau kenduri lauk 2 jenis, air sirap yg tawar tu mmg akan org mengata.

    kalau buget kecil, kenduri x perlu panggil ramai2.

    sekian, pendapat aku.
    Matjoe - Investing, Living & Anything

    ReplyDelete
  5. adehh..insaf kejap baca sini :D

    dah nak masuk 3 series umur nie,awek nak ajak kawin pun tk de lagi :D


    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. bagi saya la, sepatutnya buat la yang wajib dulu...sebab ikut adat nak hantaran besar2 sampai membebankan lelaki...

    saya nak kawin ni pun tengah pening dok fikir pasal kawin...tapi takpe...cool je....huhu

    ReplyDelete
  7. huwaa~~

    daku pun sama~

    walaupun takde bf, kumpul duit untuk beli suami (kereta) kih3~

    ReplyDelete
  8. Pening woo fikir pasal kawin nih. Contoh macam aku ni, yang kerja tak tau lagi mana nak cari. Susah..

    Itu sebab jadi single je lagi senang sekarang. Tak payah fikir banyak2. Dah ada kerja nanti baru boleh couple2 balik and fikir pasal kawin

    btw. dah share kat twitter ^^

    ReplyDelete
  9. aar.. ku nak kawen.. tp kekanda ku blom cukup duit.. ku tak bagi die buat pinjaman bank.. ku sanggup tunggu.. erk! patut ker? =p

    ReplyDelete
  10. bagus n3 nie kebetulan saya baru nak berkahwin..
    kesian org lelaki terpaksa cari yg banyak utk kawen.. tapi pompuan juga mesti turut membantu setakat yg mampu..

    ReplyDelete
  11. betul setuju sangat, nak kahwin mmg banyak kos diperlukan, dulu time nak kahwin, saya dan hubby sampai buat kerja sampingan yang lain, tanpa buat pinjaman, sbbnya saya ada hutang kereta. Hantaran pun saya letak yang rendah sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  12. Hmmm,zaman skrang brg sume mahal nk kawin... melonjak smpai beribu2. Kdg2 tk fhm,ade yg nk sgt ikut adat2 ni. Kawin pun tujuannya mghalalkan sesuatu hubungan iaitu menjadi suami isteri tp kalo dh membebankan....aiseyyy. kene pk 100X nk kawin ni.

    ReplyDelete
  13. kadang2 terasa adat kita yg buat kos kahwin tu jadi tinggi. sebenarnya yg penting masa kahwin, akad dgn kenduri aje. tapi kita ni nak ade pelamin la, bersanding, hantaran, photgrapher, buah tangan mcm2,..sbb tu kos jadi tinggi. Masalahnya, kalau kita tak buat semua tu, jadi serba salah pulak (terutama bab buah tangan), sbb kenduri org lain kita dpt mcm2, tiba2 kenduri kita, kita bagi telur rebus aje sebijik, boleh? hehe..

    ReplyDelete
  14. duit masa kawen tu satu hal..tp bg saya duit selepas kawen tu lg byk nak d guna..
    baru nak beli mesin basuh (penat sgt kalau nak basuh sndri), beli Tv, beli dapur gas..tu juz cita beli benda yg basic tu, belum lain2 hal yg xpenting cam sofa, katil etc..

    ReplyDelete
  15. setuju banget dengan belanja kawen tu..kadang kita tak terfikir nk wat majlis besar2 tapi last2 pas kawen merempat..

    ReplyDelete
  16. hmm dah lama saya fikir asal bnda ni,saya putus tunang pun sebab duit,ex saya taknak pk psl duit,pdhal bab hantaran ni semua boleh bwk bincang,ego punya pasal,padahal saya sanggup je tunggu..
    yang penting ialah perbincangan,nak grand ke tak tepuk poket masing2.
    p/s:masih mencari yang bersungguh bukan setakat nak kapel je,huhuuuuuu

    ReplyDelete
  17. apepun kena buat majlis kawen sejajar dengan kewangan. hidup selepas kawen lebih penting..=)

    ReplyDelete
  18. @Sharinginfoz :betultu..tapi kadang2..faktor lain muncul..teringat masa bertunang..teruk wife saya dikutuk saudara mara kerana belikan cincin yang tak seberapa harganya walhal family dia tak kisah mana pun

    ReplyDelete
  19. Aini :banyak..adik angkat saya sampai skang tak kahwin coz halni..walhal masing2 dah masuk 27 tahun..nak buat pinjaman,pinjaman tak lepas...

    ReplyDelete
  20. @AKU :setuju..kenapa perlu beradat lebih2...skangni nak tempah pelamin etc bukannya murah..pakej paling murahpun 2 ribu rasanya

    ReplyDelete
  21. @Matjoe :matjoe,respekla..first time ni dengar yang habis tak sampai RM20k...salute..mmg byk kena blajar ngan matjoe..sayani lagilah,sewa bas pun saya yang bayarkan...satu bas almost RM1k dari terengganu ke kelantan...

    ReplyDelete
  22. sebelas:hik3..tuh kes lain..jual mahal ek?

    ReplyDelete
  23. Azrul Hisham:betultu..adat melayu ni lebih2 rasa saya bak2 kahwin..kalau tak ikut nanti malu kat saudara mara or etc...tak jemput semua,orang mengata..yang jadi mangsa,pengantin juga..ada satu kisah...kawan kepada kawan di UK..buat 4 kenduri kahwin nak cover balik kos kahwin (salam kaut orang panggil)..

    ReplyDelete
  24. @LORD ZARA : Hak2..suami tu bila2 boleh dibeli..bila mau kahwin?

    ReplyDelete
  25. @Ariff Shah :betulke tak couple lagi ni?cam tak caya je?ker takut saham jatuh?hik3...just kidding..tapi setuju ngan ariffshah....bukan mudah lelaki skang nak kahwin..

    P/s :thanks for sharing it..will return the favour later...

    ReplyDelete
  26. @JIVEBUMZ :yup betultu..saya bertuah..isteri pun byk membantu

    ReplyDelete
  27. @Jard The Great :ini macam kes adik angkat saya.tepuk dada tanya selera..saya terpaksa..sayangkan isteri dan taknak jadi macam ADAMAYA...tuh yg skang teruja tgk citer tu...masa tu dah byk calon yang mahu meminang isteri termasuklah anak rakan karib bapa mertua...

    Jadi,good luck JARD..hopefully,penantian itu berbaloi...

    ReplyDelete
  28. @farenova :Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar..samalah saya..almost everyday buat OT..dapat bonus pun antara tertinggi tahun tu..rezeki kahwin,beberapa bulan sebelum nak kahwin dpt offer kerja yang lagi best

    ReplyDelete
  29. skangni tgh study and umur nak kawen x tau bape..hehe..tp, ada sorang memberni ayah dia menetapkan mas kawen x payah bg, cukup dgn al-quran..sbb ayah dia ckp kalau kawen kena duk hutang sana sini baik x yah...
    and kakak kpd kawan laki pulak, mak dia menetapkan mas kawen kena baca surah...ada 5 surah pjg yg kena dihafal oleh pihak laki..1 surah = rm2000. so dia dapat hafal 3 surah...kena rm4000je...hehe

    ReplyDelete
  30. @finalcross :setuju...kadang2 saya sedih bila tengok ramai rakan dan adik2 yang saya kenal kerana masalah kewangan..ramai..kalau buat bancian,rasanya lebih 10 ribu orang di malaysia ni

    ReplyDelete
  31. @unlisted_one :betul tu dan setuju..bab2 jajang(barangan kecil2 tu) pun dah cecah ribu2..yerla..kalau satu paper bag RM4..kalau 400 tak almost RM2,000? Mungkin tu yang ada sampai kahwin lari di Siam...

    ReplyDelete
  32. @Ilhamny.com :betul2..dah honestly saya ckp,duit lepas kahwin perabut dan brg rumah byk juga pakai duit isteri..nasib baik saya ada isteri sebegitu..kalau dpt isteri yang cerewet dan etc?pokai la jadinya...

    ReplyDelete
  33. @fahmi nazarie :yup..dulu lepas kahwin mmg susah skit..nasib baik dapat restructure loan...jadi..oklah skit...

    ReplyDelete
  34. @norinaomar :sedih saya dengar kisah awak namun saya setuju sangat2 dengan pandangan norina...lebih2 lagi zaman skangni...kos sara hidup melambung tinggi..yg baru kerja,nak tampung diri sendiri pun susah apatah lagi nak menyimpan?Kalau ada dpt bantuan FAMA okla..kalau yg 100% sendiri?Lama2 jadi teruna tua la jawabnya

    ReplyDelete
  35. huuuu,byk jgak ye kos nak kahwin nih.
    walaupon saye baru 18 tahun(mude lagy) ;) tapy menyedarkn saye tok blaja betol2 bia dpt gaji byk.haha,senang nak tampung kehidupan sendiri dan keluarga nanti,apepon time kasih ye siarkan entry pasal kos nak kahwin nih.huuu ;)

    ReplyDelete
  36. eyka tak kisah bab hantaran kahwin nie semua. yg kisah "if dye betul² nak kahwin ngn aku..dye mesti cepat² kumpul duit kahwin!"
    xnak buat pinjaman. sbb takut beban lepas kahwin menimbul²..
    nak byar duit kete..umah lagi...
    mmg betul, kos sara diri tggi skrg ni.
    tp kalau niat tu dh betul nk kawin ngn kite..
    mesti dpt simpan simpan duit punyer evry month!

    p/s: takpeee..i sggup tggu!!!!! :P

    ReplyDelete
  37. tu la..nak kawen je pikir pasal duit. mana nak cekau? sendiri juga kena iktiar cari duit. perempuan pun perlukan duit untuk kawen...

    ReplyDelete
  38. skrg ni belanja kawen mahal... sama2 bekerja, sama suke nak kawen : sama-sama kongsi la mana yg boleh... nnt lepas kawen nak hidup sama2 - kalau susah pun kena berdua gak kan? Adat mana yang rasional je la...

    ReplyDelete
  39. interesting.. masa kakak sy kawen dlu, wang hantaran RM10,000, mas kawen, RM999.. kakak sy tgah buat Masters time tu.. sebab tu kot mahal.. (^^,)

    ReplyDelete
  40. bagus tajuk ni..
    insyaAllah tahun ni kahwin..

    sangt risau..takut duit xcukup..

    ReplyDelete
  41. yup.banyak bebanan yang kena tanggung sekarang
    bagi saya yang baru je keje, nak simpan duit pun kena pikir 2 3 kali sebab byk hutang yg perlu dibayar

    kalau kwin apatah lagi

    ReplyDelete
  42. Yang penting perancangan...jangan salah langkah nanti merana diri...

    ReplyDelete
  43. erkk bab kawen² yg ngeri..
    memang kata orang kalau pasangan yang bijak dia boleh berkongsi utk buat kenduri kendara.. tp kalau pasangan sorang jer yang dah bkerja, sorang lagi abes study, xke payah tuh..
    pasal kawen? POjie no komen.. byk mende nk bayor itu ini dah setel baru leh pk kawen...
    banyak duit nak pakai ooohhh!

    ReplyDelete
  44. erm susahnya nak kahwin zaman sekarang..air pulak nak dpt mcm gali emas..keluar plak macam air terjun..

    ReplyDelete
  45. salam kenal.... rasa-rasanya saya terperasan muka brother masa kat gatsby tempohari :)

    tahniah untuk nilaian buffer yang hervat :)

    ReplyDelete
  46. tapi rasanya bakal pengantin perempuan patut tolong... nk harapakan lelaki je bertungkus lumus kumpul duit, mmg lambat la nk kawin... pe kata share half2... kan bagus...

    ReplyDelete
  47. @encik tikus :banyak..kalau tersilap langkah mahu tak kahwin jadinya..

    @cik eykameow :) :good luck cik eykameow.tapi sanggup ke tunggu kalau bertahun2 blom cukup lagi duitnya?hik3...

    @Liliyuli :betultu..kenduri belah perempuan kena buat lagi meriah kebiasaanya..

    @Ejamaria :tuhla..mak andam juga yang untung..hik3..

    @Just_najmiE:tuhla..baru master..kalau phd?RM12K kot?umm..patutla ramai takut nak tackle gadis berphd

    @♥S@R@♥:good luck sara...InsyaAllah,cukup

    @Hazzy Ishak :betultu..cakap memang mudah..bila dah sendiri kerja tahula camne..lebih2 lagi skangni..byk pekerjaan yang tak setimpal dengan gaji

    ReplyDelete
  48. @JAI :betultu..tgk bro JAI..jambu jer selalu..patutla isteri tersenyum selalu..kasi la tips skit bro..

    @||| PöJìé PööH ||| :betultu...kahwin ni bukannya mudah..Ianya Indah tapi banyak dugaannya

    @Fathiah Farid:airtu duitkan?haah,betul..nak habiskan kejap je..nak dpt punyalah susah..

    @Mak Su : Ala,kenapa tak tegur? terimakasih mak su..

    @♥Atiqah♥ :kepercayaan tu yang penting..yg perempuan pun kena uruskan bahagian belah dia juga kan?

    ReplyDelete
  49. hoh! dlm financial planning saya, alhamdulillah xde hutang pinjaman. dah leh jimat kat situ.huhu

    ReplyDelete
  50. mmg letih kalo nk kumpul duit lame2 ni..jd anak dara tue la..mmg xstuju sgt la dgn bujet yg diberikn 2..skrg ni kalo kt kl..plg murah rm10 satu kepale utk catering..selalunye mesti jmput 1000 org..hah!mmg da over bujet 2..mmg xpyh mkn la..nk kumpul duit utk kawen punye psl..hahahah

    ReplyDelete
  51. eyriqazz, let me break it down for you:

    8k hantaran - mas kawen n hantaran
    4k - kenduri sebelah lelaki utk jemputan 800 orang (murah gak ketering kt Selama)
    dulang hantaran <1k
    sewa baju <1k, on my side pelamin buat sendiri
    photgrapher xde
    balance - bunga telur n etc/misc

    langsir - kakak sponser sekitar rm700

    since aku orang selama n wife or ipoh , xde sewa bas, sapa nak hantar pengantin dpt sorang rm40 utk tol dgn minyak. kereta masing2

    cincin kawen n gelang tgn emas aku tak disclose harga tp kalau campur tu tak exceed 16k

    btw, aku kawen thn 2006

    mmg possible kalau nak jimat. ko state the budget and work it out. Kalau ahli keluarga nk grand, depa laa kene sponser :p

    ReplyDelete
  52. kalau nikah anak orang kaya, laaagi tak payah risau. sebab bakal mertua akan sponsore kan hantaran tu ok... janji ada org nak kat anak dia (ini kes anak dara dia gemok gedempol). tapi tunjuk kat masyarakat yg hantaran tu konon2 menantu yang bagi padahal kerja mekanik je (bukan toke.. kuli) kisah benar tau huahua

    ReplyDelete
  53. tapi time2 macam ni la baru buley uji lelaki tu, samada die sanggup ke tak kumpul duit. huhu. tapi kesian pun ade..memang bukan senang pun. same2 kena kumpul duit sebenarnye. kan? kan? tapi bab hantaran, serah kat lelaki. malu la kalau pompuan nak kumpul buat hantaran sendiri.. :)

    ReplyDelete
  54. saya suka tajuk ni..sbb kdg disebabkan krn ada mslh kewangan la seseorang lelaki tu xnk bertrus terang ttg perasaan dia bila ditanya dia kata tangguh dulu..apela salahnye bgtau mungkin kita leh tolong sedikit sebanyak. Bukannya org pompuan xleh faham n bertolak ansur klu dah lelaki tu banyak tanggungan lainkan..jatuh kah ego seseorang lelaki klu dia admit yg dia xckp duit lg nk kawen??

    ReplyDelete
  55. Salam. . .

    Terima Kasih Dgn Blog Y Berguna Nie.

    Sy Berumur 23Thn, Pilihan Hati Pula Berumur 22Thn.

    "Mak mertua pula,sudah bagi syarat, umur 25 tahun kena kahwin kalau tidak Isteri akan dijodohkan dengan orang lain." Bkal Mertua Pla Grand Stail.

    Ad Msa Lg 3 Tahun Maybe Krg Dr Itu Utk Kumpul Duit, Kalo Ikutkan Hati Skan Jga Nk Kawin. Tp Jika Ikutkan Kewangan Dlm Acc Mmg Kosong. ;-P

    Ad Nasihat Tak Ap Y Sy Perlu Bt Utk Tdk Berhutang Dgn Sapa2.

    ReplyDelete
  56. knp nak susah2 untuk `majlis perkahwinan yang x sampai sehari?
    sbb seumur hidup hanya sekali ?
    BELUM TENTU..
    lebih baik fikir panjang pasai alam perkahwinan yan lebih jauh..sbb yg tu yg nak jamin ke`berterusan rumahtanggga..
    fikir2lah..
    nak kenduri hebat @ rumahtangga utuh..kalau knduri biasa2 pun boleh kawin jg.. xpayah IKUT ORANG..

    ReplyDelete
  57. aku setuju dengan kau eyriqazz.. zaman sekarang kalau takda 30k memang tak kawinlah kita ni kaum adam.. gigiit jari je.. apa pon yang dah keje tetap loanlah penyelesaiannya

    ReplyDelete
  58. Sy blm kawin.tp bg sy laki or perempuan sama je.dua2 kne kumpul wang utk kawin.tp laki la kne lbh bekerja keras sbb nk bg duit hantaran.apa2 pun bwk2lah berbincang.insya-allah benda yg baik akan dipermudahkan.klu blh cuba elakkan dari berhutang.

    ReplyDelete
  59. bile adat lebih dipentingkan dari agama, perkara yang mudah boleh jadi susah :(

    ReplyDelete
  60. memang pening pikir pasal kawen. tp kalo yg pmpn sanggup tolong sikit2 untuk brg hantaran n majlis kenduri, yg lelaki pulak nk ambil mudah sume nk diskaun parah gak..last2 give up. tup tup kawen ngn org len yg lg tinggi blanjenye. cam ne? sanggup plak... haijhhhhh

    ape2 pun kalau yg tau bersusah tu mesti x sanggup nk hancurkan ape yg ade kan..

    moga semua terus kekal ke syurga :)

    ReplyDelete
  61. skang mane nak dpt RM800 utk cameraman? x dpt da...

    ReplyDelete
  62. mmg sekarang kalu hendak dirikan rumahtangga blanja kawin jadi masalah..tp tidak bagi aku..aku dah dapatkan 'sponsor' dari awal2 lagi..masalahnya aku masih lg single..cam no tue..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sponsor awal2?wah,mantap...apa lagi..kongsi2kan la tips tu...

      Delete
  63. saya dah bekerja... buah hati pula di tahun akhir pengajian. kat kampung da ada yg mula risik2 sy.. buah hati dah gelabah puyuh. sedangkan asalnya plan kami mmg tunggu dia hbs study dan kerja..lps tu baru htr pinangan. tapi skrg da jadi lain. si dia buat part time kumpul duit nak hantar pinangan dulu.. kasihan juga kat dia.. melihat kesungguhan dia buat sy jatuh syg lg. tapi..part simpan duit kawin tu sy seram..bole ke? xkan nak tunang lama2.. ada suggestion x?

    ReplyDelete
  64. kene kawen cara Islam aje kan abg..
    berkat dan selamat.. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails