May 19, 2010

Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1

Weekend lepas berkesempatan menonton Drama GeloRa di Hati Sara 2 , Episod 1 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu , pukul 930 malam. Lakonan mantap Rosyam Nor dan Fauziah Latiff , pelakon kegemaran saya dan Isteri.


Suka dengan Lakonan Fauziah Latiff
Rosyam Nor hebat seperti selalu
 
Rasa kurang berpuas hati sikit apabila cerita bermula dengan agak sedih. Sara (Fauziah Latiff) memfailkan permohonan cerai buat suami tersayang, Asrul ( Rosyam Nor). Sedih melihat wajah sedih Sara dan part Asrul marah-marahkan Sara apabila dia diserbu wartawan atas kes perceraiannya.

Harap-harap Episod 2 malam ini lebih mengujakan dan menggembirakan .Serba sedikit sinopsis cerita ini yang dipetik dari Budiey.com :

"Mengekalkan gandingan pelakon handalan Rosyam Nor bersama penyanyi bersuara gemersik Fauziah Latiff dibantu Watie Sadali, Dato’ Rahim Razali, Aida Radzwil selain Norman Hakim drama 26 episod ini berkembang dengan lebih konflik yang lebih merumitkan lagi apabila watak Sara berkeras mahu meneruskan penceraiannya dengan Asrul. Segalanya dilakukan semata-mata kerana mahu melihat kebahagian menjadi milik Tengku Marina yang dipercayai ikhlas menyintai Asrul meskipun Iskandar ingin kembali kepadanya.

Kebaikan Sara membuatkan Marina setuju untuk diceraikan. Datin Maria sangat sedih dengan keputusan Tg Marina kerana dia adalah menantu pilihannya. Seboleh-bolehnya Datin Maria mahu mengekalkan perkahwinan itu. Datin Maria berada dalam keadaan dilema kerana menantu-menantunya mahu berkorban di antara satu sama lain.

Bagaimanapun Asrul tetap memilih Sara dan mahu menceraikan Tg Marina seperti kehendak Tengku Malik. Tengku Malik memutuskan hubungan persahabatan dengan Datuk Taufik dan menganggap Asrul mengkhianati Tg Marina. Dia juga menarik semua saham dalam syarikat Datuk Taufik dan membatalkan semua perjanjian perniagaannya.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan kesudahan drama bersiri penuh konflik kekeluargaan ini dengan meluangkan masa menonton Gelora Di Hati Sara 2, setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV2. "

 
P/s :Anda layan tak cerita ni? Apa komen ya?

4 comments:

  1. tak tengoklah pulak ;)

    rosyam nor memang best

    ReplyDelete
  2. rajin betul eyriqazz menonton drama ya

    ReplyDelete
  3. uii,..cerita dan air mata ke ni? huhu,..tak mau,..nanti nangis.

    P/S : Dah vote eyriqazz utk project alpha tu. Good luck yek!

    ReplyDelete
  4. Fauziah Latiff is my favorite. Please put the drama on you tube.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails