May 12, 2010

Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark

Salam dari Eyriqazz,


Balik kerja tadi, terusje layan :
Suku Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan Denmark.
Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin TV ketika  Suku Akhir Piala Thomas 2010 :

Datuk Lee Chong Wei MantAp di Gelanggang
Lompatan Maut Peter Hoeg Gade
Penyokong Denmark Kusyuk Menyokong
Keputusannya Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17

Perlawanan Kedua (Beregu Pertama) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong  mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17,21-19

(Perseorangan Kedua) : Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen : 20-22, 21-16,18-21 (Komenku : Pertarungan yang agak sengit, WCH mula hilang fokus bila bertukar gelanggang di set ketiga, namun persembahannya masih agak memberansangkan dan paling menarik malam ini)

Perlawanan Keempat ( Beregu Kedua) : Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen : 26-24 (fuhh, sengittt gilerr...teruja aku menontonnya...Hebat penangan Thien How Hoon), 12-21 (kalah set kedua , dah hanyut sedikit persembahan dan Denmark menukar corak permainan), 19-21 (Denmark menang)

Fairurizuan Tazari tak main ke? Umm, beriya-riya aku bergambar dengannya tahun lepas

Perlawanan Kelima (Perseorangan Ketiga)  : Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson 21-12 ( Permainan Hafiz better than semalam, dia suka terjah!!.Mantap dia Bermain Malam Ini....) 21-10 ( cukup sengit dan bertenaga Hafiz malam ini)

Keputusan Penuh 3-2

Kemenangan menjadi milik Malaysia..Bakal bertemu China di Separuh Akhir...

Hafiz Hashim menjadi penyelamat negara
Aku gembira aku teruja
Tahniah buat Skuad Badminton Malaysia
Kejutan yang ku pinta di Separuh Akhir ketika menentang China

Tahniah lagi dari saya
Persembahan menarik dan menghiburkan saya suka
Inilah persembahan yang penonton pinta
Semangat juang terus membara

UPDATED : Jadual Separuh Akhir Piala Thomas dan Piala Uber

Piala Uber:


13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh
China lwn Indonesia - 6 ptg

Piala Thomas:
14 Mei
Malaysia lwn China — 730 malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : TicketPro dan TournamentSoftware

40 comments:

  1. fairuzizuan tak main, mungkin sebab tindakan dia semalam kot.
    jadi, rexy tak bagi dia main mungkin level of stress dia masih tinggi, dan mungkin juga pengajaran buat dia jangan mengamuk.

    tapi, penonton pun kena tahu adat menyorak kan??
    kesian fairuzizuan..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Datuk Lee Chong Wei =P
    Rugi tak dapat tgk tadi. Peter Gade pon hebat juga main skill...

    ReplyDelete
  3. fuyoo!!!
    lee chong wei tetap menyerlah..
    heheee

    ReplyDelete
  4. ehehee sempat lg tu snap dr kaca TV :)

    ReplyDelete
  5. hope menang lh. dh lh kalah dh smlm. xpatut betul kalah. geram gilerr

    ReplyDelete
  6. adoiyai....come on la m'sia...come on la....gooooooo

    ReplyDelete
  7. tahniah LCW..
    Saya bangga dengan dia..=)
    teruskan kecemerlangan mu..
    erk, LCW baca blog ni tak, cikgu?

    ReplyDelete
  8. cepat gle upload~~
    on da spot nih~~
    moge malaysia menang la untuk hafiz hashim~~

    ReplyDelete
  9. siapa kata malaysia tak kuat....overall yg blh aku kata....malaysia bagus tetapi tertekan ngan penyokong...

    ReplyDelete
  10. cayalah apis....camni a dia patut maen....bkn cam smlm tue....caiyok2....

    ReplyDelete
  11. cayalah..mintak2 bolehla menang dgn china ;)

    ReplyDelete
  12. yea, yea,.. apis menang.. yea, yea,..

    Fairurizuan smlm main teng-teng ;p

    ReplyDelete
  13. hafiz dah dapat balik momentum...harap2 esok Malaysia menang 3-2...

    kalau lebih lagi bagus =)

    ReplyDelete
  14. rasanye mcm xleh menang je lawan ngan China nanti.. prestasi mereka rasanye jauh berbeza ngan China..

    ReplyDelete
  15. Harap2 boleh tewaskan China pulak...

    ReplyDelete
  16. TERIMA KASIH UNTUK DIORANG...TAHNIAH TEAM MALAYSIA!

    ReplyDelete
  17. @Nur -al- Ain :doa Nur dimakbulkan....Alhamdulillah..

    @Jard The Great :hak3..sambil layan adamaya...ambil gambar skali ...

    @fikah mus:betul tu..sorak biarlah kena caranya..tapi gandingan baru malam ni mantap...

    @mR.hoho :memang hebat Datuk Lee Chong Wei main...Hafiz pun tiba2 menyengat kembali..

    @naz :yup..malaysia menang kali ini...

    ReplyDelete
  18. @mie :harap2 lee chong wei dapat kalahkan Lin Dan nanti..

    @yanmie:sempat2..gunakan kemudahan yang ada..

    @ayaa alyy :semalam saya tak tgk mana...hik3...tapi malam ni menang..congratz..

    @acap_watanabe:malaysia menang juga akhirnya...

    ReplyDelete
  19. @velasrizal:menang juga Malaysia akhirnya..

    @LORD ZARA 札拉:dah terkejang2 dan mandi saya ni...ni pun berpeluh2 rasa nak mandi lagi..

    @noor afzan :chaiyok2...ehh..bukan LCW aje..rashid dan misbun sidek pun baca..hak3..just kidding...

    @j0j0_bdiN@ :kepantasan itu penting..Alhamdulillah..Hafiz Hashim menang...

    @Anonymous:betul2..terbukti hari ini

    ReplyDelete
  20. @acap_watanabe:betultu..camni la yang kita mahukan..

    @encik tikus :menang juga akhirnya...

    @n@m@n :mungkin boleh...

    @Othman Juliana:oh ye ke?tak tgk dia main sampai abis semalam...

    @Faiz Jamaluddin :ehh..kenapa bukan 3-0? hik3...

    @Sharinginfoz:tahniah buat malaysia juga...Malaysia boleh...

    @Anonymous:tidak mustahil walaupun payah...

    @Mr Kamikaze :harap2 begitulah...

    @JMR:tahniah2...

    ReplyDelete
  21. best2..
    malaysia menang ! !
    jom main badminton nak?
    tetiba plak rasa nak main badminton..:-)

    ReplyDelete
  22. yes, malaysia menang dengan penuh debaran.

    ReplyDelete
  23. MAS vs CHN kemungkinan malaysia menang 50-50,
    LCW mungkin akan menang dengan LD 60-50 (kelebihan gelanggang sendiri)
    KKK/TBH rasanya boleh menang..
    bergantung kepada MD2,MS2 dan MS3 saja lagi kalau bergu no 1 dan single no 1 dunia kita dah pass.salah sorang dari mereka 3 harus menang kalau nak jumpa indonesia di final.
    Jepun vs Indonesia..sure la indonesia menang.

    ReplyDelete
  24. doa ramai2 jom!
    malaysia menang!
    amin!

    ReplyDelete
  25. tahniah semua pemain malaysia...wong chong han sy minat awak..hafiz sy suka skill awak...beregu k2 semoga berjaya..chong han kalahkan lin dan..koo-tan kamu la yang terbaik..

    ReplyDelete
  26. Harap Hafiz dapat bermain dgn baik bila lawan China nanti. Terutamanya ketika kedudukan mata 2-2 macam semalam.

    ReplyDelete
  27. sape tau pkl brape malaysia vs china semi-final?

    ReplyDelete
  28. malaysia vs china mesti ley menang n game mesti best sgt klo malaysia lawan gler2. klo sengit btol2 baru best.
    tp mmg teruja gler bila tgk beregu kedua time lawan denmark tue. mmg best!! mmg ingat smpai skang.hafiz klo ley jgn la lembik sgt...huu =))

    ReplyDelete
  29. nasib baik menang, tiket separuh akhir dgn akhir dah beli tu...kalau kalah mmg aku sebat2 si apis tu...

    ReplyDelete
  30. jgn la duk... komen orang lembik,,,, lembik lembik pun, bole melayakkan Malaysia ke separuh akhir... mmm yg tukang komen ni... apa sumbangan kita kepada Malaysia?
    kepada pemain Badminton... saya sokong anda menang atau kalah....semoga kemenangan akan terus menjadi milik kita...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails