May 10, 2010

Nasi Lemak Antarabangsa | Bestke?

Hari ini (Ahad) bawa Isteri brunch di Nasi Lemak Antarabangsa. Mula-mula singgah di Platinum Walk, Danau Kota, tapi sudah ditutup. Singgahla di Cawangan Taman Melati. Perut tengah lapar, jadi apa lagi, teruslah order:

Nasi Lemak Antarabangsa

Bestke? Perut tengah berkeroncong, for sure la best. Aku dan isteri memang suka juga singgah di Nasi Lemak Antarabangsa. Saya ambil :

Set Kombo (RM9.90 saja harganya)

Isteri tidak order nasi lemak, jadi saya kasi Iced lemon tea tu kat isteri dan saya order :

Jus Kedondong (Fuhh,memang best dan terbaik )

Isteri pula order :
Roti Bakar
Pisang Goreng Ala Bali

Pisang Goreng nya memang sedap. Lain dari yang lain. Terliur aku dibuatnya. Sempat juga mintak skit ngan Isteri (hak3). Cubalah try, saya gerenti puas hati.

Alisya pula order :

Biskut Tapau dari Rumah Saja

Overall, testimoniku memang berpuashati dengan rasa, harga, dan layanan yang diberikan.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung baru kusinggahi
Aku gembira aku puas hati
Akan ku singgahi di lain kali
Nak order Pisang Goreng Ala Bali aku terliur di dalam hati

P/s : Pernah singgah di Restoran Ini ? Apa pandangan anda?

44 comments:

  1. Tempat nih femes kan dekat KL ? Belum try lagi,nanti ade mase nak singgah la :)

    ReplyDelete
  2. nsi lemak antarabangsa tak la sesedap yang di war2 kan pon...kan???hanya pada name je...=)

    ReplyDelete
  3. aku pernah makan dulu sekali masa kerja kat klcc..makan masa berbuka..tapi lama dah...tadak plak menu2 mcm tu, main tunjuk2 ajer nak makan apa..masa tu memang btol2 di kampung baru lah..

    elissmie.com

    ReplyDelete
  4. wahhh nampak sedapp. bukan nasi lemak tapi pisang goreng tersebut hihi :P btw kesiannya alisyaa makan biskut tapau shj T_T

    ReplyDelete
  5. penah... tp ari tu cam kureng cikit.. maybe sbb nasik dia sejuk...

    ReplyDelete
  6. ko bikin aku makin lapar leerrr. Adeh, aku ngap ko karang.

    anyway bro, thanks vote for matjoe!

    ReplyDelete
  7. nasi lemak antarabangsa memang sedap..... yang plain pun rasanya dah ok kalau letak lauk lagi sodap kan.... sosnya yang sedap kot.....

    1Superkids Event

    ReplyDelete
  8. I pernah try at Ampang Park. Tak sedap. Huu~ ;(

    But kawan2 pernah cerita the one at Kg. Baru best. Tak pernah sampai ke sana setakat ini. Heh ! :)

    ReplyDelete
  9. salu je lalu dekat restorant ni tapi mesti x berenti nk singgah..nape ntah..tapi mmg rate2 org cakap tebaek nasi lemak die

    ReplyDelete
  10. selalu lalu jer..
    jarang singgah..

    ReplyDelete
  11. alolo...alisya makan biskut jer...takpa tunggu besar sikit, balun habis...hehe

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar tu macam sedap je cikgu. Nak kena ajak cik abang ni...

    ReplyDelete
  13. nmpk sedap tp tak pernah cuba lg

    ReplyDelete
  14. blum pernah try lagik yg cawangan punyer sebab ada yg cakap tak best.huhu

    ReplyDelete
  15. pernah makan kat kampung baru...
    Tak kena dengan selera mas... hehehe

    ReplyDelete
  16. tak pernah makan~
    tgok cam sedap.
    wahhh.

    ReplyDelete
  17. Apahal nasi nampak kurang je?
    Dah dimakan ke apa?

    ReplyDelete
  18. pernah singgah sekali kt tmn melati tu. ms baru² bukak dulu. service slow n x sedap. trs banned. tp tgk pic pisang grg ala bali tu mcm terliur pulak :D

    ReplyDelete
  19. .. mcm testing Advertorial jer ni...hehehe ...
    anyway, Nasi Lemak Antara Bangsa memang besh laaa jugak :)
    pisang tu mmg sungguh2 ke best?? nak kena cuba ni nampaknya...

    ReplyDelete
  20. hye..
    dulu masa aku kerja kat keramat..(imkeda)
    selalu tokey kedai ni bg kiteorang makan nasi lemak antarabangsa ni...

    tp x sedap maner pown..

    die baik ati bagi free pown sbb die nak ngorat kwn aku..
    he..he

    ReplyDelete
  21. aiseyman, slalu gak dok lalu kat restoran nie..
    tapi lum pernah jejak...
    pisang goreng tu nampak yummylicious sgt..

    ReplyDelete
  22. jujurnya pernah cuba di cawangan TTDI JAYA shah alam..tapi food dia teruk. sambal nasi lemak macam sambal ayam masak merah cair, x cukup pedas dan manisnya.

    may be sebab selalu bila masak sendiri nasi lemak terengganu sambalnya gelap, pekat, padas manis...so overall..x kan g sana untuk makan nasi lemak lagi..baik masak sendiri. but untuk pisang bali dia yess..sedap so boleh singgah untuk hi-tea

    ReplyDelete
  23. sedap je..tgk kedai..die kan banyak cawangan..kebanyakanny best la..kalau xbest 2 mb sbb tym 2 tukang masak die sakit kot..

    ReplyDelete
  24. pernah makan dekat bangsar.sedap.tak pernah makan yang dekat kg.baru punye.orang kata kat tempat original punye lagi sedap.nanti nak kene try. :)

    ReplyDelete
  25. tak pernah pergi makan kt sana. but, my brother ckp tak sedap sangat. hurm... yeke?

    ReplyDelete
  26. pernah makan kat situ...bolehla..tak de le sesedap mana pun, sedap lagi nasi lemak yang jual kat tepi2 jalan waktu pagi2 tu..hehe :P

    yang tak bestnye..harga mahal giler..then service lembab...sib sabo, tu yg 1st n last..so klau nak jadi terbaik kena bagi service terbaeekkk...

    sedap lagi nasi lemak mali's tu..kat danau kota gak.tpi origin dia kat jln malinja tman bunga raya..dekat2 ngan TAR KOLEJ tu..ade char kuew tiew dia..sedap..puas atilaa..harga pun murah..

    ReplyDelete
  27. personally, nasi lemak antarabangsa ke, nasi lemak kg baru ke, tak sedap pun rase. sambal dia tu tak sedap la.

    so macam tak berape paham kenape orang suke sangat.

    ReplyDelete
  28. penah singgah mkn sini..tp xleh mkn slalu sbb nanti naik lemak hahaha

    Apabila Posmen Mula Merempit

    ReplyDelete
  29. @dayah aziz :rasanya coz kuah dan sambalnya..tidak pedas mana bagi memenuhi semua citarasa..melayu,india,cina, mat salleh dan lain2..pandangan peribadi..bolehla..nak kata sedap sangat..biasa2 saja...

    ReplyDelete
  30. @encik tikus:famous?Umm..tak pasti pula..tapi byk cawangan dibuka...

    @e.l.i.s.s.m.i.e:so,sedap tak elissmie?hik3..

    @Liyanaa.:pisang gorengnya memang sedap....makan dengan gula melaka dan kelapa..antara paling sedap pernah saya try..lain dari yang lain...

    @farra8979 :hik3..setiap kali saya pi nasi dia memang sejuk...

    @matjoe:sama2..ble bukak segmen lapar camni...

    ReplyDelete
  31. nasi lemak antarabangsa tak pernah try lagi. nnti nak try lah. nnti bro boleh try nasi lemak village park pula. yg ni popular juga.

    ReplyDelete
  32. @Sharinginfoz:itula..citarasa masing2 berlainan..ada yang kata sedap,ada yang kata tak..for me..it was worth it..tidak terlalu pedas,tidak terlalu tawar...

    @Sakira:I pernah try yang di cawangan di Kampung Baru yang asal..rasanya di cawangannya is much more better...cuma di kg baru terasa enviroment kampung skit..

    @Jaws :dulu pun slalu lalu..dah singgah berkenan pulak dengan desert dan pisang goreng ala bali dia...

    @hentakbelipat:hik3..tuhla..tengok citarasa kan?

    @Kancilbiru :hik3..tuhla..nak kasi oily..tak elok untuk baby..

    @zures :jgn lupa ajak...

    @Mr PenyuBiru:hik3..lain padang lain belalang..

    @NURUL :boleh la cuba dan tentukan sendiri nanti...

    ReplyDelete
  33. @maslinamansor:mak mertua saya suka pula yang di kg baru tu..saya lebih prefer yg di cawangan..

    @asphaq :bolehla mencuba nanti..

    @Mohd Adziim :ehh..blom makan lagi...hik3..

    @honeylanz:pisang ala bali memang terbaik...

    @DaHLia :Advertorial?Hak3...aura nak sampai ke?Amin kalau sampai..pisang goreng ala bali ni memang best dan saya rekomenkan...

    @Natasha :yup..pisang bali memang best..nasi lemak terengganu,perhh,....memang menyengatt...

    @rasp:pisang mmg yummy...siap wife sound kenapa order satu je?hik3...

    ReplyDelete
  34. @mrs.JamaL:hak3..berjaya tak dia mengorat?

    @petisuara:haahla..sesetengah cawangan rasa dia lain2...

    @Neena J :pandangan saya kat tempat original kureng skit..tapi mak mertua ckp lagi sedap kat situ...lain padang,lain belalang kan?

    @maisyara Pot! Pot!:ikut citarasa..first time saya pi..memang tak sedap..second time..so-so..third...boleh diterima dan meet my criteria..jadi lain padang lain belalang..kenalah cuba sendiri...hik3..

    @joegrimjow:dushh2...betul tu bro..thanks...

    @akmafaizal:oh ye ke?kena cuba lepas ni..thanks rekomen...

    ReplyDelete
  35. @J. Love:saya rasa mungkin sesetengah orang prefer sambal yang tak pedas..i.e. mat salleh....tak sedap buat kita,mungkin sedap bagi orang lain..nampak masih bertahan sehingga kini..

    @velasrizal :hak3..betul2..lemak saya ni pun dah naik..miahahaha...

    ReplyDelete
  36. uuu..tak penah pergi la..
    cambest je..
    cawangannya banyak yea.
    kat mana lagi..?

    ReplyDelete
  37. Nak habaq mai nasik ni(cawangan Taman Melati)x sedap mana pon...harganya mahai nak mampuih..basic lauk pun dah RM2.95..kalau sedap,serta ngan mahai xpa..cek tak kisah sangat..ni ha..nyesai sungguh ajaj abg pi try. kami pi malam pukui 9.30 (08/05/2001) gitu..Ha ni lagi satu nak habaq..mangkuk sinki basuh tangan dia punya la kotoq..harapkan ramai org keja ja..agaknya tuan punya nasi lemak tak pernah mai tengok org keja dia dok buat keja kot..haiii..menyesai sungguh..tang ayaq plak order milo ais..tapi dia mai gelas besaq gak..tapi cayaq ceroi(cair)serbuk milo kurang..harganya bukan main lagi RM 3.25...tu la nak habaq mai...nyesai sungguh!!!.

    ReplyDelete
  38. zarina: hehe..ade gak yang dah terkena ek..memang tak ikhlas berniaga kot derang ni ek...huhu :P

    ReplyDelete
  39. hehe...pantun jer cikgu kita ni...
    soh depa gantung pantun ko kt kedai depa 2...hehe

    ReplyDelete
  40. Komen pasal Nasi Lemak Antarabanga

    Saya nak komen sikit pasal Nasi Lemak Antarabangsa ni. Read with open mind. Bukan saya nak jatuhkan perniagaan orang Melayu, tapi inilah hakikatnya modus dan operandi perniagaan orang Melayu ini. Sama saja, mau pon kecik atau besar, the same Malay characteristic will always move towards that. I break down the comments into 4 parts; pricing & quality, facilities provided, role model and recommendation.

    1) Pricing and quality
    Harga basic nasi lemak (RM2.95) dan air milo(RM3.25) amatlah mahal sekali. Kalau sedap nasi dan air milo tu saya tak hairan, tetapi masalahnya tak sedap langsung. Saya dihidangkan dengan nasi lemak, sambal, ikan bilis goreng, telur, kacang dan timun. Ikan bilis goreng itu hanya boleh dikira dengan jari tangan sahaja dan grednya adalah gred yang saya pun tak akan beli di Tesco atau pon di kedai-kedai runcit kerana ianya hanya layak di beri kepada kucing. Ikan bilis itu liat dan lemau.

    Berbalik kepada air milo yang saya sebutkan tadi, ianya terlalu cair untuk dicaj RM3.25. Saya pasti tukang pembuat milo itu hanya menggunakan 2 sudu besar milo untuk segelas besar milo ais. Ianya standard di warung-warung Melayu untuk menyajikan kualiti seperti itu berbanding dengan milo di kedai mamak. Daripada saya kecil hingga menjadi seorang bapa, kualiti milo di kedai Melayu tidak banyak berubah dan restoran ini tidak terkecuali.

    Saya yakin harga yang kita bayar untuk makan di kedai ini banyak disalurkan sebagai sponsorship program di TV. Inilah hakikatnya, jika kedai itu ingin mempromosikan produknya di tv, pelanggan-pelanggan akan menjadi mangsa kerana terpaksa membayar lebih. Ini tidak berlaku kepada Airasia, kerana Airasia bukan syarikat Melayu.

    2) Facilities provided
    Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ini menyediakan facilities such as toilets for the patrons. Unfortunately, the toilets, the sinks and the floor are dirty. There are no dedicated staff untuk membersihkan toilet di situ sedangkan saya dapati ramai pekerja di situ. Yang paling hairan, restoran ini adalah self-serve, jadi apakah tugas sebenar pekerja yang mundar-mandir di situ. Saya boleh bandingkan kebersihan di situ adalah setaraf dengan toilet di Kota Raya komplek.

    Saya dapati restoran ini dilengkapi dengan air-conditioning. Tetapi, ianya hanya untuk hiasan semata-mata. Ini adalah sinonim dengan perniagaan orang Melayu yang cuba "cut corners" to make a lot of profits. Apabila pelanggan melihat adanya interior decoration yang menarik dan air-conditioning, mereka tidak kisah dengan harga makanan yang dikenakan. Tetapi apabila mendapati air-condition tidak di pasang, ianya amatlah mengecewakan kerana keadaan di dalam amatlah panas. Saya dan keluarga terpaksa bergegas untuk menghabiskan makanan untuk segera beredar. Alasan yang mungkin kita akan dengar ialah air-cond rosak (no brainer excuse).

    3) Role model
    Restoran Nasi Lemak Antarabangsa ini tidak layak untuk menjadi role model for Malaysian Restaurant. Kalau foreigners yang datang sini untuk makan makanan tempatan, dan makan di restoran ini, mereka akan pulang dan bad-mouth about foods in Malaysia. Kerana apa? Kerana kualitinya yang tidak setanding dengan namanya yang konon-kononnya berperingkat antarabangsa (international).

    4) Recommendation
    Saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin menikmati nasi lemak, pergilah ke Kg Baru (sebelah padang sekolah) kerana ianya berbaloi atau ke Mali's corner dekat Tmn Bunga Raya, dekat dengan TAR college tu (area Wangsa Maju) seperti yang di cadangakan oleh Akma Faizal di dalam komennya. Janganlah cuba makan di Nasi Lemak Antarabangsa ini kerana ianya amatlah mengecewakan.

    Ikhlas,
    Shukri
    shukri.zainuddin@gmail.com

    ReplyDelete
  41. salam.Nak citer sket. bukan nak burukkan nasi lemak antarabangsa. kawan aku ada buat kerja untuk renovation ngan nasi lemak antarbangsa, kerja dah siap, payment tak dapat. memang pun diorang leh maju, tapi kontraktor yang kecik2 ni diarang tak jaga. depa jaga perut sendiri je. kawan aku cakap, mati hidup semula pun dia xhalalkan.

    ReplyDelete
  42. belum pernah try lagi...iklan selalu nampak di mana2..insyallah 1 hari nnti..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails