August 30, 2010

Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam

Hari Sabtu yang lepas, saya telah mendapat jemputan untuk berbuka Puasa Di Restoran Ayam Penyet AP, Section 9 , Shah Alam. Inilah pengalaman yang ingin saya kongsikan :

Pemandangan Luar Restoran Ayam Penyet AP, Section 9, Shah Alam

Pemandangan dalam | Blazing Hot, Smashed, Crispy Fried Chicken | Masakan Jawa Timur dan Minang
Menu Beserta harga di Ayam Penyet

Menu Istimewa Di Restoran Ayam Penyet


First Impression, peliknya nama. Ayam Penyet. Penyet guna apa? Berkali-kali pernah lalu semasa Shopping di Midvalley,tapi tidak berani untuk singgah kerana bunyinya yang agak pelik.
Antara Juadah Yang dihidangkan Buat Kami ( AP Ayam Penyet = RM7.5, Lele/Keli Penyet = RM6.50, Tahu Tempe Penyet = RM3, Empal/Daging  Penyet = RM7.00 , kesemuanya untuk satu set . Nasi Putihnya pula = RM1.50

Tak Lupa Juga Rendang Ayam Sapi Padang Asli = RM7.50 


Honestly, selepas mencuba buat pertama kali, memang Semua hidangan yang dihidangkan sedap-sedap belaka especially sambalnya yang pedas tapi kawww, Ayam Penyet yang rangup dan lembut, daging lembu yang lembut dan sedap, Ikan Keli yang memang favourite saya dari dulu, dan lain-lain lagi. Rating saya berikan 9/10.Memang saya syoRkan untuk anda mencubanya pula.

Minuman Yang Saya Order = White Coffee Ice dan Mochacino Ice Blended

Kepedasan sambalnya yang memukau, satu air tak cukup, siap order 2 gelas air lagi. Airnya pun best especially Mochacino Ice Blended. Sedap.
Inilah Hasilnya = Habis Licin, Sedapp,....Burrppp.... (Action Speak for Itself)
Saya Dan Shahrul Suka Juadah Berbuka Puasa di Ayam Penyet
Kami Mesti Pilih / Terbaikk

Bergambar Bersama

Terima Kasih buat Ayam Penyet  kerana Sponsor dan Menjemput kami berbuka Puasa.Juga kepada Nuffnang especially buat Robb Chew kerana memilih kami. Tak lupa juga buat Encik Amran, pengurus restoran di Section 9 ini yang begitu peramah dan melayan segala kehendak kami dengan senyuman menguntum. Di Lain kali jemputlah lagi ya? Keseluruhannya kami memang puas hati dan sudah pasti akan singgah lagi di masa depan. Anda pun cubalah, tentu berpuas hati.

Inilah Alamat Restoran Ayam Penyet yang kami singgahi itu ;

Ayam Penyet AP
No 15, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/E,
Section 9, 40200 Shah Alam
Selangor

Oh ya, untuk lebih lanjut pasal Restoran Ayam Penyet ini, bolehla layari Official website nya di : http://www.ayampenyet-ap.com/index.html ataupun di Facebook di SINI .

Betulla kata orang, don't judge book by it cover. Samalah di sini. Jangan judge makanannya dari namanya. Sekali cuba, kan sudah jatuh cinta. Last but not least, satu pantun dari saya :

Restoran Ayam Penyet sudah saya cuba
Juadah menarik dan menyelera
Saya tergoda saya jatuh cinta
Sudah pasti akan saya cuba lagi di lain masa

P/s : Bila pula Restoran Ayam Penyet nak buka cawangan di Terengganu dan Kelantan pula ?

P/s/s : Anda sudah mencuba juadah di Restoran Ayam Penyet? Apa pula pandangan anda?

26 comments:

  1. Suka Gak Makan Ayam Penyet Ni.. Tapi Slalu Makan Kat USJ.. The Best... Hehehe.... Mungkin Akan Try Makan Kat Tempat Bro Mkn Ni Next Time...

    ReplyDelete
  2. dekat dgn plaza massalam kan ? pernah pergi. sedappp ;)

    ReplyDelete
  3. tak pernah rasa lg tapi selalu dengar dan tengok restoran2 yh jual ayam penyet. dulu resipi ni terkenal kat Sarawak. tapi tak pasti resipi AyaM penyet Swak sama ke tak dgn Minang.

    ReplyDelete
  4. Kenapa diaorang tak jemput aku..huhu..adakah kerana aku kuat makan..waaaaaa..anyway nice entri bro..kepingin makan dehhh..ROBBBB..belanja gua...

    ReplyDelete
  5. me 1st time mkn ayam penyet masa gi singapore thn 2007..
    balik msia next year nak pegi mkn kat restoran ni lah :)

    ReplyDelete
  6. wow cayalah bro, tokey restoran pun jemput untuk buat review. congrats, itulah Hidup seorang blogger

    ReplyDelete
  7. wah bro!!
    siap dapat sponsor utk berbuka tu.
    tak pernah cuba ayam penyet, takut tak tahan pedas.

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi bro...selalu dengar org sebut...jauh dtg tuh....

    ReplyDelete
  9. kalo di sabah kami bukan panggil nasi ayam penyet, tapi nasi ayam gepok.mendanya sama jak. huhu

    ReplyDelete
  10. tak jemput pun :p

    tp bagi saya ayam penyet ap ni kurang sedap dari wong solo..selera masing-masing kan :)

    ReplyDelete
  11. setakat ni baru 2 kali makan ayam penyet,kat Johor sekali dan kat KL..yg kat Johor tu memang marveles..

    ada satu outlet dia kat Wangsa Walk,nak kena try ni..

    ReplyDelete
  12. Ulaman dia apa bro? Macam kangkung je. Kalau pure kena ulam pucuk ubi celur. Makan dgn sambal yg pedas. Pergh! Memang sedap.

    Mocha!!! Favourite tu. Aiyo. Terkecur air liur tengok gambar nya.

    Kat Bangi pernah gak g. Tapi another Indonesian cuisine restuarant. Nanti nak try yg AP punya la plak.

    ReplyDelete
  13. kalau blk JB mesti makan nasi ayam penyet.kat penang tak banyak lagi..huhu

    ReplyDelete
  14. nmpk sedap sgt!! kena cuba nie..

    ReplyDelete
  15. pergh!entry yg mendatangkan kelaparan

    ReplyDelete
  16. hmm..pernah cuba 2 kali di kedai yang sama sebelum bulan ramadan.

    tapi pengalaman saya sebaliknya pula. servis kurang memuaskan. order lain dapat lain.

    mungkin mereka dah improve service semasa bro pegi makan. Lepas baca review bro ni, maybe akan cuba evaluate lagi sekali lepas raya nanti :)

    ReplyDelete
  17. berbaloi la harga dengan rasa makanan dan kuantitinya..=)

    tq 4 diz info


    Rindu Nak Tengok Cerita Macam-Macam Aznil

    ReplyDelete
  18. Wow, looks like a great place to chill. Food looks tasty too. Will have to check out this place.

    ReplyDelete
  19. @aReaL:cubalah bro..memang best dan terbaik...

    @Encik Tikus :umm,kurang pasti pula..tapi dekat dengan mcd shah alam..first time pi..memang best..

    @transformed housewife:cubalah..tentu puas hati..

    @JAI:hik3,bukan kerana bro artis..nanti ramai yang serbu,susah pula..

    @mama zharfan :cubalah...encik amran pun peramah orangnya...

    ReplyDelete
  20. @Sharinginfoz;hik3,bukan saya je..ramai lagi yang dijemput sama...

    @ fikah mus:hik3,ramai lagi yang dijemput sama...blom cuba,blom tahu kan?

    @mamashasha :perjalanan yang berbaloi walaupun jauh..hik3...

    @e.l.i.s.s.m.i.e:hik3,sayapun Nuffnang yang jemput...wong solo tu kat mana pula?ble try pasni...

    @ khairolghani ;tryla bro..tentu puas hati...

    ReplyDelete
  21. @Mohd Shahrul Hafizi :ulaman dia kangkung je rasanya...cubalah.gerenti puas hati..

    @farhana_aziz ;wah,sayala yang lambat rupanya..huk3..

    @FTN ;cubalah sekali lagi..mungkin dah lebih baik..masa saya pi, memang terbaik...

    @~ ReD ~:setuju..berbaloi2..

    @Thristhan:Check it out..gerenti puas hati..

    ReplyDelete
  22. uihhh..
    sedapnya...
    ada cawangan dia tak..=)

    ReplyDelete
  23. @syahrilhafiz :ada,boleh check official websitenya...

    ReplyDelete
  24. salam, maaf nak menyibuk entry lama ni..
    semalam jalan2 kat sek 7 jumpa restoran ni..
    dgr kata sedap..
    nk cubalah sesekali..hurmm
    suggestion meal ape ye?
    yg paling sedap?

    ReplyDelete
  25. dh pernah mkn, memg sedap..smbal tue yg best..super pedas..ayam tue lembut je..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails