September 14, 2010

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit | Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Alhamdulillah, berkat menabung untuk Puteri tersayang, Alisya, balik kampung haritu sempatlah check balik baki terkini dengan mak mertua. Buku akaun kami bagi mak mertua yang pegang supaya kami tidak akan gatal-gatal tangan untuk keluarkan duit Alisya bila ada emergency or perlukan wang segera. Faham-fahamla bila duduk di KL ni, macam-macam emergency yang akan timbul :

Akaun Tabung Haji Menjadi Pilihan Kami untuk Alisya
Takpe,Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Duit raya,duit pemberian untuk alisya, dan apa-apa saja duit yang orang berikan untuk alisya kami tidak pernah sentuh or gunakan untuk kegunaan peribadi. Kami masukkan semua ke akaun Alisya. Tiap-tiap bulan, kami akan masukkan RM100 ke akaun Alisya. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, kami mahu tanamkan sikap rajin menabung dari kecil/bayi lagi.

Perancangan dari awal itu penting untuk kesenangan di kemudian hari. Campur duit raya dan duit yang akan kami berikan bulan ini, bolehla cecah RM3K hujung bulan ini. Rezeki Alisya, dan rezeki kami pun semakin mencurah dengan kehadiran Alisya.

Mungkin bila Alisya dah cukup 2 tahun dan financial pun dah semakin stabil, kami akan belikan Insurans + Pelaburan pula untuk alisya. Any suggestion mana-mana yang OK? Sekarang ni macam berminat untuk ambil Prudential BSN, tapi kalau ada yang lebih menarik apa salahnya kan ?

P/s : Biar sedikit tapi konsisten dari banyak tapi tidak konsisten/asyik keluar masuk. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? Hik3, sayangkan anak, simpan-simpankan untuk masa depan yang lebih cemerlang di masa depan.

P/s/s :Apa pula pandangan anda?Pentingke menabung untuk anak-anak sejak dari kecil lagi?

11 comments:

  1. menabung dr kecil amat lah di galakkan. cuma kesedaran mak pak ni kdg tu tak mikir pjg. sy pun ade simpanan berbentuk education plan dgn insurance. dan akan buka akaun smpanan utk dorg jugak. :)

    ReplyDelete
  2. mmg penting....
    at least untuk kegunaan anak2 mase belajo nanti.....kalo sekaghang pun belanje sekolah@unibersiti pun udah ghibu2...mase depan kite tak tau lagiii..... dan juge mase sesak nantiii

    lagi satu....
    menabong kat tabong haji ni bagoih....ade ghezeki ke Mekah le nanti naik Haji....

    Welcome Aboard

    ReplyDelete
  3. bagus la bro...
    nak follow jejak langkah jugak ni...hehehe...

    ReplyDelete
  4. betuah alisya! betoi3. melentur buluh biar dr rebungnya~

    ReplyDelete
  5. kat mne la aku buh buku tabung haji ku...

    cam malu je nk tunjuk nilainye kat Alisya he...23x

    Regard,
    BroFramestone Blog
    @ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri..
    elokla simpan dari kecik ni..kami pun simpan juga utk anak2 cuma not on regular basis kecuali utk nabila.sebabnya simpanan regular mereka kami masukkan dalam insuran.
    untuk insuran prudential bsn tu mmg terbaik sb ada saving,education & health coverage + investment....all in 1.minimum 110 saja utk anak2.better ambil cepat sb kita tak tau esok nak jadi apa.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah baguslah untuk masa depan kan....

    ReplyDelete
  8. bertuah alisya :D dah cukup nanti ley g haji.. amin.. :)

    ReplyDelete
  9. eyriqazz tak beli insurans lg ke itk alisya? me beli takaful siswa (eduaction plan) for my both kids since diorg lahir :) selain savings account yippie + nuri :) tabung haji me belum bukak utk anak2, ada akaun me sendiri ajer :)

    ReplyDelete
  10. penting..lieza pun tgh bcadang nk buka akaun utk husna...

    ReplyDelete
  11. kalau nak amik prudential leh la jumpa kak nara.
    tokei besar tue.
    hahaaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails