November 18, 2010

Malaysia Boleh | Proton Menyerlah di APRC 2010

Gunung Everest telah berjaya didaki
Kutub Utara ditawan , Pelayaran mengelilingi dunia semangat yang gigih sekali
Proton kembali di persada kejohanan rally selepas 5 tahun, kejayaan di lakar di APRC 2010 ini
Malaysia Boleh, telah terbukti
(Kredit Picture to Paultan.Org )

Tahniah buat pasukan Proton kerana berjaya menduduki tempat 1-2 di Asia Pacific Rally Championship (APRC) 2010 beberapa minggu yang lepas.  Kejayaan dengan kereta Proton Satria Neo S2000 yang dipandu oleh Alister McRae & Bill Hayes dan Chris Atkinson & Ben Atkinson  suatu kejayaan yang begitu manis sekali. 

Lasak dan Begitu Mengkagumkan melihat Proton Satria Neo S2000 beraksi

Selepas berehat selama 5 tahun, Proton kembali dan membuktikan kemampuannya untuk bertanding dengan jenama unggul dari luar seperti Mistsubishi dan Subaru.Kemunculan kembali di Sukan Permotoran adalah strategi dan inisiatif dari Proton bagi mempromosikan kereta Proton dan terbukti berkesan dengan penggunaan kos yang lebih efektif.

Kemunculan ini bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam dan telah dibuktikan apabila PROTON telah bertanding di 5 tempat dari 6 pusingan APRC iaitu Rally of Malaysia, Japan, New Zealand, Australia dan terbaru China. Kemunculan di persada Rally lumba dan dengan kemenangan ini mampu mengangkat nama Proton dan seterusnya meletakkan nama Proton setanding dengan jenama kereta yang popular di persada antarabangsa. Killing 1 birds with One Stone. Semoga kejayaan terus dilakar oleh Proton. 

Kecil-Kecil Cili Padi, Jangan Pandang rendah keupayaan kereta ini

Kecil-kecil cili padi, kemenangan 1-2 di APRC 2010 China dan menduduki tempat kedua keseluruhan bagi kategori Manufacturer's Championship untuk Asia Pacific Rally Championship di belakang Mitsubishi . 

Nampak anggun dan mempesona aku teruja hati

Semangat juang Proton harus dicontohi walaupun berdepan dengan pelbagai dugaan, namun ianya bukannya halangan untuk terus kehadapan.Semangat  juang di atur dan kemenangan ini bukti Proton mampu mengharungi cabaran mendatang. Perancangan di atur bagi memastikan Proton tersenarai sebagai "Global Brand" dan dengan sukan permotoran ini ianya menjadi batu loncatan untuk terus ke hadapan. Apa tidaknya, APRC ini ditonton oleh lebih dari 390 juta orang pada tahun 2009 sahaja. 

Syabas Buat Proton

Tahniah, prasangka saya terhadap Proton kini telah berubah dari Pandang sebelah mata kepada Pandang dua belah mata. Don't judge book by it cover dan kejayaan ini telah berjaya mengubah persepsi saya. Teruskan perjuangan dan diharapkan di masa depan ada anak muda "Malaysia" yang memandu kereta ini untuk perlumbaan Rally ini.Tak lupa juga, "Improvement yang lebih berkesan untuk kereta Proton" . Eh, sedangkan Pantai Boleh Berubah, inikan pula hati manusia. tak gitu?

P/s : Chris Atkison & Ben Atkinson tu ada kena mengena dengan Rowan Atkinson ke (Mr Bean) ? . Hik3, rasanya sekadar kebetulan.

P/s/s : Give Proton a chance to prove themselves di persada Malaysia dan Antarabangsa, Proton Boleh, Malaysia Boleh.

** Proton Inspira nampak menguja, apa pula kata anda? Oh, berbelah bagi hati ini untuk pilihan kereta di masa hadapan.

10 comments:

  1. Malaysia boleh! ;D

    ReplyDelete
  2. Inspira lom tengok f2f lagi.. Kalau tgk f2f baru tahu hasilnya kan :)

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  3. Tahniah juga kepada pasukan malaysia

    ReplyDelete
  4. satria noe memang best
    tahniah buat proton

    ReplyDelete
  5. satria noe memang best
    tahniah buat proton

    ReplyDelete
  6. @Jard The Great:takla..hik3..

    @maCy :yiezaa,malaysia boleh..

    @ProfHariz :yup..ada hati ke nak angkat Inspira bro?

    @kak ina kl:yieza,Malaysia boleh

    ReplyDelete
  7. @Encik Tikus :bangga2...

    @kulanz:tahniah juga..

    @tehr :haah,neo best..tahniah juga proton

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails