March 31, 2011

Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai

Percutian di Melaka beberapa minggu lepas, sempatla terjah Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai. Booking siap2 sehari sebelum tu, yerla,datang time cuti sekolah+weekend,sure penuh orang. Before this pernah terjah dah restoran ni [ Ikan Bakar Umbai]
Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai
Ramainya Orang. Nak cari meja kosong pun susah. Nasib baik dah booking
Awas|Tolong Cari Meja Dahulu Sebelum Memilih Ikan
Seafood

Selepas duduk di meja yang disediakan, pilih seafood, sampailah hidangannya :

Sepahat Masak Cili. Sedapp...
Butter Prawn

Sedap juga cuma tak sesedap masa pi first time. Terus saya sms owner dia. Bagusla, mereka ambil on positif note, dan akan perbaiki mutu di masa hadapan. Kesian wifey,mengidam nak rasa Butter Prawn yang lebih berkerak. Tapi, still sedap la...

Sotong Celup Tepung
Kangkung Belacan
My Favourite, Ikan Bakar sudah semestinya
Jemput Makan. Gembira dapat bawa mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar sekali
Nasi Lemak suatu kemestian.Nasi putih pun ada. Alisya teruja
Air Asam. Fuhh, Marvellous.

Overall memang puas hati. Layanan yang memuaskan.Servis pun tak lambat. Masakan sedap. Harga berpatutan,total makan malam tu untuk 5 orang dalam RM150. Kalau korang nak singgah di Restoran ini, disarankan booking dulu, takdelah kecewa nanti kalau takde seat.

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Kalau singgah ke Melaka, Umbai memang wajib diterjahi. Lepas ni nak terjah Restoran Terapung Umbai la pula. 2 kali asyik pi Pernu,Umbai, mahu juga merasa kelainan selepas ini.

18 comments:

  1. SEDAP TU.....lama x pekene ikar bakar

    ReplyDelete
  2. SEDAP TU.....lama x pekene ikar bakar

    ReplyDelete
  3. SEDAP TU.....lama x pekene ikar bakar

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :)
    kesur air liur bila tengok makan sedap-ssedap macam ni.

    ReplyDelete
  5. udg + sotong tu buat me meleleh air liur..

    ReplyDelete
  6. bro, bebila ko dtg umah gua, gua masakkan sotong goreng tepung, nampak lebih tempting dari yg dlm entry ni.

    ahaha, siakap bakaq mesti ada....

    ReplyDelete
  7. umbai... rindu nak makan sea food kat sana... hari tue makan ada satu kedai bole makan kat atas boat...

    ramai gak ye time orang cuti... :)

    ReplyDelete
  8. suka pepahat..dalam gambar tue mcm kicap je bukan air asam..hehe

    ReplyDelete
  9. tiba2 rasa nak makan kat top spot....butter prawn dia pergh....


    New Entry: PIKOM PC Fair 2011

    ReplyDelete
  10. Sepahat is also very popular at Sarawak, the spicy asam dip am sure was great with the ikan bakar.

    ReplyDelete
  11. #lAl :lunch apa arini bro?

    #Boloque :memang sedap...

    #fyna :nyam2..

    #Miza Yusof:yummy...

    #Mama Zharfan:balik nanti meh blanje eyriqazz sekeluarga ye..hik3

    ReplyDelete
  12. #Matjoe :serius bro?ok..weekend ni eden ajak geng2 talibarut terjah rumah bro..

    #Ms and Mr Red Ribbon:kat kedai ni pun boleh makan atas boat..tapi kena booking awal2la n ramai org skit...

    #BABY(MAMA AMANA&ARIEF) :haahla..kicap..camne boleh tersilap ni?hik3..thankss...

    #Siti Hajar Masri :jemput2

    #zahidah dihaz:top spot tu katne?

    #Syafiq Rosli:jom blanje saya bro...

    #Nava Kishnan :nyam2..tak pernah pi sarawak lagi...

    ReplyDelete
  13. selalu makann kat sini!! sedappp!

    ReplyDelete
  14. Sedap tak penting,yg penting nya mahal ko murah???klu mahal make tempat lain lah....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails