Showing posts with label ikan pernu umbai. Show all posts
Showing posts with label ikan pernu umbai. Show all posts

March 31, 2011

Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai

Percutian di Melaka beberapa minggu lepas, sempatla terjah Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai. Booking siap2 sehari sebelum tu, yerla,datang time cuti sekolah+weekend,sure penuh orang. Before this pernah terjah dah restoran ni [ Ikan Bakar Umbai]
Restoran Ikan Bakar Parameswara, Pernu Umbai
Ramainya Orang. Nak cari meja kosong pun susah. Nasib baik dah booking
Awas|Tolong Cari Meja Dahulu Sebelum Memilih Ikan
Seafood

Selepas duduk di meja yang disediakan, pilih seafood, sampailah hidangannya :

Sepahat Masak Cili. Sedapp...
Butter Prawn

Sedap juga cuma tak sesedap masa pi first time. Terus saya sms owner dia. Bagusla, mereka ambil on positif note, dan akan perbaiki mutu di masa hadapan. Kesian wifey,mengidam nak rasa Butter Prawn yang lebih berkerak. Tapi, still sedap la...

Sotong Celup Tepung
Kangkung Belacan
My Favourite, Ikan Bakar sudah semestinya
Jemput Makan. Gembira dapat bawa mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar sekali
Nasi Lemak suatu kemestian.Nasi putih pun ada. Alisya teruja
Air Asam. Fuhh, Marvellous.

Overall memang puas hati. Layanan yang memuaskan.Servis pun tak lambat. Masakan sedap. Harga berpatutan,total makan malam tu untuk 5 orang dalam RM150. Kalau korang nak singgah di Restoran ini, disarankan booking dulu, takdelah kecewa nanti kalau takde seat.

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Kalau singgah ke Melaka, Umbai memang wajib diterjahi. Lepas ni nak terjah Restoran Terapung Umbai la pula. 2 kali asyik pi Pernu,Umbai, mahu juga merasa kelainan selepas ini.

November 8, 2010

Ikan Bakar Umbai

Weekend lepas, kami sekeluarga bercuti di Seremban. Sempatla juga malam tu kami singgah di Ikan Bakar, Pernu Umbai, Melaka. Mula-mula dah sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai namun selepas menelefon rakan yang selalu ke Umbai , kami ke Pernu Umbai kerana seperti katanya di Terapung Umbai harganya lebih mahal. Namun pengalaman di sini tidak mengecewakan :

Ikan Siakap Bakar Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai (RM22.40)
Gerai Ikan Bakar Parameswara menjadi Pilihan Kami
Ramainya orang beratur pilih Ikan dan Lain-lain
Full House, nasib baik kami sampai langkah kanan ada yang baru beredar

Alisya dan Mama dah tak sabar
Ikan dibakar
Pekena dengan Nasi Lemak pun syok juga (RM0.60 sebungkus)
Sepahat, RM12.00
Butter Prawn , RM52.50
Air Asamnya memang sedap
Full Set, Ikan Bakar, Sepahat masak pedas, Butter Prawn, dan Air Fresh Oren 1 1/2 Jug (Total RM105.00)

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Overall memang puas hati dan menyelerakan. 3 orang makan semuanya berpuas hati. Terubat juga rasa di hati mahu makan Ikan Bakar di Umbai. Lain kali mungkin boleh singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai pula. Lokasinya pun dalam beberapa ratus meter saja dari Pernu Umbai. rating kuberikan untuk makanan di sini adalah 8.5/10. Sedap, menyelerakan, harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

Ikan Bakar Pernu Umbai kami singgahi
Rasanya sedap lazat sekali
Masih teringat-ingat di dalam hati
Ikan bakar menggiurkan enaknya sukar dilupai

P/s : Pernah Singgah di Ikan Bakar Umbai? Apa pula kata anda?
Related Posts with Thumbnails