Showing posts with label lokasi umbai. Show all posts
Showing posts with label lokasi umbai. Show all posts

November 8, 2010

Ikan Bakar Umbai

Weekend lepas, kami sekeluarga bercuti di Seremban. Sempatla juga malam tu kami singgah di Ikan Bakar, Pernu Umbai, Melaka. Mula-mula dah sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai namun selepas menelefon rakan yang selalu ke Umbai , kami ke Pernu Umbai kerana seperti katanya di Terapung Umbai harganya lebih mahal. Namun pengalaman di sini tidak mengecewakan :

Ikan Siakap Bakar Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai (RM22.40)
Gerai Ikan Bakar Parameswara menjadi Pilihan Kami
Ramainya orang beratur pilih Ikan dan Lain-lain
Full House, nasib baik kami sampai langkah kanan ada yang baru beredar

Alisya dan Mama dah tak sabar
Ikan dibakar
Pekena dengan Nasi Lemak pun syok juga (RM0.60 sebungkus)
Sepahat, RM12.00
Butter Prawn , RM52.50
Air Asamnya memang sedap
Full Set, Ikan Bakar, Sepahat masak pedas, Butter Prawn, dan Air Fresh Oren 1 1/2 Jug (Total RM105.00)

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Overall memang puas hati dan menyelerakan. 3 orang makan semuanya berpuas hati. Terubat juga rasa di hati mahu makan Ikan Bakar di Umbai. Lain kali mungkin boleh singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai pula. Lokasinya pun dalam beberapa ratus meter saja dari Pernu Umbai. rating kuberikan untuk makanan di sini adalah 8.5/10. Sedap, menyelerakan, harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

Ikan Bakar Pernu Umbai kami singgahi
Rasanya sedap lazat sekali
Masih teringat-ingat di dalam hati
Ikan bakar menggiurkan enaknya sukar dilupai

P/s : Pernah Singgah di Ikan Bakar Umbai? Apa pula kata anda?
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts