Showing posts with label harga ikan bakar umbai. Show all posts
Showing posts with label harga ikan bakar umbai. Show all posts

January 19, 2011

Ikan Bakar Lumut


Restoran Ikan Bakar Lumut kami terjahi semasa Percutian di Lumut

Pelbagai Pilihan Seafood untuk dipilih

Harga Ikan Bakar & Seafood di Restoran Ikan bakar Lumut

Menu yang lain juga
Air Buah Mangganya memang Best

Ramai juga yang menerjah ke sini

Tomyam Campur (1st time jumpa tomyam warna putih)

Ikan Siakap Bakar ( Popular sungguh Ikan kegemaran Sumijelly ni)

Overall, oklah. Kalau di Lumut memang bolehla terjah. Tapi kalau nak bandingkan ngan Ikan Bakar Umbai, umm, memang jauh berbeza sedap di Umbai. Tapi sambalnya boleh tahan best. Lain tempat lainla rasanya kan? Harganyapun lebih mahal dari Umbai. Rating saya berikan 7/10.

P/s : Oh, ni yang buat mahu menerjah Umbai lagi ni? Butter Prawn dan Ikan Bakarnya memang kebaboom...Kat KL any tempat sedap untuk Ikan Bakar?Any suggestion?

November 8, 2010

Ikan Bakar Umbai

Weekend lepas, kami sekeluarga bercuti di Seremban. Sempatla juga malam tu kami singgah di Ikan Bakar, Pernu Umbai, Melaka. Mula-mula dah sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai namun selepas menelefon rakan yang selalu ke Umbai , kami ke Pernu Umbai kerana seperti katanya di Terapung Umbai harganya lebih mahal. Namun pengalaman di sini tidak mengecewakan :

Ikan Siakap Bakar Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai (RM22.40)
Gerai Ikan Bakar Parameswara menjadi Pilihan Kami
Ramainya orang beratur pilih Ikan dan Lain-lain
Full House, nasib baik kami sampai langkah kanan ada yang baru beredar

Alisya dan Mama dah tak sabar
Ikan dibakar
Pekena dengan Nasi Lemak pun syok juga (RM0.60 sebungkus)
Sepahat, RM12.00
Butter Prawn , RM52.50
Air Asamnya memang sedap
Full Set, Ikan Bakar, Sepahat masak pedas, Butter Prawn, dan Air Fresh Oren 1 1/2 Jug (Total RM105.00)

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Overall memang puas hati dan menyelerakan. 3 orang makan semuanya berpuas hati. Terubat juga rasa di hati mahu makan Ikan Bakar di Umbai. Lain kali mungkin boleh singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai pula. Lokasinya pun dalam beberapa ratus meter saja dari Pernu Umbai. rating kuberikan untuk makanan di sini adalah 8.5/10. Sedap, menyelerakan, harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

Ikan Bakar Pernu Umbai kami singgahi
Rasanya sedap lazat sekali
Masih teringat-ingat di dalam hati
Ikan bakar menggiurkan enaknya sukar dilupai

P/s : Pernah Singgah di Ikan Bakar Umbai? Apa pula kata anda?
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts