April 21, 2011

Broadband di Malaysia| Pengalaman Saya

Berkongsi Pengalaman, Broadband di Malaysia. Yup, broadband/internet amatlah penting especially buat blogger cam saya. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa perkhidmatan broadband yang disediakan di Malaysia dan inilah pengalaman yang ingin dikongsi :


Subscribe 4 Desktop Modem dan juga Wiggy. Sempat try for 2 weeks. Cancel it. Kawasan rumah saya too congested dan ramai sangat pengguna P1 Wimax (Setapak, ramai student). Speed not up to my expectation dan seperti diinform, ianya bergantung kepada kawasan & bilangan pengguna di kawasan itu. Apapun, Customer Servicenya memang bagus. Pantas memberikan jawapan dan explanation.Pujian patut diberikan kerana Customer Servicenya honest dalam explain kenapa line slow etc.


Dapat free modem & Broadband Subscription selama 3 bulan masa menang contest yang dianjurkan bersama Nuffnang 2 tahun lepas. Umm, unluckily, masatu kawasan rumah saya bukan dalam kawasan coverage dan hanya boleh connect dengan Edge saja. Still, Customer Service memang bagus. Cepat dan pantas.



Sempat menggunakannya selama beberapa bulan. Subscribe to "Basic Plan" , RM68 sebulan. In term of coverage, memang terbaik. In term of speed, masih banyak yang boleh diperbaiki. Not up to my expectation dan seperti yang ditawarkan iaitu 512kbps, di banyak kawasan, the most i can get is around 100+kbps. In term of customer service, quite slow masatu. Respons agak lambat . Suggestion : Gunakanlah kemudahan twitter dan Facebook untuk berinteraksi dengan pengguna . Hope mutunya boleh diperbaiki in the future.
P/s ; Saya masih pengguna setia Celcom Postpaid phone but for broadband, umm, saya better pilih yang lebih memuaskan.


Teruja untuk subscribe bila nampak pakejnya agak berpatutan dan respons dari rakan yang pernah menggunakannya agak positif. Namun, main purpose mobile broadband untuk travel dan bila saya terjahi salah satu Storenya di KL Sentral dan coverage masih belum meluas, saya tak jadi untuk subscibe. One day mungkin.


Banyak komen negatif yang saya terima berkenaan Maxis Broadbandni dari rakan-rakan blogger. Namun, bila pertama kali mencuba Maxis Broadband ni pinjam adik ipar punya semasa di Ipoh, saya puas hati. So, saya subscribe to pakej RM48 sebulan/512Kbps . Till now masih menggunakannya untuk travel dan overall puas hati. Ipoh,Terengganu,Genting Highlands,Kelantan dan pelbagai lokasi lagi speednya up to my standard walaupun masih belum mencapai at least 70% dari speed yang ditawarkan.  Untuk travel, memang sangat berguna bagi saya wireless broadband ni. Congratz Maxis, anda berjaya mengubah persepsi negatif saya. Kata pepatah, belum cuba,belum tahukan?


Sudah lebih setahun saya subscribe dengan Blockbuster Deal, 1Mbps. Dulu-dulu memang ada problem dengan Streamyx ni. Namun sejak kemunculan pelbagai broadband di Malaysia ni, saya nampak banyak kesan positif. Line makin stabil, speed memuaskan, tiada cap dan memang saya berpuas hati .

Yess, dulu saya saya salah seorang yang kuat mengkritik Streamyx ni. Sampaikan 2 kali rasanya complaint saya adukan kepada SKMM(dapat rebat lagi) . But along the way dan mencuba pelbagai Broadband yang lain, I can say, Streamyx is the best for me.Banyak perubahan positif.  Happy with it dan tak sabar untuk bertukar kepada Unifi pula nanti. On the other notes, Customer Service quite slow dalam memberikan respons especially via email. Gunakanlah platform social media yang ada so lebih interaksi antara pengguna dan provider.

Overall, as pengguna , inilah cadangan dari saya buat semua Broadband Provider :

1) Improvekan on kualiti. Kalau janjikan 500kbps, tunaikanlah janji itu. Ini nak dapat separuh pun susah, tapi bayar tetap sama? Mana aci camni kan?Servis tak seperti dijanjikan tapi still kena bayar penuh. Win-Lose situation akan membuatkan pengguna beralih arah.
2) Cap/Limit . Umm, ni yang paling saya tak suka especially bila aktif menggunakan internet ni.
3) Free trial - Kasila at least sebulan untuk free trial so pengguna dapat menilai dengan lebih bijak. Masa di UK dulu, memang kasi free trial sehingga sebulan untuk internet .
4) Customer service - Banyak service provider yang masih belum menggunakan platform social media sepenuhnya. Gunakanlah ia, senang kami nak contact/complaint/giving feedback n etc.
5) Price - The lower, the better. Kos sara hidup makin meningkat, apa salahnya kalau kasi diskaun buat pengguna setia? Tak rugi pun kan?

Overall, saya boleh katakan, untuk mobile broadband, mostly ianya bergantung kepada kawasan/bilangan pengguna. Cam jalanraya la kan, lagi ramai, lagi congested. So, buatla pilihan dengan bijak.

P/s : Apa pula pandangan anda tentang Broadband di Malaysia? Apa service provider yang korang gunakan sekarang?

18 comments:

  1. bila persaingan makin byk, kualiti makin dijaga dan ditingkatkan. secara langsung, pengguna yg mendapat untung. dulu time kt germany, persaingan cukup sengit dan kelajuan mmg sampai 16mbps tp masih murah

    ReplyDelete
  2. guna CELCOM suatu ketika dulu kira yang terpantas lah coverage tapi la nie CELCOM lah paling slow...kadang2 nak buka satu browser pun payah..asyik DC 4 ke 5 kali...

    ReplyDelete
  3. byk pilihan. cuma kena pndai pilih je yg mana coverage bagus kt tempat kita :)

    ReplyDelete
  4. kat umah tetap pakai stremyx..sbb abah kerja TM (dh pencen)..pernah kerja ngan Celcom jadi promote celcom broadband, P1 Max akan cepat je block kalu tak bayar..haha

    ReplyDelete
  5. dah 2 tahun guna celcom, tapi last month dah unsubscribe sebab suddenly jadi lembab giler. so now tak subscribe apa2...masih mencari dan terus mencari :)

    ReplyDelete
  6. saya setia dengan p1 wimax sebab dpt guna free jer! kat tempat saya ni line mmg thumb up!

    ReplyDelete
  7. jarang guna broadband kecuali balik kg. hubby guna broadband kat ofiz dia.pakai celcom broadband ajer.laju gila bila duk trg sebab pencawang depan rumah ajer..hehehee

    ReplyDelete
  8. masing2 ada kelebihan dan kelemahan sendiri.. depend laa kos + coverage + usage = satisfied. So far kid drop broadband dan pakai streamyx.. unifi akan naik harga bro.. heavy user akan datang, camno 60GB je.. but streaming takde buffer and so far takde capping.. :)

    The Great ChurpChurp RACE!!!!

    ReplyDelete
  9. saya guna streamyx....ok ja kat area sini.sekali sekala kacau tu perkara biasalah.

    broadband pun guna celcom..laju gak.

    MEREKA YANG ISTIMEWA

    ReplyDelete
  10. Ada satu broadband yg kawan saya gunakan, U-mobile..speed mcm internet talian tetap. Tapi, mahal sikit.

    Kat rumah kami pasang Unifi, untuk travel guna maxis. hehe..

    ReplyDelete
  11. for me so far streamyx is the best

    ReplyDelete
  12. aku juga pengguna setia maxis sekarang ..sebelum ni guna celcom.. ok juga tapi kawasan liputan dekat umah tak berapa elok sempat pakai 4 bulan dah tu terminte..

    But Maxis oklah sesuai untuk travel.. dekat mana-mana lebuhraya no problemlah

    ReplyDelete
  13. @Dawa:yup,persaingan yang sihat amatlah dialu2kan..pengguna juga yang untung...masa di UK pun sama,perkhidmatan memang memuaskan..linememang laju..disconnect tu boleh kira dengan jari...

    @far_east :itulah yang saya alami dulu..bila dah congested, itula jadinya...

    @Amiera Hilton :yup,setuju..yg terbaik bagi kita,tak semestinya terbaik utk orang lain....

    @Nur Hawa Mohd Zin:oh,yeker?thanks for sharing it..myself, memang happy ngan Streamyx setakat ini...

    ReplyDelete
  14. ahaks...aku tengah buat draft perbandingan broadband kat blog aku jugak sekarang ni.

    bagi aku, broadband yang betul-betul aku puas hati ikut turutan ialah

    1. YES4G
    2. Umobile
    3. Maxis
    4. Digi
    5. Celcom

    P1 tak pernah try lagi. Umobile walaupun kat genting memang haprak, tapi most tempat yang aku pergi speed memang tiptop.

    ReplyDelete
  15. @Aku Ibu Muda:teruskan pencarian dan jangan lupa berkongsi nanti ya..

    @Lin Azlina:camne boleh guna free pulak tu?

    @e.l.i.s.s.m.i.e:jealous2...

    @KiD:ohh,betulke bro?dushh..ni yang buat serba salah nak angkat unifi ni..

    @ieda:thanks for sharing it...

    ReplyDelete
  16. @Nia:wah,dah pakai unifi..kongsi2la cerita..

    @Sharinginfoz:samalah kita...

    @Myvitrd :hik3..tuhla..at least dia pun speed acceptable dan tidak putus2....nak upload picture pun ok...

    @pria teruna:thanks for sharing it..bolehla nanti saya mencuba YES4G pula...

    ReplyDelete
  17. papa eyriqazz tokey tiger.. alaaaa.. ambik aje unifi.. tengok kawasan laa untuk supply unifi tu.. kat putrajaya ni mmg ada dan kid maleh nak ambik sebab tak heavy streaming sangat.. for me, better unlimited access dari downloading 60GB aje.. tapi tengok kegunaan internet masing2 laaa.. ada yang ok.. :)

    unifi staff package pun dah kena freeze.. kalo idak.. murah aje.. keh keh keh

    ReplyDelete
  18. setuju sangat bout entry ni..
    maxis : speed mmg laju tp kouta cepat habis.3 gig x cukup sebulan.mujur ada top up data.

    streamyx: mmg pilihan hati dekat rumah. walaupun slow kadang-kadang tp tetap hebat.customer service pernah kena marah dgn ayah sebab x mesra and putar belit. unifi best..tapi kenapa lah time nak pasang booking dapat bulan 5.lamanya!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails