Trafik Mencanak di Musim Raya. Biar betik? Bukan di musim raya sebegini trafik makin merudum ke? Umm, tak,tak,eyriqazz tak maksudkan trafik blog, tapi trafik di jalanraya. Ini pengalaman pulang dari Wakaf Bharu ke KL semalam. Bertolak dari Wakaf Bharu pukul 3 petang :
Bayangkan, dari Wakaf Bharu perjalanan 3 jam setengah baru bergerak dalam 70 kilometer. Memang lenguh kaki ini menekan brek. Sangkakan ramai yang pulang ke KL hari Ahad, rupanya hari Sabtu pun tak kurang ramainya. Jem gilerr.
Jalan Sempit. Ramai juga pemandu yang kurang berhemah memotong di Lorong kecemasan dan memotong secara merbahaya
Lagi frust. Dahla stesen minyak jauh-jauh antara satu sama lain. Sampai-sampai nak ke toilet Takde Air pula?
Ni di R&R Gua Musang
Ini kali kedua saya pulang dari Kelantan ke KL. Fuhh,tak patutla kerajaan persekutuan menidakkan hak rakyat kelantan. Sepatutnya dibina lebuhraya bagi memudahkan pengguna. Jangan kerana politik, hak pengguna diabaikan. Saya kagum dengan rakyat Kelantan, kemudahan jalan raya yang diabaikan namun mereka masih mampu tersenyum dan bersabar. Ohh,I Hate Politics...
Singgah lagi di Petronas. Sesakk...
Cuba teka berapa jam sampai rumah? Nasib baik adik ipar yang bawak lepas 4 jam eyriqazz drive. Sampai rumah pukul 3.30 pagi, iaitu lebih kurang 12 jam setengah perjalanan. Kalau eyriqazz bawa seorang, mahu dalam 14 jam lebih baru sampai kot.
Fuhh, memang penat dan agak serik juga drive balik kampung dari Kelantan ke KL ni. Trafik penuh sesak, jalan yang gelap dan sempit, pemandu yang tidak bertanggungjawab, dan pelbagai lagi.
Buat yang pulang harini, berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang tersayang.
hm, jem kt atas jambatan Ganu lg seram, kt stiap tol jem giler!dhlah guna kete manual, sakit lutut...
ReplyDeletebetul tu..jgn menidakkan hak rakyat..berlaku adil.
ReplyDeletelame tu..adoi..kematu bontot...
ReplyDeleteSetiap kali raya jalan memang sesak..pam minyak pun kene beratur
ReplyDeletewohoh !! memang betul2 sesak ~
ReplyDeletesemalam balik ikot grik nasib baik x jem! lalu gua musang mmg sllu jem kan?
ReplyDeletelamanya bro, nasib baik dah balik hari jumaat
ReplyDeleteawat ikat getah?
ReplyDeletekami ikut ajil-bukit besi-jabor..alhamdulillah, perjalanan lancar. singgah isi minyak jer, pas tu cpt2 keluar dr LPT sekitar jam 3ptg..fuh lega!
ReplyDeleteGPS ikat getah tuh... hahaha....
ReplyDeletemasalah biasa yg perlu dihadapi setiap kali raya
ReplyDeletesy pun blk kl hari sabtu..mmg jem teruk kat raub, bentong n karak...huhu..sabar je la...mmg x puas hati dgn jln kl-kb...huhu...
ReplyDelete