November 16, 2011

Tips Murah Rezeki


Semalam berpeluang lepak-lepak dengan Jutawan Hartanah ini lagi. Sembang-sembang pasal projek terbaru kami yang bakal berkongsi informasi dan pengalaman peribadi tentang blogger Melayu yang berjaya dan mencipta nama. Oh, yangtu lain kali saya ceritakan.

Di kesempatan itu, sempatlah juga Jutawan Hartanah berkongsi kisah rakannya yang mempunyai pendapatan bulan puluhan ribu hasil pelbagai business yang dijalankan. Namun, atas sebab tertentu dia mengalami kerugian almost RM setengah juta, depress dan hampir membunuh diri. Ketika dia menceritakan pengalamannya, menangis teresak-esak ketika bercerita. Mujurlah nasihat dari rakan-rakan termasukla Jutawan Hartanah ini mampu memulihkan keadaan.

Rezeki dia datang bertimpa-timpa selepas menerima nasihat rakan-rakan. Income lebih lebat dari sebelum ini, dan projek yang tidak dijangka-jangka diterima. Status Jutawan bolehla diberikan kepadanya.

Tentu korang tertanya-tanya apakah tips yang diberikan oleh rakan-rakannya? Apakah yang menjadi turning point disebalik kegagalan, ditipu dan kerugian ratusan ribu ringgit. Inilah tips yang dikongsi :

1) Minta maaf kepada Ibu. Terangkan kepada ibu hasil income selama ini dan juga teruskan berbuat baik kepada ibubapa. Yup, doa seorang ibu especially memang mujarat. Berterusan la berbakti dan menggembirakan hati mereka.

2) Zakat Harta jangan dilupa. Zakat salah satu cara membersihkan hati dari perasaan tamak dan haloba. Juga, menolong sesama muslim.

Yup, sayapun ada amalkan tips ini, dan setakat ini, Alhamdulillah. Rezeki kadang-kadang datang tanpa saya duga. Financially pun dah semakin baik. Contoh terdekat yang boleh saya berikan adalah saudara Jutawan Hartanah ini dan juga Denaihati yang mengamalkan prinsip Hidupkan Untuk memberi dan berkongsi pengalaman peribadi untuk i.e. tentang Bidang Hartanah. Semakin dia memberi, nampak tidakla dia semakin miskin, tapi nampak makin dimurahkan rezeki. Itulah hukum alam, pusing-pusing akan kembali semula. We give Rm100, but in future, who knows, we might receive more than that..

InsyaAllah, doa seorang ibu memang mujarab dan doa orang yang diberikan pertolongan tidak kurang juga. Gembitrakanlah hati seorang ibu dan sama-samalah membantu sama kita.

P/s : Semakin kita berdiri tinggi, jangan pula dilupa pada yang dibawah...

12 comments:

  1. wah...melepak di NZ Garden klcc ye bro eyriqazz..dekat dengan ofis je ni bro..

    ReplyDelete
  2. kalo kita sentiasa ingat Allah & ibu bapa..pastu buat keje yg diberkati, insyaAllah rezeki takkan putus...

    dan jangan lupa zakat... :)

    *penah terjadi kat diri sendiri bile buat keje yg tak diredhai, rezeki tu terbehenti disitu n tak kemana2...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. saya juga amalkan surah AlWaqiah...

    ReplyDelete
  4. Dua tips yang kita jarang praktikkan sebenarnya tu..tahniah GTO kerana selalu mengingatkan sesapa je termasuk saya yg sering terleka..

    ReplyDelete
  5. betul tu,doa ibu bapa memang penting..zakat pun penting...setuju sangat dgn entri ni..kena praktikkan

    ReplyDelete
  6. betul sangat. kadang2 kaya tapi hasil duit haram pun x best jugak. hati x tenang, dan bila2 pon boleh hilang kekayaan tu.

    haha, kisah ni saya tahu lebih awal....

    ReplyDelete
  7. btol tu..doa seorg ibu mmg sgt2 mujarab..

    ReplyDelete
  8. setuju sgt tu bro..kaya mcm mana sekalipon kalau tak dapat restu ibu pasti tidak akan berpanjangan kesenangan tu

    ReplyDelete
  9. Bila ada rezeki lebih memang seeloknya dikongsi bersama....Selalu teringat kata-kata seorang alim..." Kadanng-kadang rezeki adalah hak untuk diberikan kepada orang yang lebih memerlukan "

    ReplyDelete
  10. Nasihat yang berguna...
    InsyaALLAH sesiapa mengamalnya akan nampak hasilnya.. tidak di sini di akhirat insyaALLAH..

    Doa seorang ibu dan membayar zakat - gabungan yg seiring dan sejalan.. Terbaikkk

    ReplyDelete
  11. betul2.. kita bagi 1 Allah akan balas 10 ganjaran.. sebab tu dalam agama, orang yang memberi sedekah tak akan papa. malah makin bertambah-tambah rezeki nanti. Walaupun nampak kurang,tapi hakikat nye semakin bertambah. Cuma ikhlas kita kene jaga.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails