January 25, 2012

Blog Contest Blog Sampah?


Bagi pendapat aku la, apa kejadahnya buat Blog Contest ni?? Orang nak blogging, sebarkan info dan ilmu, tapi ade jugak insan lain yang dok sibuk mengejar hadiah-hadiah yang ditawarkan.. Bagi mereka, kalo menang satu rezeki, kalo tak menang.. tak bagi efek pun sebab ade lagi beratus pertandingan yang dorang join tu.


Aduisshh, memang tak berhati perut betul aku tengok. Cuba la fikir orang lain juga, mereka buat contest dan giveaway ni pun bersebab, dan mereka nak kan sesuatu dari blogger lain.. bukan nak blog contest sampah korang tu (minta maaf aku katakan)." - dipetik dari entri Apa Kejadahnya Buat Blog Contest??-


Inilah pandangan saya, first of all kalau ada yang menyinggung or tak kena, maafkan saya. Saya hanya manusia biasa, memberikan pandangan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya yang masih lagi baru dalam dunia blogging ini  :

" Tepuk Dada, tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing. Blog Contest, Blog Give Away ,or blog sampingan yang dibuka sekadar untuk join contest, itu adalah hak mereka. Bagi saya yang selalu anjurkan Contest/Give Away, saya tak kisah siapa yang join. Kalau entri mereka terbaik or menepati citarasa pemenang, akan tetap saya pilih pemenang.  Tak salah rasanya kalau mereka mahu join contest dan menang hadiah walaupun menggunakan 2nd blog, at least, mereka meramaikan dan memeriahkan contest yang dianjurkan. The more the merrier kan? . Mungkin taknak semakkan main blog dengan banyak contest yang dijoini. Rezeki ni ada banyak cabangkan?

Yup, buat Contest antara satu cara untuk mempromosikan blog dan memperkenalkan blog kita. Namun, that's not the only way. Tak perlula nak sedih kalau hits yang dpt dari contest yang dianjurkan tidak menepati apa yang dikehendaki. Win-win situation adalah yang sebaiknya. 

"Erhh . Yang buat contest buat banyak tergolong dalam usia bawah umur jer . ekekek :)" .  Umm, takperlah, usia saya pun dah terlebih umur, saya terima seadanya. 

Last but not least, dalam berblogging "Humility in Oneself, Respect for others" adalah sebaiknya. Dunia blogging di Malaysia ni tak besar mana, pusing-pusing ke situ juga. Setiap orang ada pilihan dan pandangan masing-masing, dan saya pun sekadar memberikan pandangan saya. Tersalah silap, harap maafkan. Nobody perfect kan?



P/s : Apa pula pandangan anda, Adakah Blog Contest ini Blog Sampah?

50 comments:

  1. ehh pesal pulak ada yang cakap camtue...saya tak rasa pun blog yang buat contest tue blog sampah...dan saya suka jer join contest dari bro eyriqazz walauoun tak menang hihi...

    ReplyDelete
  2. dorang jeles tu bro sbb tak menang..
    kekeke..

    ReplyDelete
  3. Adoi..terasa pulak sebab mmg ada simpan 1 bloh khas utk contest..

    Pada cik ila..dulu memang cik ila tak suka jgk org yg buat blog contest ni..Tp bila fikir blk,apa salahnya..untung2 dpt manfaat bersama selain dpt berkenal-kenalan dan promote blog kwn2 yg buat contest tu lagipun ada blogger yg buat contest tu nk promote kedai online dia..So,dgn cara contest tu dia dapat promote kedai dia..

    Si pemilik blog contest ni pn,ambil manfaat jgk la nak harapkan duit iklan yg tak seberapa tu..2-3 tahun nak kene usaha..baik join contest,untung2 dpt la hadiah.Tak ada la rugi duk online setiap masa.. ;)

    ReplyDelete
  4. xde la mcm sampah..org nak kongsi2 harta tu....tu yg buat blog contest.....hehehehe. :)

    ReplyDelete
  5. Hehe terkejut saya bila baca dkt dashboard ingatkan Encik Eyriqazz yg tulis XD Hmm, saya tunggu pendapat org lain dulu ya XD Hehe, mari solat Zuhur~

    ReplyDelete
  6. pandangan masing2 kan...
    kalau tak suka tak pyh hina. even blog personal pun boleh jer kita anggap blog sampah..in that sense yg bukan blog sampah blog yg berinformasi ajerlah gamaknya

    ReplyDelete
  7. Ibu Yusuf tak ada blog contest.. lebih selesa guna blog peribadi utk joint.. tapi tak adalah sampai tahap nak 'menyampahkan' blog contest.. hehe..

    Sekadar pendapat:
    - kalau anda tegar dalam berblog, buatlah blog contest supaya blog peribadi tu tak serabut dgn banner contest
    - kalau joint sekadar sesekali eloklah guna blog peribadi..

    Tkasih.. :D

    ReplyDelete
  8. wau, 1st time baca dan 1st time tahu.. abg eyriqazz menjadi inspirasi sy untuk menulis.. sy ada selitkan initial GTO dlm entri

    # jika tak berkenan, boleh beritahu :)

    ReplyDelete
  9. hahaha mamat yang tulis tu mesti tak pernah menang.rilek sudah.
    mcm yang ko ckp la,bukan besar mane punlaaa blogging community kat malaysia ni.

    ReplyDelete
  10. akak x reti nak komen sbb memang sah2 kalau blog yg sediakan contest dengan hadiah yg nilainya besar2 memang aarr famous, follower naik cepat,.. cara mudah kot nak pukat follower..dan trafik..

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Siapa yang kata blog contest tu blog sampah yer? Saya ada terjumpa satu blog contest yang dah umur lebih 4 tahun dapat PR3 dari Google. Kalau Google pun bagi markah tinggi, kita nak kira mereka sebagai sampah tu, rugilah.

    ReplyDelete
  12. Tulaa.. Kdg buat contest/giveaway saje2 nak tambah org skodeng blog kt tapi ntah terpk ke x blog kt tu cukup info ke x?best ke? Ke syok sdr je?hehe
    Pape pn masing2 punyer pendapat kan :)

    ReplyDelete
  13. sian blog2 yang di panggil sampah itu

    kalau tak suka.....
    usahlah di keji...
    diam kan aje....

    ReplyDelete
  14. eh ceh ceh ingatkan dia ni bagus sgt ..rupanya blogger seo..suka hatilah sape nak join kan..suka hati lah nak suruh link..suka hatilah nak like..dia peduli apa..janji kita happy dpt buat/join GA kannn..

    ReplyDelete
  15. dah baca entry blog tu,, seriously kejam entry tu,, muja paham je pemilik blog contest ni,, dorang tak nak semakkan blog peribadi dorang dengan events yang dorang join,, tapi dalam masa yang sama dorang nak support blogger yang buat events tu,, ape salah nya??? dah tak suka tak payah la join blog contest tu,,, sibuk je dia tu,,!! sorry cikgu,, muja rasa panas je sikit,, :(

    ReplyDelete
  16. sapa cakap blog sampah? ok je bagi aku. at least bagi le peluang kat orang-orang yg kaki contest kan..

    ReplyDelete
  17. Jawapan Aku TIDAK.. Sebab dengan buat contest atau giweaway ni.. dapat promosikan blog tu secara tidak langsung.. kalau tak suka jangan join.. senang cerita.... hehehe..

    Sebagai contoh Kalau DENAIHATI buat contest korang rasa blog dia blog Sampah ke?

    ReplyDelete
  18. sampah ke tak sampah ke, brapa ramai dah bloggers yang menang hadiah macam2 dari blog contest......... so tak payah nak amik port sangat kata2 nista mereka2 itttewwww......

    ReplyDelete
  19. SENYUM je bila bila komen yang buat contest 'usia bawah umur'...Pada aku setiap orang ade cara tersendiri untuk kendalikan blog masing2x

    ReplyDelete
  20. Blog contest wujud kerana cinta dan minat seseorang blogger pada contest/giveaway dan ia ada peminat tersendiri. Saya tak pikir mereka mementingkan diri kerana mereka juga turut bersaing dan sekaligus memeriahkan suasana giveaway/contest malah menaikkan trafik sesuatu blog...

    Points saya mudah, setiap sokongan yang datang walaupun dari blog contest sekalipun hormatilah ia sebaik mungkin. Tak perlulah melabel mana2 blog dengan perkataan “sampah” ..tak manis kan begitu... peace yeahh..


    -Pencinta Contest-

    ReplyDelete
  21. nope. I disagree dengan statement tuh. blog contest is just a secondary blog, macam kata bro, mostly orang buat blog contest cause diorang tak nak penuhkan blog utama diorang.

    unless, kalo blog yang dibuat hanya untuk join contest, tanpa main blog, maybe tuh agak melampau.

    but then again, ini hanya pendapat. :D

    ReplyDelete
  22. cam kejam jer statement cam tu, huhu... dunia bulat2...dan kecik jer pun..rasanya stp bloggers perlu saling hormati antara satu sama lain :)

    ReplyDelete
  23. tiada salahnya seseorang itu membuka blog contest.. betul.. tiada syarat dlm blogging yg katakan bhwa blogging hnya utk menyebarkan ilmu.. digunakan juga utk merapatkan hubungan sesama bloggers kan? so melalui pembuatan blog contest, dpt juga secara x langsung, merapatkan hubungan krna selalu sertai segmen/contest org lain.

    ReplyDelete
  24. hishh nape nmpk mcm kejam sgt entry tu..

    means? org yg buat contest tu adalah tn blog sampah?

    -sory agk lmbt sket nk phm-

    nta bg lov, lov ske join kontes yg xmcm2 pangai..yg mudah2, saje nk sronok2..

    kang dia mintak buat itu ini yg ssh2 tu mmg lov xjoin la, itu terpulang pd individu itu sndiri nk join ke x..tn blog pun xde pakse or nk saman kalo xjoin..ehehe

    kalo yg mcm2 pmintaan tu xjoin coz
    (1) leceyh (2) xreti nk buat

    then dari sertai kontes juga myb akn buat btmbhnye kwn2 blogger..

    scara xlsung myb akn dpt pndgn or tguran dr otai2 blogger.. tu da sgt2 sronok..

    hadiah? sape yg xnk? tp xkire pun adiah tu mhl ke murah ke..yg penting sronok coz menang..

    ReplyDelete
  25. hye..
    actually, sume org ade hak masing-masing..
    slagi tak menimbulkn kacau ganggu, tak kisah pun..
    so, tak bleh la nak kate blog contest ni blog sampah..
    kadang-kadang, blog yang tulis info yang bukan2 tu yg slalu timbulkan issue...hihihi..

    ReplyDelete
  26. hye..
    actually, sume org ade hak masing-masing..
    slagi tak timbulkan kacau ganggu, tak kisah la nk wat blog ape pun..
    kadang-kadang blog yang merepek tu yang slalu timbulkan issue ni..
    so, tak bleh la nak kate blog contest tu blog sampah..

    ReplyDelete
  27. kadang2 kalau orang tu mmg suka masuk contest, boring jugak kalau masuk blog dia asyik2 entry contest jer.. tp kesian jugak penganjur nak nak kalau syarat join contest adalah tag beberapa orang rakan (bg tujuan promote) tp bila dah di post ke blog contest, mesej tu dah tentu2 tak sampai ke rakannya

    ReplyDelete
  28. saya suka contest yang tak memerlukan kita buat entry. hehe!

    ReplyDelete
  29. amatlah tidak adil untuk menilai blog orang lain tu sampah hanya kerana blog itu untuk contest sahaja. Adakah blog bukan contest tu baik sangat dan ditingkat teratas....masing-masing punya pendirian kan, nak join ke tidak terpulang...kita ada pilihan

    ReplyDelete
  30. thanks for the advise.. tolong la nasihat saya lagi sebab masih baru dalam blogging..

    dah update entri pasal benda tu..

    http://muazfaris.com

    ReplyDelete
  31. lagi, sudi anchor link atau exchange link blog??

    ReplyDelete
  32. ayat "tak berhati perut" tu agak kasar..mungkin yang buat contest akan terasa..

    P/S:myampah la pulak ngn blogger tu...

    ReplyDelete
  33. pada saya buat contest ni tak de masalah pun..its a win win situation..

    ReplyDelete
  34. Bagi gua, blog sebenarnya amat luas maknanya, tidak semestinya ia hanya sekadar menyebar maklumat, ia juga boleh digunakan sebagai medium untuk memupuk semangat persahabatan. Dengan adanya kontest dah tentu ramai rakan blogger yang akan turut serta, tak kira yang lama atau yang baru. Jadi secara lahiriahnya Blogging itu luas dan sukar untuk diterangkan secara terperinci. Ada blog photo, ada blog artis ada blog pasal kecantikan ada blog pasal kehidupan dan banyak lagi. Apa yang penting "Think Outside the Box" bila berblogging jangan dimatikan pada sesuatu perkara sahaja. Blog Sampah pun ado? Terpulang kepada pembaca untuk menentukannya sama ada ia blog sampah atau tidak..tapi ada pulak yang baca blog sampah ek?

    ReplyDelete
  35. huk aloh.. guano macam ni pung ada persepsi orang..

    hmmm.. bagi aku personally, aku akan buat giveaway/contest sebagai tanda terima kasih kepada pengunjung blog aku.. di mana ada ketika aku dapat rezeki lebih dalam berblogging, maka ada laah sedikit untuk aku share kepada pengunjung dan pembaca blog aku yang memberikan sokongan..

    ReplyDelete
  36. terpulang lah nak buat blog apa , rasa nak join contest tengok dan fikir sendiri sesuai atau tidak syarat2 nya , nak buat contest pun , tengok sendiri rasa2 buat contest tuk apa kan .

    ReplyDelete
  37. takde masalah. apa hal la pula sampai buat contest pun kena sampah gak? nak buat contest, buat aje. takde masalah pun.

    ReplyDelete
  38. Sokong.

    Kite baru lepas buat giveaway, dam majoriti yang join menggunakan 2nd blog. T__T

    ReplyDelete
  39. SALAM BRO, Please bro.. ini bukan contest bro.. ini pencarian logo untuk famili aku bro.. boleh tak reka satu logo untuk famili besar aku bro.. ajak blogger lain ak bro.. ini penting bro..

    http://http//apit555.blogspot.com/2012/01/hadiah-pencarian-logo-famili-kami.html

    Ini bukan untuk trafik blog tapi untuk keluarga.. aku bukan sampah kan?? Dan ini bukan pertandingan tapi pencarian.. aku cari logo yang sesuai..

    ReplyDelete
  40. antara satu kesilapan yang blogger tak nampak apabila hanya create blog semata2 utk join contest adalah, mereka mengabaikan blog utama mereka.

    sepatutnya bila ada blog lebih tinggi ranking, lebih baik kedudukan buat contest, mereka perlu gunakan blog utama utk join contest tersebut - backlink juice akan masuk ke blog utama.

    Backlink yg mereka dpt boleh menaikkan ranking blog utama , sepatutnya masa inilah merebut peluang utk dapatkan backlink dari blog popular tersebut.

    kalau blog utama dah baik kedudukan, ranking dah bagus, barulah dpt iklan, dpt visitor SERP yg baik.

    bab sampah sarap tu, tak akan disentuh sebab dari dulu kak jie hormat hak masing2 nak bina blog mereka.

    ReplyDelete
  41. ada lg yang minded gini?? sepak kang..hahah

    ReplyDelete
  42. saya dulu ade gak buat blog contest.. 2 tahun jugak join mcm2 GA di blog tersebut.. mcm2 juga yg dah menang Alhamdulillah..

    now semua contest & GA join di blog utama jer.. sbb tak mampu dah nak handle 2-3 blog sekali gus..

    apa2 pun saya hormat hak setiap blogger & too much utk labelkan blog org lain sbg sampah...

    ReplyDelete
  43. agree with u entri, hmmm...
    msing2 ada pendapat, xslah nak share, tapi, seelok2nya jgn lah sampai melukakan hati org lain,kan ? =)
    bahasa itu kan menunjukkan imej kita :)

    ReplyDelete
  44. penganjur buat contest sbb apa?
    1. nak promosi blog (rasanya ni utama)
    2. tambah follower, bila follower bertambah maka setiap kali pengajur update maka keluarlah kat dashboard peserta sekaligus menambahkan trafik penganjur.
    2. nak tambah kawan.
    3. kongsi rezeki.
    4. dll..


    kalau buat blog lain semata-mata join contest, maka:
    1. promosi blog penganjur contest tak jalan. Sbb guna 2nd blog iaitu blog hanya untuk join contest.

    siapa yang follow blog khas untuk contest? rasanya takde kot. jadi kurang orang yg baca blog tersebut. Jadi aktiviti promosi blog penganjur contest tidak berjalan seperti diharapkan.

    2. follower mmg bertamabah(kalau syarat contest dia suruh follow).
    Tapi dah dia follow guna 2nd blog yakni blog untuk contest sahaja. dia peduli ke update dari blogger dekat 2nd blog tu? sebab hampir semua blog yg dia follow dkt blog tu adalah sbb contest. bukan blog dia minat.

    jadi walaupun follower meningkat tapi trafik still tak naik banyak.. jadi niat penganjur yakni menambahkan follower mmg menjadi, tapi apa guna follower banyak tapi takde orang baca pun?


    ini sahaja pendapat aku. maaf panjang. Dah lama aku nak ckp mende ni, ini antara sebab aku tak buat contest kat blog dah sekarang, aku bagi hadiah dekat fanpage aje. sbb situ aku tak pernah pakasa orang like. Jadi penghargaan kepada mereka yg baca dan like.

    ReplyDelete
  45. yang pasti blog aku, blog sampah..kahkahkah..

    ReplyDelete
  46. Siapa yang sampah sebenarnya?

    ReplyDelete
  47. Sya suka join contest dan GA. Sya pun ada blog khas untuk GA sebab tak nak penuhkan blog utama dengan entri GA, tapi dah lama tak update blog tu. Hehe.. last2 selalu join contest and GA kadang2 je join (ikut mood), kat blog utama juga. :D

    join contest best, menang lagi best. Err,, dah lama tak menang ni sbb dah x aktif join contest dan blogging. Huhu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails