Di bawahnya kuih Akok, diatasnya Kuih Bahulu. Rasa macam makan kedua-dua kuih. Manis, lembut, memang sedap. Nenek dan Makcik saya jual kuih akok dan bahulu, tapi mereka pun tak pernah buat Kuih Akok Bahulu ni.
Comel-comel dan gebu-gebu kuih Bahulunya
Kelantan memang terkenal dengan makanan dan kuih muihnya. Macam-macam jenis kuih yang jarang kita nampak boleh diperolehi di Kelantan. Terjahila dan anda akan faham apa maksud saya.
Wah,dah moden sekarang. Ada mesin sendiri
Oh, selepas pulang ke KL nanti tentu akan merindui masakan dan kuih muih kelantan. Kuih muih terengganu pun sedap juga, setiap negeri ada masakan istimewanya kan?
P/s : Kuih apa yang paling anda tidak dapat lupakan?Kenapa?