Showing posts with label chicken rice shop. Show all posts
Showing posts with label chicken rice shop. Show all posts

August 8, 2011

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop Carrefour Wangsa Maju

Semalam, kami sempat berbuka puasa di The Chicken Rice Shop Carrefour Wangsa Maju. Boleh dikatakan setiap tahun, memang ini antara restoran pilihan untuk berbuka puasa. 

The Chicken Rice Shop Carrefour Wangsa Maju

Isteri dan Alisya sabar menanti

Tambah Ice Lemon Tea extra RM1 dari harga Set

Kerabu mangga, RM7+
Taugehnya memang favourite eyriqazz. Sedap sangat.
Ayam . Nyam2, favourite Alisya ni

Total harga, RM40+. Umm, boleh tahan juga. Kalau di Bazaar Ramadhan, cukup untuk 2-3 hari budget ini.

Overall, makanan di sini memang sedap dan menyelerakan. Kali ini tak banyak gambar diambil coz mood dah spoil due to :

1) Kami booking awal, dalam pukul 2 petang, tapi dapat spot paling tak best. Sebelah tempat makanan kluar.Mb coz buat booking by phone?

Mungkin ini caranya treat regular Customer?

2nd reason, booking dibuat melalui telefon. Mula-mula staff nya ambil sikap acuh tak acuh. Mereka kata kalau mahu booking berbuka puasa, kena walk in. Eyriqazz mention, i'm regular customer, lain lain restoran boleh by call, kenapa The Chicken Rice Shop tak boleh? Lagipun, xkan laa nak booking main-main kan? 

Lepastu mereka ambil booking eyriqazz selepas phone beralih tangan almost 2-3 orang staff. Turn out, inilah hasilnya , "The Best Place they reserve for us" . Muncung la Si Isteri, nak makan pun kurang selesa. Umm, please improve on this ya Chicken Rice Shop, please treat your customer with respect.Harga makanan di sini bukannya murah, and we deserve good service. Umm, adakah mahu menerima nasib yang sama macam Restoran Nasi Lemak Antarabangsa?

Enough said, mungkin ini kali terakhir kami berbuka puasa di The Chicken Rice Shop tahun ini. Umm, kalau mereka tidak boleh melayan customer seperti eyriqazz, banyak lagi restoran lain yang boleh eyriqazz terjahi, tak gitu?

September 3, 2009

Berbuka di Chicken Rice Shop

Harini,kitorang satu keluarga + adik ipar berbuka puasa di Chicken Rice Shop.Entah apa mimpi/mengidam nak makan kat Chicken Rice Shop.Ptg tu aku dah minta wife aku bookingkan kat sana.OKje dan pihak restoran minta kami sampai untuk membuat tempahan makanan sebelum pukul 6.30 petang supaya juadah berbuka dapat disediakan dan sampai di meja kami sebelum berbuka puasa.

Balik tu terus bergegas pi Chicken Rice Shop.Sampaije sana dah dekat 6.30ptg,kasitau meja yg telah ditempah.Dengan selambanya seorang pelayan tu berkata , "Ohh,akak ni la yg tempah tadi bayar booking RM10?''.Sepatutnya kat sini nak booking RM50 seperti diberitahu isteri namun disebabkan isteriku tak bawa duit ,diorang terimaje.Nasib baik.

Kamipun terus order set yg untuk 3-4 org walaupun hanya kami bertiga.4pcs Ayam Kalio (boleh tahan,rasanya cam rendang),rojak buah (mmg best), 1/4 roasted chicken (pun sedap), pai tee (mmg favourite isteri akuni),Sai To fish ball sup (mmg best dihirup), Towfoo with oyster sauce (kami tukarkan dengan ben sproup (umm,ni favourite eden), Park choy with oyster sauce (kami tukarkan dengan pai tee), 4 bowls of rice, 4 bowls of soup dan 2 oz Soy pudina(special time ramadhan saje,rasanya cam minum air soya berpudina) ,7 up dan Ice Lemon Tea. Semua sekali termasuk tax RM77.Lebih kurang RM26 ringgit seorang.Rasanya berbaloi la dan puas hati.Semuanya habis kecuali satu pinggan nasi,2pcs ayam kalio dan sup.Kami tapau je,ble lah buat bersahur nanti.Jimatkan?

Alisya pula sejak sampai di Chicken Rice Shop mmg tak meragam,tidur je manjang.Habisje kitorang makan baru dia merengek nak susu.Nasib baik dah habis makan , kalau tak susah juga dibuatnya.Bsk nak try mana pulak ye?Last time pi makan kat Nandos,ble tahan jugak.
Related Posts with Thumbnails