Showing posts with label kopi lagenda. Show all posts
Showing posts with label kopi lagenda. Show all posts

April 5, 2011

Soda Gembira vs Kopi Lagenda

Weekend lepas, semasa singgah di Restoran Ayam Penyet Ria,Wangsa Maju sempatla order :

Soda Gembira

Yang ni wifey Order. Tengok warna pink-pink ,terus dia order. Dia cakap sedap. Saya try, umm, biasaje..Hik3, lain padang,lain belalang kan?


Kopi Lagenda

Yang ni saya order . I Like It. Rasanya lain dari yang lain. Ayam penyetnya jangan cakapla.Saya memang penggemar Ayam Penyet.

P/s : Macam-macam nama yang pelik-pelik untuk menarik pelanggan kan? Hik3, apa nama minuman yang paling pelik pernah anda minum?

December 9, 2010

Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju

Minggu lepas, jalan-jalan cari pasal, pi dinner di Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju. First time terjah sini bila lalu kat kawasan tu nampak ramai orang di sana. Biasanya kalau ramai tentula best kan? So, kami terjahla :

Ayam Penyet sudah semestinya menu pilihan
Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju (belakang Wangsa Walk Wangsa Maju)
Papa, Alisya nak order ini...
Antara hidangan yang disediakan, hargapun berpatutan
Lele Penyet/Keli Penyet turut diorder
Bakso Penyet Juga
Kopi Lagenda pilihanku , Sedap juga
Total Price , RM 29.80 , 2 orang makan..Oklah kan?
Kalau datang time lunch, boleh order pakej dengan harga diskaun...

Overall, memang sedap dan menepati citarasa kami. Sambalnya lebih kaww dan memukau..Compare dengan Restoran Ayam Penyet AP ? Oh, dua-dua saya suka, ada keistimewaan yang berbeza. Rating untuk makanan di sini, saya berikan 8/10. Berbaloi dan mesti disinggahi bagi penggemar ayam penyet.

Kalau mahu singgah , inilah alamatnya :

Restoran Ayam Penyet Ria
335, Jalan Delima 12, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

Dulu tak pernah nak mencuba ayam penyet, yerla, dengar nama penyet pun dah takut dibuatnya. Sekarang ni, macam addicted pula, sebulan sekali mesti mahu terjah Ayam Penyet.

P/s : Anda penggemar ayam Penyet ? Any suggestion restoran ayam penyet yang best sekitar KL dan Selangor ini? Mahu ku terjahi juga...
Related Posts with Thumbnails