Showing posts with label midvalley. Show all posts
Showing posts with label midvalley. Show all posts

November 26, 2012

Asam Laksa AEON Midvalley

Minggu lepas sempat terjah AEON Midvalley. Pekena asam laksa yang memang menjadi favourite Isteri sejak zaman dia belajar di UPSI lagi.

Asam Laksa. Kuahnya yang pekat, laksanya yang kenyal. Memang membangkitkan selera

Suasana yang santai. Layan juga makan di sini
Harganya pun berpatutan. Tak sampai RM8 kalau tak silap
Jemput makan. Jangan malu-malu ya...

October 11, 2010

First Time Makan Carrot Cake

Beberapa hari yang lepas ada Singgah di Midvalley, teringat kata rakan ofis lamaku beberapa tahun lepas, tryla Carrot Cake , sedap tau..Jadi, sayapun mencubalah buat pertama kali :

 Carrot Cake | Umm, memang sedap
Telur dan Carrot Putih Ingredient Utama

Memang sedap, first time try dan I Like it....Lepas ni bolehla singgah dan try lagi..

P/s : Pernah try Carrot Cake? So, amcam, ok tak?

January 25, 2010

Pink Oh Pink


Alisya,Ready to Go

Hari Sabtu aritu bawa Isteri pi Shopping.Dah janji dengan dia nak belikan buku-buku sempena kempen beli buku harga diskaun Companyku yang akan berakhir pada 25/1/09.Actually,before pergi ni aku dijemput oleh Melz untuk menghadiri gathering ni bloggers ni yang dianjurkan oleh Melz and the Gang :


Check it Out Here : Mini Gathering | Times Square

Sure best event ni kan?
Dengar cerita Melz ni takut tinggi,betulke?Sorryla Melz tak dapat join.Next time jangan lupa jemput saya ye?Yerlah,family Come First,kan?

Berbalik semula.Saya bawa Isteri ke Midvalley Shopping Centre aritu.Aiseh,asyik-asyik Midvalley,takde tempat lain ke?Suka pergi situ kerana mudah nak parking dan suasana nya pun meriah .

Decoration di Midvalley

Tema Chinese New Year rasanya

Sebelum membeli belah,singgah makan dulu.Umm,mana lagi kalau tak di tempat kegemaran Isteriku, Jusco Food Court dan kami order :


Mee Kari Ipoh ,sedap juga

As usual,Asam Laksa untuk isteri

Memang sedap .Lepas makan kami pun pergilah windows shopping/shopping di Jusco.Then kami gerak ke MPH dan cari buku-buku yang diingini.Mujurlah ada diskaun sebegini.Boleh beli buku diskaun 40% lagi tapi limit kepada RM500 sahaja.Oklah,better daripada takde kan?Selepas lebih kurang sejam lebih,inilah buku yang kami beli :

Membaca Itu Jambatan Ilmu

Ehh2,kenapa beli buku Pencegah Sihir,Angkara Jin & Iri Hati?Umm,kalau aku cakap mesti korang tak percaya or fikir aku buat-buat cerita.Aku dulu pernah kena sihir dan ahli keluargaku dan family terdekatku pernah kena buatan orang.Sampai sekarang pun masih ada kesannya.Namun,part tu mungkin lain kali boleh diceritakan.

Wife aku memang suka sangat main Sudoku,mak mertua aku lagila.Dah berpuluh-puluh buku kami belikan  untuknya.Cuba teka kenapa aku beli buku ''study smarter,Not Harder''?Siapa boleh kasi jawapan yg paling tepat,hadiah voucher RM10 Pizza  Hut/KFC sedang menanti.Ehh,tak tipu,betulni.

On the way nak balik,nampakla pula ada kedai La Cucur dalam MPH.Apa lagi,singgahla sebentar :


Temptation

Camne mahu kurus camni?

Kreatif juga Iklan ni.Knapa mahu saman-saman ye?

Dah habis shopping,kami pun bergerak ke Lowyat Plaza.Dah janji dengan isteri,aku nak belikan dia something for her.Agak-agak apa ye?


Pemandangan di Lowyat Plaza

Dan inilah benda yang kucari untuk isteri :


HP Mini

Singgahla di almost sepuluh kedai.Satu kedai,next.Tak berkenan.Satu kedai lagi,next tak jumpa yang nak.Fuhh,bukan main lagi citarasa isteri.Akhirnya setelah almost semua tingkat dijelajahi,jumpa la HP yang berkenan.


Cantik tak?

Requirement Isteri :Semua mesti Pink!!!

Hehehe,itulah Isteriku.Memang hantu Pink.Dah jumpa takde beg pink,next.Jumpa lagi takde HP pink,next...Next,next...Sebenarnya aku beli HP untuk isterini kerana desktop aku dah rosak.Jadi laptop lama isteri,Isteri hadiahkan untuk dan sebagai tukarannya aku belikan HP baru untuknya.Nyam2,melayan RM1,323 ku.Mahaltak ye?Takpelah,demi Isteri tersayang dan juga senang skit Isteriku nak bawanya ke Sekolah.Kecil,ringan dan mudah,kan?

Selepas ini next wish my wife minta adalah kamera digital pink pula..Bolehla isteriku ni berkawan dengan Viruspadu . Oh,Pink Oh Pink

P/s :Yey,aku dah dapat header baru.Bertungkus lumus disiapkan oleh Melz .Thanks Melz.Amcam,cantik tak header baruku? Nanti aku buat special entry on header ni ye Melz.Tunggu.

P/s/s :Siapa mangsa terjah seterusnya ya?Umm,tunggu.

November 29, 2009

Ada Apa di Midvalley Megamall

Alisya :  Papa,boringla hujung minggu ni.Alisya asyik tidur je dari pagi tadi.
Mama :Haahla papa,mama pun (bodek2 nak pi shopping)
Papa : Smalam kan dah pi Carrefour?
Alisya + Mama : Ala,itu smalam,minggu lepaskan papa dah janji nak bawa kami shopping.
Papa : Oklah2...Papa bawa pi Shopping.Alisya dan Mama cakaplah nak pi mana.Papa bawa kan.
(Perbualan pada pagi Sabtu, 28 December 09)



Yey,Alisya mahu pi Midvalley Megamall

Demi anak dan isteri tersayang,kuturutkan kata mereka.Sebelum pi Midvalley,singgah pi Brunch dulu di :


Nasi Lemak Antarabangsa

Nyam,nyam,perut tengah lapar.Nasi Lemak nya boleh tahan.Isteriku mmg sukakan sambalnya+Ayam berempah di situ.

Selepas itu,dalam setengah jam,sampaila kami di Midvalley Megamall.Ramainya orang,Sampai kena parking di tingkat atas,tingkat 5 pulak tu.Penuh!!!Inilah serba sedikit perjalanan kami di sana :


Window Shopping dulu.Jusco tengah buat sale.Diskaun sehingga 70%.

Singgah di Mothercare.Tak beli apa2pun.

Lalu je di Celebrity Fitness.Dulu aku pernah join Celebrity Fitness masa aku still kije di Alliance Bank.Tapi coz asyik balik kije lewat (8pm+),cancelkan membership.

Lalu juga di Golden Screen Cinema.Huhu,teringin nak tengok  Twilligt Saga The New Moon.Inilah tempat aku berdating masa muda2 dulu.Huhu,kenangan,sekarang dah agak susah nak pi tgk wayang.


Singgah beli Rotiboy.Umm,one of my favourite.


Ingatkan nak singgah di Toy City.Tak jadi coz Alisya kecil lagi,baru 5 bulan.Nanti dia dah besar skit,kami pi cari toy2 yang menarik untuk Alisya.


Tgk persembahan di TV Osim Okimono.Terkebil2 aku melihat model2 Osim Okimono ni menggunakan gaya Sailormoon "dengan kekuatan bulan akan menghukummu".


Isteriku singgah pi Beli Donuts di Big Apple.One of her favourite selain daripada J Co donut

Shopping time : Mama beli Handbag di Jusco (50% diskaun) dan selipar di Bata (30% diskaun)


Yey,Mamy Poko dan botol susu untuk Alisya.Mama ni,smalam di Carrefour baruje beli pampers Huggies dan Fiti.Alisya tak kisah...


Dan untuk Papa....Durian Kampung...Huhu,mama dan Alisya shopping sakan,papa dapat durian kampung je?

Jalan,shopping,dan makan,kami pun bersiap pulang selepas puteri tersayangku ajak :


Papa,jomla pulang...Alisya nak sambung tidur di rumahni.....

P/s : Orang cakap shopping itu adalah terapi untuk wanita.Betulke?Umm...I thinkk soo...What do u think??
Related Posts with Thumbnails