Showing posts with label no. telefon bagan lalang. Show all posts
Showing posts with label no. telefon bagan lalang. Show all posts

October 20, 2011

Isteri Mengidam Ikan Bakar Bagan Lalang

Papa, teringinla nak makan Ikan Bakar di Bagan Lalang. Jom pergi makan sana hari ini. Sayangkan Isteri, turut-turutkan, so weekend lepas , dalam pukul 6 petang lebih, gerak la ke Bagan Lalang, Sepang yang mengambil masa dalam 1.5-2 jam perjalanan dari Setapak.

Sampai-sampaije, diberikan meja yang sudah direservekan melalui telefon. Apa lagi, jom pilih seafood :
Ketam menjadi pilihan. Isteri mengidam nak makan ketam. 2 ekor ketam kami ambil
Ikan Kerapu? Umm,tak..Pilih Ikan Siakap untuk dibakar
Pekena Nasi lemaknya memang terangkat...Sedap juga
Nasi Lemak , RM2.00 sebungkus
Berselera Isteri dan Alisya makan nasi lemak

Ketam Masak Berempah , RM19 . Fuhh, serius sedap

Pepahat Masak Bercili, RM15.25. Nyam2, menyelerakan

Kangkung Goreng Belacan, RM3.50

Ikan Siakap Bakar, RM33.20 . Next time kena cuba ikan lain pula, Asyik siakap yang menjadi pilihan

Total termasuk Air dan Aiskrim Alisya = RM89.10

Action Speak for itself...Memang sedap. Saya kasi rating 8.5/10
Restoran Terapung HM Sri Bagan Lalang
Pantai Perkhemahan, Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek, Sepang
No. Telefon : 03-3141 2895

Fuhh, tempat ni antara tempat Ikan Bakar yang paling sedap di KL/Selangor ni. Cuma apa yang saya perhatikan, harganya sudah naik jika dibandingkan masa first time singgah sini. Umm, semua mahu naik kan? Gaji je yang naik tak banyak mana....
Related Posts with Thumbnails