Kami terjahi Ikan Bakar Bagan Lalang lagi semasa mak mertua datang ke KL last time. Teringin nak makan seafood dan rasanya sekitar KL & Selangor, Bagan Lalang ini antara lokasi terbaik untuk makan Ikan Bakar dan hidangan Seafood.
Cantik. Sampai-sampai Matahari dah nak terbenam. Indahnya Alam Ciptaan Tuhan
Jom Order. Sejak Wifey pregnant ni, ketam menjadi kegemarannya
Pilih-pilih, Ikan-Ikan agak segar dan rambang mata dibuatnya
Nasi Lemak suatu kemestian
Serius sedap. RM2 sebungkus
Ketam Masak berempah. Ini 3 ekor ketam rasanya, RM38.25
Sotong Celup Tepung, kegemaran Alisya RM26.10
Pepahat masak Cili. Yummylicious, RM14
Kerapu Masak Tiga Rasa, pun sedap , RM22.20
Jemput makan. Isteri, Bapa Mertua, Adik Ipar menjamu selera.
Ikan Siakap Bakar , RM21.73. Wajib order setiap kali datang
Total 5 orang dewasa , RM154.20. Ok la kan? Berbaloi-baloi
Overall, memang puas hati menjamu selera di Restoran Terapung HM Ikan Bakar Bagan Lalang ni. Layanan memuaskan, harga berpatutan, makanan pun sedap. Kalau nak singgah sini, disarankan booking dulu, so sampai takdelah terkial-kial kalau tempat penuh. Time elok datang, sebelum matahari terbenam, viewnya memang marvellous. Makan pun rasa lebih berselera.