Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

December 6, 2010

Percutian di Cameron Highlands

Percutian di Cameron Highlands a few weeks ago :
Strawberi Farm ( Bukan Main Seronok Lagi Alisya)
Aiskrim Goreng dan Air Strawberi Susu Memang Best

Jalan-jalan di Strawberi Farm serta harga untuk memetik Strawberi dan Tomato 

Tidak jadi memetik Strawberi kerana tak banyak strawberi. Mak saya cakap, musim yang paling sesuai untuk memetik strawberi di Cameron Higlands adalah bulan September-October. Betulke?

Singgah di Tempat Bunga

Jalan-Jalan di Pasar Brinchang Cameron Higlands


Cendawan Goreng, Labu Goreng, Water Cash(ke?), Ubi Goreng memang sedap

Ladang teh Bharat

Mama dan Alisya di Bharat Tea Plantation
Pekena Air Teh O dan Air Teh Strawberi Memang terangkat
Kedai di Bharat Tea, pelbagai pilihan yang sukar diperolehi di tempat lain

Boleh juga tempah online di http://www.bharattea.com.my
Cameron Highlands dan Strawberi tidak dapat dipisahkan
Mood Happy....


Memang seronok dapat singgah di Cameron Highlands walaupun ianya tidak lagi sesejuk masa first time singgah tahun lepas. Mungkin coz Global Warming ataupun penanaman haram yang tidak terkawal. Pihak berkuasa, please do something on this. Jika keadaan sebegini berterusan, rasanya dalam 4-5 tahun lagi, mungkin Cameron Highlands bukan lagi lokasi pilihan untuk "Cuti-Cuti Malaysia"

Cameron Highlands destinasi menarik
Petik Strawberi, Ladang teh dan pelbagai lagi
Singah-singgahi tempatnya memang cantik
Jagalah alam sekitar semoga generasi akan datang dapat menikmati

June 28, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | Shopping Coklat di Kuah

Sambungan kisah Percutian di Pulau Langkawi, kalau pergi langkawi tak sah kalau tak :
Photobucket
Shopping Coklat di Kuah kan?

Dah nama pun kawasan bebas cukai dan coklat salah satu barangan yang dikecualikan cukai selain daripada rokok, batik dan apa lagi ya. Banyak pilihan untuk bershopping coklat di Kuah ni, antaranya :

Photobucket
Pasaraya Onestop
Photobucket
Zeno Shopping Centre
Photobucket
Coco Valley

Namun, rasanya, antara banyak-banyak, tempat yang menawarkan harga yang paling berpatutan/murah adalah di :
Photobucket
Haji Ismail Group Sdn Bhd

Perbezaan untuk sesetengah coklat ada berbeza dalam RM1-2 .Tapi, most of coklat yang popular dan famous , sinilah tempat yang paling murah. Inipun tahu coz Kak Ina KL yang cakap dan pergi check balik.

Sempat ambil gambar curi-curi di kedai ni. Eden ni hantu coklat juga, tengok susunan kedainya rasa macam mahu buka satu kedai Coklat pula .

Photobucket
Nyam, nyam sedap
Photobucket
Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu?
Photobucket
Pilih, jangan tak pilih

Akhirnya, kami sekeluarga shopping lebih kurang RM200+ untuk coklat sahaja. Itu belum campur dengan adik ipar dan mak mertua. Hik3, ada lagi dalam peti sejuk tu, time tension skit, bolehla makan, ada orang cakap, coklat boleh meredakan tension dan menaikkan mood. Ehem,ehemm....

"Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah."

Sumber : Utusan Malaysia

P/s : Tak puas pergi Pulau Langkawi, 4 hari 3 malam .Rasa tak puas byk tempat tak sempat dilawati. Pergi pula time cuti sekolah, ramai sangat orang.

P/s/s : Dalam banyak-banyak coklat, coklat apa yang paling anda gemari? Saya paling suka Kit Kat, Daim , Ferrero Rocher dan byk lagi.

June 15, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | Pengalaman Menaiki Feri Coral Island

Salam dari Eyriqazz,

Update pasal Percutian di Pulau Langkawi lagi. Kalini nak berkongsi gambar ketika menaiki feri Coral Island dari Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi.

pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Seronoknya Alisya bersama Mama dan Mamatok
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Upin and the Gang di dalam Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Pemandangan di dalam Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Pemandangan Luar
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Gaya Baru Terlepas ke Ni ? Hak3,kutuk diri sendiri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Feri-Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Geng-Geng Pink (termasuk diri sendiri yang kena paksa rela)
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Coral Island Feri Yang Kami Naiki

Sedikit Informasi :
1) Pengalaman menaiki feri ke Pulau Langkawi lagi best dari naik kapal terbang. Tapi rekomen naik dari Kuala Perlis kerana 45 minit saja.Kalau dari Pulau Pinang rasanya dalam 2 jam lebih dah boleh mabuk laut.
2)Pemandangan ketika menaiki feri begitu menyeronokkan dengan scenery yang menarik, pulau-pulau dan air.
3) Tiada limit beg tapi kena angkut sendiri la .hik2..

Coral Island kami naiki
Pengalaman menarik dan teruja hati
Pulau Langkawi santai dan menenangkan diri
Memang sesuai untuk seisi keluarga datang ke sini

June 14, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | The Crewz

Sempat updatekan yang ni jer dulu :

percutian,pulau langkawi,percutian di pulau langkawi
Percutian di Pulau Langkawi | Eyriqazz Bersama Crewz Member Yang Lain

Percutian kali ini agak meriah sedikit kerana disertai kami sekeluarga, bapa dan ibu mertua, adik ipar, anak buah isteri dan Bapa Saudara satu keluarga. Gambar diambil ketika di jeti feri Kuah, Pulau Langkawi. Kami naik feri dari Kuala Perlis perjalanan yang mengambil masa 45 minit. Sedikit informasi :

1)Harga tiket untuk dewasa RM18 seorang
2) Parking kereta di jeti Kuala Perlis, RM10 sehari.
3) Menyewa van Pregio RM250 sehari (harga cuti sekolah). Kalau van ini ok sampai abis percutian, akan saya rekemenkan syarikat ini.

Pulau Langkawi seronoknya hati
Bercuti beramai-ramai memeriahkan lagi
Ingin shopping dan jalan-jalan sepuas hati
Hilangkan stress dan menyantaikan diri ini

Pekena Ikan Bakar di Malam Pertama | Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Salam dari Pulau Langkawi,

Malam Pertama, malas nak jalan jauh-jauh, kamipun pergi mencari tempat makan di sekitar Pantai Cenang saja. Kalau singgah Pulau Langkawi tak sah kalau tak pekena Ikan Bakar.

Ikan Bakar
Ikan Bakar, Pekena Dengan Asam Memang Terangkat
Ikan Siakap Tiga Rasa
Ikan Siakap Tiga Rasa
Segar-segar Ikan
Segar-Segar Ikannya
Ikan tengah dibakar
Bakar Jangan Tak Bakar
DifiQa Pantai Cenang, Pulau Langkawi
Di Restoran DiFiQa , Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Boleh tahan juga, 2 ekor ikan, lauk tomyam 2 jenis dan telur dadar dengan air 10 gelas jumlahnya baru RM100. Tidak la mahal mana kan? Rasanya pun boleh tahan dan sedap juga. Ada masa bolehla singgah lagi lain kali.

pantai cenang,pulau langkawi,percutian di pulau langkawi,ikan bakar
Pemandangan di Pantai Cenang Waktu Malam

June 12, 2010

Panggilan Pulau Langkawi

Pulau Langkawi
Panggilan Pulau Langkawi , Here We Come

Kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Langkawi, akan bertolak ke Kedah hari ini dan bercuti di Pulau Langkawi sehingga 16 June 2010. Jadi, mungkin tak update blog sepanjang bercuti ini atau kalau berkesempatan entry auto publish.

Yey, hari dinanti telah tiba untuk merehatkan minda, fikiran, dan emosi. Hik3,semoga semuanya berjalan lancar.

P/s : Apa yang best di Pulau Langkawi ya?
Related Posts with Thumbnails