Showing posts with label review hotel. Show all posts
Showing posts with label review hotel. Show all posts

February 3, 2011

Tune Hotel kini di Kota Bharu, Kelantan

Yieza, Tune Hotels kini dibuka di Kota Bharu. Baru lagi dibuka rasanya, hujung bulan January 2011. Masa Mak sekeluarga datang ke Kelantan last week, sempatlah saya booking 2 bilik Tune Hotels untuk mak sekeluarga. Ajak tidur di rumah mak mertua, segan la pula kata nya:
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan007
Tune Hotels Kota Bharu, tersergam indah. Lokasinya hanyalah bersebelah pintu belakang KB Mall, Kota Bharu, memang strategik
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan009
Isteri di depan Tune Hotels
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan005
Bertanyakan harga etc. Memang murah, semalam tanpa Add Onn hanyalah RM45.47 termasuk tax
Pintu masuk bilik . Banyak juga biliknya, ada 9 tingkat dan setiap tingkat ada lebih kurang 20 bilik
Suasana di dalam bilik. Agak sempit namun selesa ( Kipas, elektrik, air sudah termasuk bayarannya)
Sebelah bilik air
Tandas/Bilik Air
Suasana Tune Hotels di waktu malam, meriah dengan warna merahnya
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan003
Harga Add Onn, pilihla mana yang nak ditambah, extra charge
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan004
Yang kurang best skit, Check in pukul 2 petang, check out 10 pagi (awal la juga)
Tune Hotels Kota Bharu Kelantan006
Bolehla membuat tempahan online juga di http://www.tunehotels.com or telefon aje di 03-79625888


Overall, mak sekeluarga memang puas hati. Harganya yang berpatutan dan perkhidmatan yang memuaskan. Plan nak datang lagi dan booking di sini. Saya sendiri pun agak teruja dengan Tune Hotels ni, bolehla booking bila mahu bercuti nanti di lokasi yang lain pula nanti. Walaupun murah,kualitinya memang memuaskan. Mana nak dapat hotel bawah RM50 kan? Budget hotel or Backpacker Inn boleh la kot.

P/s : Pernah bermalam di Tune Hotels ? Apa pula pengalaman anda?

January 19, 2011

Lumut Orchard Inn

Review Hotel @ Lumut Orchard Inn semasa Percutian di Lumut bulan lepas. Hotel bertaraf 2 or 3 bintang rasanya :

Main Door , Lokasinya dekat dengan Jalan Besar
Keadaan Bilik ( Umm, Bolehla). Suggestion : Improve on towel, bed,linen, etc
Lena Alisya tidur...Kepenatan berjalan-jalan
Gambar Lumut Orchard Inn di waktu malam ( Macam deretan kedai)
Breakfast are Included for 2 person
Telur separuh masak menjadi pilihanku
Harga Penginapan/Room Rates di Lumut Orchard Inn. Syukur, Isteri kerja Gov, dapat diskaun lagi.

Overall, puas hati menginap disini in term of price and keselesaan. Ambil katil Queen, rasanya dalam RM70+ je kami bayar. Lokasinya pun tak jauh dari Teluk Batik dan Bandar Lumut. Bersebelahannya pula, ada Restoran Ikan Bakar yang boleh tahan juga sedapnya. Parking pun senang, ada kemudahan wifi, aircond,customer service yang peramah. Better la dari Blue Bay Resort yang kami menginap di hari sebelumnya.

Alamat : Lumut Orchard Inn
No. 15, Taman Lumut Permai
32200 Lumut
Manjung, Perak
No. Telefon : 05-683 3333,05-683 2828

P/s : Any suggestion on tempat Menarik Percutian di dalam Malaysia? Planning to travel more frequently this year.
Related Posts with Thumbnails