Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

April 1, 2012

Hotel Seri Malaysia Seremban

Semasa bercuti di Melaka 2 bulan lepas, sempatlah juga bercuti sekali di Seremban dan menginap di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Saja bertukar angin dan merasa pengalaman di tempat berbeza. 


Hotel Seri Malaysia Seremban

Lobi. 

Wifey cakap, Hotel Seri Malaysia antara hotel pilihan bapa/mak mertua untuk bercuti. Harga yang berpatutan dan biliknya pun selesa



Kadar Harga sebilik.
Dari RM140++

Bilik kami menginap. 109
Suasana bilik, 1 katil Queen ,1 katil single

Hotel Seri Malaysia Seremban tidak mempunyai Swimming Pool. Tak dapat bawa Alisya mandi. Ehh, swimming pool ni penting, i.e. cam seorang rakan di ofis @ Encik Zul (bukan nama sebenar). Kalau nak bercuti,anak-anaknya dah pesan, Hotel wajib ada swimming pool.

In term of suasana, cam hotel-hotel biasa yang lain. Bilik selesa, hargapun boleh tahan cuma tak banyak aktiviti or tempat yang menarik untuk dikunjungi di Seremban selain shopping complex dan tempat makan.

P/s : Apa tempat menarik di Seremban ya?

January 19, 2011

Lumut Orchard Inn

Review Hotel @ Lumut Orchard Inn semasa Percutian di Lumut bulan lepas. Hotel bertaraf 2 or 3 bintang rasanya :

Main Door , Lokasinya dekat dengan Jalan Besar
Keadaan Bilik ( Umm, Bolehla). Suggestion : Improve on towel, bed,linen, etc
Lena Alisya tidur...Kepenatan berjalan-jalan
Gambar Lumut Orchard Inn di waktu malam ( Macam deretan kedai)
Breakfast are Included for 2 person
Telur separuh masak menjadi pilihanku
Harga Penginapan/Room Rates di Lumut Orchard Inn. Syukur, Isteri kerja Gov, dapat diskaun lagi.

Overall, puas hati menginap disini in term of price and keselesaan. Ambil katil Queen, rasanya dalam RM70+ je kami bayar. Lokasinya pun tak jauh dari Teluk Batik dan Bandar Lumut. Bersebelahannya pula, ada Restoran Ikan Bakar yang boleh tahan juga sedapnya. Parking pun senang, ada kemudahan wifi, aircond,customer service yang peramah. Better la dari Blue Bay Resort yang kami menginap di hari sebelumnya.

Alamat : Lumut Orchard Inn
No. 15, Taman Lumut Permai
32200 Lumut
Manjung, Perak
No. Telefon : 05-683 3333,05-683 2828

P/s : Any suggestion on tempat Menarik Percutian di dalam Malaysia? Planning to travel more frequently this year.

December 20, 2010

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Hotel Seri Malaysia IpohDSC04279
 Alisya dan Papa di Swimming Pool Hotel Seri Malaysia Ipoh
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04264
Pemandangan dari Luar Hotel Seri Malaysia
 Hotel Seri Malaysia IpohDSC04265
Coklat Ke Pink2an adalah Warna pilihan bilik Hotel Seri Malaysia ipoh
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04268 
Ruang Tamu 
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04271
Family Room, kadar bilik RM160 semalam, bilik biasa RM120 semalam
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04275
Alisya tersenyum riang
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04276
Swimming Pool untuk dewasa, ada juga untuk kanak-kanak
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04280
Abang.....Alisya memanggil Abang Upin
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04281
Alisya Santai
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04283
Alisya dan Pak Su

Hotel Seri Malaysia memang pilihan mak mertua ku selalu kalau ikutkan kata wifey ku. Sejak kecil , memang mak mertua ku suka Hotel ini. So far, oklah, harga berpatutan, bilik ok, ada wifi (kat sini line tak berapa clear) , makanan pun sedap, bilik memuaskan , dan layanan mesra.

Kata orang ,jauh perjalanan luas pengalaman, Cuti-Cuti Malaysia pun banyak lagi destinasi yang belum diterjahi kan? Kos lebih murah, membantu ekonomi negara, dan apa kurangnya destinasi di Malaysia cuma banyak yang perlu diperbaiki especially kemudahan transport. Teksi dari Keretapi tidak bermeter, RM15 dari keretapi ke Hotel Seri Malaysia perjalanan tak sampai 15 minit, mahalkan?

P/s : Pernah singgah Hotel Seri Malaysia? Apa kata anda?

October 8, 2010

Keseronokan di Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon

Selepas melawat Tropicana Medical Centre, kami kembali pulang Ke Sunway Pyramid bagi menikmati santapan tengah hari :
Keadaan di Sekitar Sunway Pyramid | Satu tempat yang begitu unik untuk shopping dan terapi minda
Lunch di The Frames, salah satu tempat makanan yang famous di Sunway Pyramid
Inilah Santapan Tengah Hari saya
Good Newsnya, kami mendapat tiket All Park Sunway Lagoon dari pihak Sunway

Namun sayang, saya tidak dapat ikut serta mereka ke Sunway Lagoon kerana saya perlu menyiapkan Advertorial yang perlu dihantar hari itu juga. Jadi, saya lepak di The Coffee Bean Sunway Pyramid sambil menikmati kemudahan wifi yang begitu memuaskan. Namun, saya kongsikan keseronokan rakan-rakan di sana:

 Amboi-amboi bukan main seronok lagi ( Kredit Picture to Zara Aluwi )
Pirate's Revenge (credit picture to Zara Aluwi )

Amboi2, Geng Bujang Lapok ku meninggalkan ku (kredit picture to
AzuanZahdi)

Sunway Lagoon memang menjadi pilihan dengan 5 parks yang disediakannya iaitu Extreme Park, Amusement Park, Water Park, WildLife Park, dan Scream Park ). Oh ya, tentu anda dah tahu yang sekarangni Bungy Jumping pun ada di sini kan?

Alang-alang menyelum pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, ingin ku kongsikan juga pengalaman peribadi ku di Sunway Lagoon Ini (saya telah pergi ke sini lebih dari 5 kali rasanya, family,event syarikat, event blogging, dan pelbagai lagi)


Sesetengahnya pula tak sempat buat entry i.e. Hari Keluarga Syarikatku di Sunway Lagoon. Keseluruhannya, Sunway Lagoon memang menjadi pilihan pelbagai pihak untuk mengadakan event, konsert, hari keluarga, dan sebagainya atas lokasi yang strategik , kemudahan public transport yang bagus, facility yang memuaskan , permainan air dan pelbagai yang boleh diterokai, dan pelbagai lagi. Lebih lanjut bolehlah refer di official website nya [ Sunway Lagoon Official Website ]

Sunway Pyramid, Sunway Lagoon Pengalaman Menguja
Tempat menarik untuk poket dan juga seisi keluarga
Menjadi persinggahan dan digemari pelbagai usia
Tarikan menarik, kelainan dicipta, tempat perlancongan destinasi popular di Selangor sudah semestinya

P/s : Apa pula pengalaman anda di Sunway Pyramid/Sunway Lagoon?

*** Minta tolong pembaca semua untuk undi saya di SINI

July 25, 2010

Senarai Hotel Miliki Sijil Halal 2010

Senarai Hotel Miliki Sijil Halal 2010


Sambungan entry sebelum ini [ Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan] , di sini adalah senarai Hotel yang Memiliki Sijil Halal 2010. Perlu selediki sempena ramadhan yang makin hampir ini.


Hotel 5 Bintang :
1) Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya 
2) Hotel Evergreen Laurel , Pulau Pinang
3) Hotel Grand Dorsett, Labuan
4) Hotel Pan Pacific KLIA
5) Hotel Legend , KL
6) Hotel Grand Bluewave , Shah Alam
7) Tradewinds Hotels & Resorts, Johor Bahru
8) Hotel Istana, Kuala Lumpur


Hotel 4 Bintang :
1) Hotel Ancasa Kuala Lumpur
2) Hotel Cititel Pulau Pinang
3) Hotel Crystal Crown, KL
4)Hotel Grand Seasons, KL
5) Hotel Armada, Petaling Jaya
6) Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
7) Hotel Ming Court, KL
8) Hotel the Summit, USJ Subang
9) PNB Darby Park, Executives Suite, KL


Hotel 3 Bintang :
1) Hotel Brisdale International, KL
2) Hotel Dynasty, KL
3) Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands
4) Hotel Seri Malaysia, Marang
5) Hotel KL, Jalan Raja Muda
6) Hotel Nilai, Negeri Sembilan
7) Hotel PG, KL
8) Hotel Puteri Park, KL
9) Hotel Quality, KL
10) Hotel Residence , Kajang
11) Hotel The Paramount, Sibu
12) Hotel Plaza, KL


Dua Bintang :


1) Hotel Seri Malaysia, Kuantan
2) Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani
3) Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang


Sumber : Berita Kosmo dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Naif sungguh rasa diri ini, tahun-tahun sebelum ini tak pernah semakpun senarai hotel yang ada sijil halal sebelum berbuka puasa. Asalkan hotel tu nampak Islam dan ramai pengunjung Islam pergi sana, terus je terjah. Walaupun setiap tahun hanya sekali dua sempat berbuka special di hotel, namun tetap tak menyemak terlebih dulu dan ikutje rakan yang lebih alim dan arif dalam hal camni. Tak sangka pula dalam beribu-ribu hotel, tak sampai 50 sahaja yang dapat sijil halal dari JAKIM.


P/s : Berbuka puasa di rumah dan merasa masakan Isteri lagi bestkan? Murah, jimat, dan SEDAPPP!!!


P/s/s : Siapa nak belanja saya berbuka puasa nanti. Jom kita pi buat gathering berbuka puasa dimasak oleh KAK INA KL nak?

UPDATED

Senarai 22 Hotel yang mendapat sijil halal setakat 10 August 2010 [ Sumber Portal Halal Malaysia : ENTRY INI ]

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah : 

 Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel , Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts

November 16, 2009

Treasure Hunt Dari KL ke Awana Kijal, Terengganu

Fuhh,penatnya.Baruje balik (10malam/15/11/09) sempena Treasure Hunt dari KL ke Awana Kijal.Actually,ni first time join treasure hunt,so agak-agak blur la sikit.Apapun,saay cuba sumbangkan yang terbaik dan memang seronok join Treasure Hunt ni .Menguji minda, mengujakan, dan dapat jalan-jalan (tu niat yang sebenarnya).


Team 59, Sebelum berlepas


Tema Dinner Malam tu : Battle Night


Kami antara team yang tak follow tema malam tu (hehehe)


Team yang follow tema (x sempat nak ambil semua,team yang menang best dress dengan tema Star Trek)


Dinner Ala Buffet di Hotel Awana Kijal malam tu.Ratingku untuk makanannya : 6/10


Pemandangan dari Bilikku.Cantikkan?Mengadap ke Padang Golf


Swimming Pool di Awana Kijal, Terengganu


By the way,teamku tak menangpun.Tapi,aku dapat cabutan bertuah.Inilah hadiahnya.Umm,my Luck is still with me.Dah lama tak menang any cabutan bertuah.

Keseluruhannya,memang seronok kerana :

1)Hotel,dinner dan sarapan pagi fully sponsored dari Persatuan Syarikatku
2)Dapat pi jalan-jalan terutamanya tepi pantai
3)Satu pengalaman baru yang mengujakan

Ini antara soalan-soalan utk Treasure Hunt ni(cari treasure/benda/makanan).Kalau anda terror cubalah selesaikan:

1) Get me this treasure if you are able
It is mainly made from a Malaysian staple
A Map is reverse is shown in its brand
Only one packet to me you need to hand

2)The brand of this treasure that you must provide
reveals mother and me holding one inside
And it is forever is a kind of noodle that is fried
if all the points for this treasure you wish to derive
you must ensure that you bring in pack of five

P/s :Jawab,jangan tak jawab
Related Posts with Thumbnails