Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

May 4, 2011

Ladies Uptown Ipoh

Bagusla Perak ni, Siap ada Ladies Uptown lagi di Ipoh. Ini first time saya jumpa rasanya. Semua peniaga di Uptown ni Wanita. Good Inisiatif  :

Ladies Uptown Ipoh, depan Majlis Bandaraya Ipoh

Reflexologi, Pakaian dan pelbagai lagi
Handbag, etc
Sampai awal, masih belum ramai orang
Pilihla mana yang berkenan
Nak beli apa ya?Sib baik pi ngan wifey, kalau tak segan juga nak merayau area ni
Kalau lapar, Gerai makanan sebelah je..CUbala try Kuay teow, sedapp..

Overall, satu inisiatif yang bagus. Cuma kalau jalan sorang-sorang, rasa cam segan la pula. Yerla,semua peniaga wanita.

P/s : Betul kata pepatah, jauh perjalan, Luas Pengalaman. Umm, bila la berkesempatan nak travel Oversea ni? Dah lebih 5 tahun tak keluar Malaysia ni...

Gedung Kain Riamoda Ipoh

Ini semua gara-gara Mat Joe. Katanya di Ipoh, Gedung Kain Riamoda banyak kain pasang yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. So, saya inform dan 'ajak-ajak ayam' la isteri untuk Usha kedai ni.Sekali dia serius mahu pergi. Huk3, Mat joe, u owe me 50 bucks.  

Gedung Kain Riamoda Ipoh, tak jauh dari Ipoh Parade, parking pun mudah
Alamak, Ada Sales la pulak..Habisla eden camni..Isteri pantang tengok Sales ni...
Ehh, bukan semua pompuan camtu ke?
Jom Terjah..Umm, memang rambang mata dibuatnya Isteri

Bukan main suka lagi wifey. Memang murah-murah dan banyak pilihan. Biasanya wifey suka shopping kain pasang di Nagoya dan Gulatis. Umm, malas la citer,inilah hasilnya :

Ambil, 5 pasang dibelinya
Agak-agak, kalau eyriqazz amik buat Give Away, ada yang berminat tak? Hik3, lariikkk...

April 30, 2011

Hotel di Ipoh Bagaikan Pisang Panas!!!

Inilah penangannya bila mahu bercuti tapi tidak plan awal-awal dan main terjah je. Terjahi Ipoh dan Hotel di Ipoh Bagaikan Pisang Panas di musim hujan!!. Selepas lebih dari 10 hotel diterjahi seperti Hotel Seri Malaysia, Hotel Syuen, dan pelbagai lagi, semuanya fully-booked. Last-last, terjahi Tambun Inn (1 bintang) dan ada beberapa bilik kosong. Umm, 1 star pun 1 starla, at least boleh bermalam.
  Hotel Tambun Inn, RM88 semalam
Telefon No : 05-5477211
Amboi-amboi anak Papa, tak sabar nak terjahi “Lost World of Tambun” besok?

Ipoh, Here We Come..


Ipoh, here we come. Sat lagi nak jalan-jalan Cari Pasal ke Ipoh. Alang-alang cuti Hari Pekerja Isnin ni, bawalah keluarga jalan-jalan.Destinasi kali ini , Ipoh. Kalau tiada aral melintang, maybe akan singgah di Taman Tema Tambun dan Lumut.

Thanks to XXX , partly sponsored trip (tol & Minyak) . Tak sabar nak jalan-jalan cari Pasal, Umm, apa lagi Tempat Yang Menarik di Ipoh ya?

December 22, 2010

Jalan-Jalan di Ipoh Parade

Percutian di Ipoh, sempatla kami singgah di Ipoh Parade, Perak, salah satu shopping complex di Ipoh. 

Ipoh ParadeDSC04329
Ipoh Parade (teringat bangunan Jusco Wangsa Maju)
Ipoh ParadeDSC04319
Salah satu aktiviti di sana
Ipoh ParadeDSC04316 
Pemandangan dari atas
Ipoh ParadeDSC04317 
Suasana Krismas
Ipoh ParadeDSC04318
Takdelah ramai seperti di Midvalley etc,so jalan-jalanpun selesa
Ipoh ParadeDSC04325 
Sibuk Wifey minta hantarkan ke kelas buat kek..Seriuske ni sayang? Kak Ina KL, boleh ajarkan?
Ipoh ParadeDSC04320
Dekorasi pokok krismas warna kuning coklat
Ipoh ParadeDSC04321 
The Audience
Ipoh ParadeDSC04349
Alisya dan Abang Upin (Arfan) antara yang paling gembira
Ipoh ParadeDSC04351
Pertandingan melukis/mewarna turut diadakan

Sempatlah juga layan cerita Tron di GSC Ipoh Parade. Harga tiket hanyalah RM9 untuk dewasa dan Rm5 untuk kanak-kanak. Bukan main seronok lagi Si Upin dapat tengok wayang, ingatkan mula-mula nak tengok cerita "Aku Masih Dara" tapi kerana Upin mahu tengok cerita Tron, kami layanla juga. Not bad ceritanya, saya kasi 7/10.

Ipoh Parade ada Cookies Famous Amous tak? Umm, tak perasanla pula. Ala, banyak lagi makanan yang best kan di Ipoh. Sekali sekala terjah Ipoh pun ok juga rasanya,tak jauh dari KL dan bandarnya tidak sesibuk KL.

P/s : Pernah terjah Ipoh? Apa kata anda?

December 20, 2010

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Hotel Seri Malaysia IpohDSC04279
 Alisya dan Papa di Swimming Pool Hotel Seri Malaysia Ipoh
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04264
Pemandangan dari Luar Hotel Seri Malaysia
 Hotel Seri Malaysia IpohDSC04265
Coklat Ke Pink2an adalah Warna pilihan bilik Hotel Seri Malaysia ipoh
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04268 
Ruang Tamu 
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04271
Family Room, kadar bilik RM160 semalam, bilik biasa RM120 semalam
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04275
Alisya tersenyum riang
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04276
Swimming Pool untuk dewasa, ada juga untuk kanak-kanak
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04280
Abang.....Alisya memanggil Abang Upin
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04281
Alisya Santai
Hotel Seri Malaysia IpohDSC04283
Alisya dan Pak Su

Hotel Seri Malaysia memang pilihan mak mertua ku selalu kalau ikutkan kata wifey ku. Sejak kecil , memang mak mertua ku suka Hotel ini. So far, oklah, harga berpatutan, bilik ok, ada wifi (kat sini line tak berapa clear) , makanan pun sedap, bilik memuaskan , dan layanan mesra.

Kata orang ,jauh perjalanan luas pengalaman, Cuti-Cuti Malaysia pun banyak lagi destinasi yang belum diterjahi kan? Kos lebih murah, membantu ekonomi negara, dan apa kurangnya destinasi di Malaysia cuma banyak yang perlu diperbaiki especially kemudahan transport. Teksi dari Keretapi tidak bermeter, RM15 dari keretapi ke Hotel Seri Malaysia perjalanan tak sampai 15 minit, mahalkan?

P/s : Pernah singgah Hotel Seri Malaysia? Apa kata anda?

December 19, 2010

Pengalaman Menaiki Electric Train Service (ETS)

Jalan-jalan dan Percutian ke Ipoh, kami menaiki Eletric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh.Gara-gara mahu naik ETS, terjahla Ipoh coz tak pernah pergi Ipoh bersama Mak Mertua,Bapa Mertua,adik ipar,anak buah dan kami sekeluarga.

Electric Train Services ETSDSC04260Isteri dan Alisya di Stesen Ipoh dengan ETS
Electric Train Services ETSDSC04232
Kaunter tiket, serba kuning macam Digi la pula
Electric Train Services ETSDSC04233
Antara Destinasi yang ditujui dengan ETS bermula dari Seremban dan berakhir di Ipoh
Electric Train Services ETSDSC04235
Harga Promosi ETS sehingga 28 February 2011 , RM30 sahaja
Electric Train Services ETSDSC04240
Di  dalam Train (agak bersih dan selesa juga)
Electric Train Services ETSDSC04241
Senyum je Alisya, first time naik ETS
Electric Train Services ETSDSC04244
MIL/FIL bersama Alisya dan Anak buahku, Upin
Electric Train Services ETSDSC04246
Harga tiket RM30 dewasa dari KL Sentral ke Ipoh, kanak-kanak RM19
Electric Train Services ETSDSC04251
Skrin TV menayangkan kartun , waktu, stesen berikutnya dan kelajuan keretapi (baguslah)
Electric Train Services ETSDSC04254
Kantin Segera
Electric Train Services ETSDSC04255
Nescafe 3 in 1 , tersangatlah mahal RM2.50 , standard harga naik kapal terbang tu

Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa 2 jam 20 minit, agak selesa, bersih dan memang memuaskan. Better than naik bas or teksi kan? Wah, untungla orang Ipoh.

Constructive feedback pula, harga makanan dan minuman di kantin agak mahal, toilet tak banyak ,rasanya ada 2 je kot.

Tahniah buat KTM, oh bila la agaknya akan ada keretapi dari KL ke Terengganu ya?

P/s : Apa kata anda, baguske ETS ni sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan ke destinasi ditujui?

December 16, 2010

Tempat-Tempat Menarik di Ipoh


Pertama kali bakal menjejakkan kaki dan bercuti di Ipoh weekend ni. Sudah booking Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Guys, especially orang Perak, apa tempat menarik untuk dilawati di Ipoh? Makan-makan, jalan-jalan ,etc....Saja nak mencuba keretapi yang ke Ipoh sambil jalan-jalan sekali (hik4, turutkan hasrat Mak Mertua & Bapa Mertua) ,both mereka tak pernah singgah Ipoh.

P/s : Percutian suatu yang best kan? Merehatkan minda dan fikiran..Bolehla layan movie di Ipoh nanti...
Related Posts with Thumbnails