Jalan-jalan dan Percutian ke Ipoh, kami menaiki Eletric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh.Gara-gara mahu naik ETS, terjahla Ipoh coz tak pernah pergi Ipoh bersama Mak Mertua,Bapa Mertua,adik ipar,anak buah dan kami sekeluarga.
Kaunter tiket, serba kuning macam Digi la pula
Antara Destinasi yang ditujui dengan ETS bermula dari Seremban dan berakhir di Ipoh
Harga Promosi ETS sehingga 28 February 2011 , RM30 sahaja
Di dalam Train (agak bersih dan selesa juga)
Senyum je Alisya, first time naik ETS
MIL/FIL bersama Alisya dan Anak buahku, Upin
Harga tiket RM30 dewasa dari KL Sentral ke Ipoh, kanak-kanak RM19
Skrin TV menayangkan kartun , waktu, stesen berikutnya dan kelajuan keretapi (baguslah)
Kantin Segera
Nescafe 3 in 1 , tersangatlah mahal RM2.50 , standard harga naik kapal terbang tu
Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa 2 jam 20 minit, agak selesa, bersih dan memang memuaskan. Better than naik bas or teksi kan? Wah, untungla orang Ipoh.
Constructive feedback pula, harga makanan dan minuman di kantin agak mahal, toilet tak banyak ,rasanya ada 2 je kot.
Tahniah buat KTM, oh bila la agaknya akan ada keretapi dari KL ke Terengganu ya?
P/s : Apa kata anda, baguske ETS ni sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan ke destinasi ditujui?