November 21, 2009

Dulu dan Sekarang.....

Cepatnya masa berlalu.Pejam celik,pejam celik, sudah masuk 27 tahun umurku tahun ini.Masih muda lagi kan?Banyak yang sudah berubah.Banyak yang telah kulalui dan banyak juga yang telah kulupai.Roda-roda hidup begitu pantas meninggalkan kita.Kenangan tinggal kenangan.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan tauladan.

Apa yang telah berubah ye?Kuimbas dan kusingkap perbezaannya dulu (10 tahun yang lepas) dan sekarang :


Dulu : Happy Sweet 17 Birthday , Sekarang : Happy still sweet 27 Birthday.Why sweet 17 ye?Sampai sekarang aku tertanya-tanya soalan ini.


Dulu : Zaman cinta monyetku bermula.Ramai yang aku minat namun tak berani nak luahkan/tackle.Yerlah,aku bukannya romeo,tergelak juga sampai pernah surat cinta yang tak berbalas ku letak dalam notanya.Sekarang :Kutemui cintaku.Usia perkahwinan ku sudah hampir 2 tahun,aku bahagia dengannya dan bersyukur dikurniakan seorang anak yang cukup comel.Bila difikirkan kembali,kecilnya dunia ini.Isteriku adalah rakan sekelasku 10 tahun lepas,tapi masatu langsung takde perasaan ke atasnya.Cakap pun jarang-jarang sangat.Kecilkan dunia ini?Kata orang,kalau sudah jodoh tidak kemana.


Dulu :Beratku hanya 63kg. Memang kurus dan aku aktif bersukan.Mewakili sekolah dalam acara lari jarak jauh, dan mewakili kolejku dalam acara bola sepak. Sekarang : 83kg..Mungkin kerana aku kurang menjaga pemakananku/bersukan semenjak aku melanjutkan pelajaranku.Takpe,demi anakku,aku akan cuba mengurangkan berat badanku kembali.Aku sedar aku mampu lakukannya kalau aku tidak lakukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam.


Dulu : Sibuk belajar untuk dapat result yang terbaik SPM.Study smart memang berkesan.It must go hand in hand actually.Pening-pening pun hanya fikirkan masalah belajar.Yerlah,SPM antara penentu untuk meneruskan jalan hidup selepas itu.Sekarang :Kerja..Takdelah aku fikir sampai cam gambar di atas.Aku seronok bekerja di syarikat ku sekarang.Antara syarikat yang terbaik di Malaysia,banyak yang aku belajar dan aku gembira bekerja di sini.


Dulu :Sibuk nak tackle anak dara orang.Bawa hal sendiri dan tanggungjawab tak besar. Sekarang :Sibuk jaga anak sendiri.The Most Beautiful and Cutest Baby in the World.Ada iras-iras papa dia tak?Bahagia sangat dah ada anak sekarang.Pembakar semangat untuk lebih berusaha dan memajukan diri.

P/S :

Barang Yang Lepas Janganlah Dikenang

Nukilan : P.Ramlee/S.Sudarmaji



Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Tiap insan hai tidaklah kekal
Tentukan pulang di mana berasal

Janganlah sedih hai janganlah pilu
Serahkan pada Allah yang satu
Oh dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya

Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang dan ada yang duka
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

Oh tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakanlah semua yang lalu
Tidakkan mungkin kembali semula

Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri

Menarik sekali liriknya,menusuk kalbu dan menyentuh di jiwa.Betul kata P Ramlee,barang yang lepas,hai jgnlah dikenang.Tapi kurasakan ianya lebih tertumpu untuk pengalaman pahit dan mengecewakan.Kenangan yang manis,eloklah dikenang kan?

5 comments:

  1. u got a cute baby..
    bila usia makin menginjak..
    terasa diri makin dekat dgn Tuhan..
    =)

    ReplyDelete
  2. jodoh rakan sekelas ye? :D

    ReplyDelete
  3. happy birthday 2 u..smga pjg umr murah rezeki..iman dah makin berisi skrg, sng hati eh?..lbh kurang hubby su je..

    ReplyDelete
  4. xpe berat bertambah tanda heppy bro =) .smoga pnjng umo dimurahkan rezeki =)

    ReplyDelete
  5. zack,
    Thanks n betul kata u.

    eis,
    Haah.

    fazli,
    ni adik su ke ni?tak sangka su ada adik lelaki.

    izzah,
    u r rite,.Hehehe,but i need to keep it down for my baby n health.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails