November 23, 2009

Lelaki Oh Lelaki


Lelaki oh Lelaki (gambar kredit to Chokilala )

Lelaki itu penyeri wanita
Banyak perangai dan keletahnya
Namun kalau pandai menduga
Tidak susah menghadapinya
Lelaki itu dilahirkan penuh lagak dan gaya
Suka menonjolkan diri sebagai seorang yang hebat dan istimewa
Ego yang tinggi di dalam jiwa
Sifat semulajadi ingin dilihat hebat dan istimewa
Namun janganlah pula disalah sangka
Terimalah kami seadanya
Tekad yang tinggi dan bercita-cita
Untuk hidup lebih berjaya
Jika lelaki handsome ditinggal wanita
Wanita akan kata "Jangan sedih,kan saya ada"
Lain pula andai tiada rupa
''Padan dengan muka anda"
Sama juga dengan pendiam sahaja
Yang handsome coolnya dia
Yang tak handsome perasan bagus saja
Ada saja yang tak kena
Lelaki selalunya gagal memahami wanita
Wanita hanya mahu meluahkan perasaan disilap sangka
Jenuh memikir dan mencari penyelesaian masalah wanita
Walhal si dia hanya mahu berkongsi cerita dan masalahnya
Dengarlah luahan bukalah telinga
Yerlah,kadang-kadang kami lupa
Jiwa wanita penuh seninya
Lain pula lelaki kasanova
Paling mulus namun lama-lama tunjuklah taringnya
Kemas berpewatakan lagak orang kaya
Namun sebenarnya poket kosong mencari mangsa
Janganlah pula terpedaya dan termakan kata-kata manisnya
Namun janganlah mengalah pula
Lelaki itu unik dan berbeza-beza
Terpulang la kepada wanita
Bezakan berlian dan juga kaca
Agar hidup bahagia
Di samping lelaki/suami tersayang sepanjang masa

8 comments:

  1. pandangan wanita terhadap lelaki adalah sama seperti pandangan lelaki terhadap wanita,..memang tidak akan ada yang sempurana kan??....jangan cari yang sangat baik, carilah yang terbaik...~

    ReplyDelete
  2. dalam hubungan lelaki dan perempuan timbangrasa adalah satu perkara yang pentng.

    ReplyDelete
  3. lumrah yang allah tetapkan untuk lelaki dan wanita sangatlah istimewa, so carilah pasangan yang mampu membimbing dan menegur dikala kita melakukan kesilapan...insyaallah berkatlah didunia n akhirat

    ReplyDelete
  4. lelaki itu sgt unik. sama juga wanita. krn itu mereka saling tertarik antara satu sama lain (^_^)

    ReplyDelete
  5. thanks for the credit. kalau sekarang ni, gambar semua tu dah berubah. selera dah berubah :P

    ReplyDelete
  6. Yes!

    lelaki juga manusia.
    mereka juga ada ragam.

    take it or leave it. hahahhaha

    ReplyDelete
  7. dalam any relationship,trust tu mesti ada. kalau tak ada, haru biru lah jadi nya. cakap berdasarkan pengalaman. abang post blog ni berdasarkan apa yang abang nampak dekat sekeliling abang ek?

    ReplyDelete
  8. Daud Mili,

    U r rite.

    Perkasan,
    yup,penting tu.

    shairoh,
    yup.u right too.

    ween,
    Yup,keunikan itulah yg cantikkan?

    chokilala,
    u deserve it.skang siapa pula?

    Yob sumo,
    haha..cool..Take it or leave it?


    adilridz,

    base on my experience,reading, n everthing happened around me,.u r rite,good one..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails