March 2, 2010

Hotel Mania


Hotel Mania

Sinopsis Hotel Mania (Drama Terbaru Slot Lestary di TV3 bermula 2 March 2010)

Cerita bermula dengan Adiwira (lakonan Anding), seorang graduan dari Sarawak yang ke Hotel Mania untuk mencari bapa kandung yang tidak pernah ditemui.

Di Hotel Mania, Adiwira berkenalan dengan Girang (Dafi) yang menjalani latihan praktikal di situ. Kebetulan, hotel tersebut sedang mengadakan temuduga terbuka untuk pelatih-pelatih baru. Girang mencadangkan kepada Adiwira untuk menghadiri temuduga itu supaya dia mempunyai tempoh yang lama untuk menyelesaikan misi mencari bapa kandungnya.

Ketika bekerja di sana, Adiwira bertemu Emilia (Adeline Anthony) yang bertugas di bahagian spa & sauna. Emilia selalu dibuli Mar (Marsha), pekerja 'front desk' yang menaruh hati pada Adiwira.

Sumber : Jurnal Penguin

Adakah drama ini mampu menandingi cerita Tari Tirana (tak layan manapun).Kalau cerita dia best cam Nur Kasih ataupun Drama Korea , Hotelier ,pasti aku menontonnya sama. Satu percubaan yang agak berani rasanya, menyiarkan drama muzikal 26 Episod arahan Nizam Zakaria dan dibintangi ramai bakat-bakat hebat industri hiburan tempatan  seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Adam, Bob, Zain Ruffedge dan Ryzal. Dan yang lebih menarik, lagu-lagu yang akan dipersembahkan nanti adalah lagu-lagu popular ciptaan KRU.

Selebihnya, kenalah tengok kan?Belum tengok, jadi tak tahu macam mana ceritanya.Ehh, kenapa Eyriqazz cam jadi BeautifulNara arini?Hik3, saje berubah angin sekejap/take a break for a while. (entry ditulis pada malam 28/2/10)

P/s :Apa pula pandangan anda?Cerita ni agak-agak menarik tak untuk ditonton?

18 comments:

  1. he3..
    tgok trailer dye cam best jew...
    pAPE pun, kite tgok dlu malam ni camne:)

    ReplyDelete
  2. urmm
    xtau sempat tengok ke tak nanti

    ReplyDelete
  3. jadi mcm abang nara lagi banyak hits la..kan orang kita suka gosip-gosip nih..hehe

    ReplyDelete
  4. tgh tgk kat tv..hehe kualiti gambar cantik.. sememangnya trademark KRU.

    agak pelik jugak drama muzikal, tapi satu percubaan berani. baru 1st episod, bagi saya okay la :D

    ReplyDelete
  5. biasenye sesetengah drama muzikal seronok ditonton....:)

    ReplyDelete
  6. tengok citer nih macam best..
    tp baru nak layan sampai kat part dorang nyayi je teros my mum tuka..
    potong aja..
    kakakaka

    ReplyDelete
  7. dah tengok tadi..tak best mana pun.. aku tgk pn sebab KRU terbitkan drama ni

    ReplyDelete
  8. cam besh jer.. tapi, my 'sayang' tengah layanz hbo la.. hu3..

    ReplyDelete
  9. Bagiku, bleh tahan. Tapi tak sehebat High School Musical namun ttp diberi penghargaan sbb ada gak percubaan yang baik.

    Its okey to be brave. (quote yg sesuai ditujukan pada otel mania)

    ReplyDelete
  10. thumbs up 4 director..

    ok gk tgk td..percubaan yang berani..hehehe

    ReplyDelete
  11. macam menarik. sebab ada nyanyi2. tak pernah ade kot.

    ReplyDelete
  12. mungkin macam high school musical tapi buat kat hotel...hak2

    ReplyDelete
  13. if tengokkan barisan pelakon macam not bad lah. thanks for d info! if tak bace ur blog, xtau pun pasal ni. hehehe

    ReplyDelete
  14. hari selasa ye... layan Biggest Loser Asia la... next week dah final...

    ReplyDelete
  15. tgk iklan citer ni mcm best jer..

    tp skrg ni zana tgh layan "the biggest loser asia".. nak dptkan sumber inspirasi.. hihihihihihi..

    so mlm td x sempat layan citer ni..

    ReplyDelete
  16. sumi dh tgk dh citer nie..
    emm..best gak..sbb ada selingan lagu2..
    pelakon pun ok..mantap..
    tp..x tahula..dpt tgk x lagi pas episod pertama..
    sbb mungkin akan berebut TV ngan anak dan my IR..
    kalu ada TV extra ok la..hahahaha

    psstt...pinjanm LCD eyriqq boleh..hahaha


    http://sumijelly.com

    ReplyDelete
  17. dh tgk citer ni semalam...not bad lah...xdela borinf sgt..dpt mngimbau kngan lagu2 lama kru...tu yg best..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails