March 28, 2010

Masakan Kelantan | Kedai Makanan MZ Darulnaim

Salam hujung minggu dari eyriqazz.Huk3, hari ini kena pergi kerja. Oh ya, eyriqazz nak perkenalkan satu gerai makan yang saya singgah lagi semalam. Tempat ni tiap-tiap bulan confirm eyriqazz singgah. Tanpa berlengah lagi , inilah nama tempatnya :

Kedai Makanan MZ DarulNaim

Gerai ni memang popular untuk masakan kelantan. Saya first time diperkenalkan kedai ni masa adikku berkursus dulu. Dia cakap rakan dia , orang kelantan yang rekomen. Malu juga, dah duduk KL bertahun-tahun tak dengar pula nama kedai ni kalau tak kerana adik aku.

Sampai-sampaije :

Aiseh, lauk dah banyak habis

Mana taknya, sampai sana dalam pukul 1.45 petang. Memang salah timingla. Kalau korang nak singgah, saya cadangkan dalam pukul 1200-100 petang.Memang elok sangatla, kalau datang awal sangat, takut lauk tak banyak masak lagi cam pernah kitorang sampai kol 1130 pagi (teruja punya pasal)

Usha-usha lauk dulu :

Ketam Masak Lemak

Nampak sedap, tapi aku ni alahan skit ketam. Tak jadi nak order.Tapi adik aku memang suka benar. Jadi, kami buat pilihan  :
Ikan Keli Percik
Kerutuk Ayam
Sayur dan Labu Masak Lemak (susah nak cari di KL ni)
Gulai Udang
Sambal Belacan

Memang menyelerakan. Sedap . Menggiurkan. Kalau mak mertua dan bapa mertua aku datang KL (orang kelantan), dia mesti ajak kami singgah sini. Memang famous Amous la di kalangan orang-orang kelantan.

Cuba teka berapa semua itu? RM50? Issh,taklah termasuk nasi 2 pinggan dan Air Sirap semuanya RM25.00. Berbaloi-baloi. Ala, kalau makan di Mcd dua orang pun, mungkin lebih dari tu kan?Itupun tak kenyang mana.

Dan hasilnya, lihatlah sendiri :

Habis Licin di makan olehku dan Isteri (hak3)

Memang ramai orang di kedai ni, berpusu-pusu orang datang. Yang bestnya, kalau makan sini, ada tempat parking khas dan ianya percuma (cam pakej pulak kan?). Jadi, tidak hairanlah :

Begitu Ramai Pelanggan berkunjung

Rasa cam berada di kampung bila makan di sini. Susunan di dalam kedai tak terasa berada di tengah bandar KL.

Oh ya, ada seorang tu tak puas hati, kerana kami makan tak ajak sekali. Siapa lagi kalau bukan:


Alisya, anak kesayanganku

Oh ya, sebelum terlupa. Inilah lokasi/alamat gerai makan tersebut :

Lorong Haji Hussien 2, Kampung Baru, Kuala Lumpur (hadapan pusat zakat KL,dekat je dengan Chow Kit)

Berbaloi-baloi. Issh, buat entry ni pun buat aku lapar je. Jadi, kalau korang masih tercari-cari nak pergi makan mana lunch nanti, ini salah satu destinasi yang berbaloi dan sesuai untuk disinggahi.

Untuk lebih lanjut pasal Gerai ini, bolehlah singgah di entry ini juga ( Terimakasih Pakcik Google )


Selebihnya, boleh mengoogle lagi. Hik3.

P/s : Amcam, pernah singgah sini tak ? Apa pandangan anda pula?Sedap tak?

P/s/s : Kuih Akok dia pun sedap. Lembut dan panas lagi. Alisya memang suka sangat, wajib kami beli kalau singgah di sini.

P/s/s : Nak Lunch Mana hari ini ya? Kalau Kak Ina KL call ajak makan rumah dia , best jugak ni. Hak3,tak tau malu.

22 comments:

  1. Mas penah makan kt MZ... memang sedap...
    Berhadapan dengan kan... :)

    ReplyDelete
  2. kerutuk ayam tu..mcm rendang ke?hehe

    ReplyDelete
  3. aku pun penah makan kat sini..dan kaw2 aku kena ketuk,mahal nak mampus...sumpah aku xkan g da kedai nie..sorry la beb...nasi,ketam sekor,air sirap je,kuah, aym percik seketul. rm 32!!!kepala hotak!!!

    ReplyDelete
  4. redfingger: Oh ya ke?sepanjang saya pergi tak pernah kena pula camtu..makan 2 orang semalam pun baru RM25 ringgit..Mungkin depend pada makanan apa yang diambil....Apapun,lain padang,lain belalangkan?Thanks for the comment..Sayapun hanya berkongsi pengalaman,tidak dibayar oleh tuan kedai or sesiapa...

    ReplyDelete
  5. kedai memang dr dulu lg glamer..masakan pure kelate..tu yg terbaek..

    ReplyDelete
  6. sighs. havent eat lunch and seeing this edy.. =(

    ReplyDelete
  7. duduk KL pun sussah ke cari labu masak lemak? pelik?

    ReplyDelete
  8. makanan pure kelantan means..manes2 x?
    xminat sangat mskn manes2 nih sebnonyer..;p

    ReplyDelete
  9. aduh kelas lah makan tempat umm macam ni!

    kalau nak makan makanan negori, pergi kat kg pandan, kadai rose, mmg terangkat!

    ReplyDelete
  10. SLALU JGK G KG BARU,,TAPI X TERNAMPK PLAK KEDAI NIH

    ReplyDelete
  11. paij 188 :bagi saya susah...saya ni tak brape expert kedai makan...kat mana ye boleh cari di tempat lain?saya ingin singgah dan mencuba...

    ReplyDelete
  12. kalau pi ke tanah merah, cuba ke Selera Tepi Sungai... sedap! mcm2 jenis makanan ada kat sana

    ReplyDelete
  13. hah! nielah tempat yang gua nak lu belanja makan..bole..bole..bole..ajak sekali 30 orang blogger bertuah..amacam..hehehe..buleh buat contest tuu..makan free dengan GTO..ok tak idea tu..carik sponser2 macam BNM ker,PROTON ker mana-mana company corporate yang memerlukan perkhidmatan pengiklanan..hehe

    ReplyDelete
  14. GTO jd food blogger eih?? MZ neh tadi baru disebut oleh dj kt radio muzik... tups2 ado entry... bagus2.... kne blaja masak klate jugerlaa neh....

    ReplyDelete
  15. ada ong gak eh intial MZ ni heheh -- MZ -maher zain, MZ -mama zharfan
    and kebetulan me ore kelate--sesuai benor MZ darulnaim tu-nak kena try mkn kat sini gak lah hehheh

    ReplyDelete
  16. salam GTO

    saya pun baru semlm berkenalan dengan MZ Darulnaim neh. tu pun member office yang sibuk ajak lunch kat situ.

    overall, mmg terkejut kucing kejap dibuatnya, tapi seriously, mmg best dan tak rasa macam di KL!

    after jumaat prayers, kene pulak bubur pulut durian! perghhh..mmg best!

    ReplyDelete
  17. Sy pn dh penah g mkn sana 1st mkn kt sana order sorg2 mkn pn xbnyk pilihan cz smpai sana kul 2.15 mak o mahal giler sayur putih,ikan singgang,budu,ulam,telur dadar,ikan bakar ingatkn murah alik2 kne rm33..tp cz mgidam sayur putih kt sana pgi lg,5meja rapat2 mkn bnyk plihan smpai sana kul 12.45..ktorg amik smua menu kt sana tkejur gilerharga murah giler rm58 je..skli nasi tmbh 3pinggan sorg...lain kli nk g mkn kt sana kne g ramai2 bru murah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails