April 5, 2010

Akhirnya Eyriqazz Muncul di Friso Gold Website

Salam dari Eyriqazz. Entry Eyriqazz di Friso Website? dirujuk. Setelah beberapa minggu, akhirnya  Eyriqazz :

Teruja juga kerana dapat muncul di samping bloggers kekeluargaan yang popular dan hebat seperti Chan Lilian, Redmummy, Thepinkstilettos, dan Mombloggersplanet. Untuk lebih detail berkenaan Friso Gold product/informasi bolehla singgah di webnya ini : http://www.friso.com.my

Lebih teruja bila saya 'the only' blogger lelaki berada di situ dan antara blogger baru . Alhamdulillah, walaupun baru 7 bulan aktif berblog, ada juga yang menghargai penulisanku ini. Walaupun tidak mendapat sebarang bayaran, ini akan menjadi motivasi kepadaku untuk terus menulis dan membuat entry yang lebih berkualiti.

On the other matter, check di MyGoogle Pagerank , gembira bila eyriqazz sudah di :

Pagerank 3

Ramai rakan-rakan bloggers yang lain juga mendapat pagerank yang memuaskan.Eyriqazz tidak berapa pandai dan faham sangat dengan Google Pagerank ini, namun kalau nak tahu lebih lanjut pasal Pagerank ni bolehlah rujuk entry mereka ini :

Oh ya, tahniah kepada rakan-rakan blogger yang lain juga . Apa tips nak tinggikan pagerank ya ? Saya tak berapa mahir sangat namun apa yang saya rasakan yang paling berkesan adalah ini :


Exchange Link rasanya antara cara yang paling berkesan untuk tingkatkan pagerank anda. Jadi, sesiapa yangb mahu exchange link dengan eyriqazz, jangan lupa tinggalkan komen di entry tips| exchange link itu. Sama-samalah kita membantu kan?

P/s : Masih menunggu keputusan Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti . Takpelah, saya berserah kepada Tuhan, kalau ada rezeki, adalah. Kalau tiada, mungkin di lain masa. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam kan?

P/s/s : Apa pula pandangan Anda ? Teruja tak bila muncul di web/blog popular? Anything to add on cara meningkatkan Google Pagerank?

7 comments:

  1. Terbaek bro. mmg seswai as a father. sepengalamanan aku ler, bab2 dukung anak bapak lerr yg selalu mendukung anak.

    ReplyDelete
  2. pewit pewit! hehe. tula nak tahu gak mcm mane nk boost our page rank. exchange link mmg salah satu cara. any tips kawan-kawan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails