April 8, 2010

Menjejaki Jutawan Senyap


Sungguh teruja bila membaca dan mendapat inspirasi melalui pembacaan. Contohnya buku ini, aku suka sangat-sangat . Tengok tajuknya pun sudah teruja. Inilah dia yang di maksud-maksudkan:

Menjejaki JutAwan Senyap dari Dr. Rusly Bin Abdullah@Chef Li

Memang best buku ini, betul-betul mengujakan dan memotivasikan diri. Sekali baca ingin membacanya berkali-kali (saya sudah membacanya hampir 3 kali) sehinggakan saya membeli satu lagi koleksi buku daripada Dr. Rusly. Yang itu nanti lain kali saya bercerita. Antara part yang mengujakan dan menarik yang cukup ku gemari adalah pantun-pantunnya di awal tajuk. Inilah Contoh pantun-pantunnya (maaf Dr. Rusly, letak sini tanpa kebenaran, namun niat untuk berkongsi).

Diam Menangis si Ibu Penyu
Diam bertelur menyambung zuriat
ReZeki Tuhan bagi yang mampu
Senyap berbudi mampu berzakat
Gajah mati meninggalkan tulang
Manusia mati meninggalkan jasa
Jika hendak dikenang orang
Banyak berfikir banyak berusaha
Hanya Jauhari mengenal manikam
Dapat membeza kilauan cahaya
Seperti api kuat mencengkam
Semangat orang yang ingin berjaya

Pandangan peribadi, buku ini memang best. Cerita-cerita peribadi dan pengalaman orang lain dan jutawan senyap yang antaranya ibu tunggal, peniaga pasar malam, pendatang tanpa izin yang datang ke Malaysia bergolok bergadai dan tiada wang sesen, dan sebagainya.

Mereka menongkah arus dan dugaan dengan semangat yang kental dan akhirnya mereka bergelar Jutawan Senyap . Chef Li menjejaki mereka melalui kursus yang dianjurkannya di samping pengalamannya sendiri yang berhenti bekerja sebagai seorang pegawai bank untuk mencapai cita-cita.Akhirnya, bolehla dikatakan Chef Li pun salah seorang yang bergelar Jutawan senyap.

Jadi, apa tunggu lagi? Buku ini memang memotivasikan, harganya pun masa saya beli beberapa tahun lepas hanyalah RM17.Sekarang ni rasanya harganya tak jauh berubah. Motivasi sebeginilah yang menjadi pendorong saya untuk terus berjaya .

P/s : Dah lama tak baca Novel Ahadiah Akasyah. Hak3, jiwang seh. Suka gila novel Lagenda Budak Setan.Kisah Kasyah dan Ayu.Bila Novel Farisya Ayu ku akan bersambung ya?. Oh ya, ada sebarang buku motivasi yang best yang menarik? Rekomen-rekomenkan lah, nanti bila ada diskaun sale untuk syarikat saya, boleh beli buku lagi.

12 comments:

  1. Karangan og mandino. skrg tgh baca the secret of happiness and success. Inspiration punyalah. :)

    ReplyDelete
  2. oo,..buku Chef Li ni saya ada jugak,..hehe. Memang semangat betul bila baca, tapi tak praktik jgk lagi ilmu yang dia bagi tu.

    Tinggal di Malaysia tapi tidak kaya adalah rugi..semangat tu..

    P/S : Terima kasih byk atas voucher & RM50 tu. Saya dah terima pun. Semoga eyriqazz & family dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. Amin..

    ReplyDelete
  3. best klo baca2 buku mcm ni...bleh motivate diri kite dekat tempat keje gak kan!!!

    ReplyDelete
  4. semoga mendapat rezeki yang melimpah ruah :)

    ReplyDelete
  5. macam pocket ingat ada surang mamat ni,
    dia jual minyak terpakai, minyak bekas goreng cakoi tu difillter dan dijual kembali kepada komuniti minoriti nya.

    good idea kan..
    kena pikir banyak lagi nih :>

    ReplyDelete
  6. memang interesting, aya pernah baca buku ni.... yang penting kita praktikkan.. susah kan??

    ReplyDelete
  7. baca buku je. try la. ada rezeki.meletop.

    http://88king.ads4blog.net

    ReplyDelete
  8. aku kalo baca buku motivasi mesti half way ajer then tertidur.macam mana aku nak memotivasikan diri nih?cuba motivasi sket.hahaha

    ReplyDelete
  9. Kita pun mampu jadi jutawan senyap cuma perlu usaha dan sabar

    ReplyDelete
  10. wajib ku cari..
    tp xbaca sgt nih pun xreti nk baca buku2 motivasi nih..
    heheh..

    ReplyDelete
  11. Baru je abis baca buku Tuan Rumah Jutawan..rasa macam nak beli umah banyak2 je..ngeh3 hehe :P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails