July 29, 2010

Betulke Nuffnang Racist???

Salam Dari Eyriqazz,


Betulke
Nuffnang Racist?

Sebelum saya memulakan kata saya , firstly saya ingin memohon maaf awal-awal andai apa yang bakal saya katakan di sini bakal mengguris hati sesetengah pihak. Saya sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dalam melontarkan pendapat, tiada right or no answer, tepuk dada tanya selera.

Entry Saudara Syahirul yang bertajuk Tiada Lagi Nuffnang Dalam Blog Ini dan Redmummy :  Nuffnang is Racist??? dirujuk. Entry Syafirul indirectly mempersoalkan kemenangan "Asyik-Asyik Bangsa Cina" yang menang Contest Nuffnang dan saya merasakan komen-komen diberikan agak Racist juga.

Actually, dari malam Selasa lagi saya sudah mendapat mesej dari seorang blogger popular untuk komen pasal entry ini keesokan harinya (Rabu). Keesokan harinya bila membaca entry itu dan kesemua komen yang diberikan, saya terlintas untuk memberikan pandangan kerana Link URL blog saya turut berada di situ dan saya "terasa Cili Pedasnya" dari komen-komen yang diberikan di situ". Saya salah seorang Blogger Melayu yang pernah memenangi Hadiah Utama Blogging Contest dari Nuffnang dengan Entry saya yang bertajuk : Astro Byond Bloggers Night

Betulke Nuffnang Racist dalam Memilih Pemenang Contest? Saya blogger baru dan baruje bersama Nuffnang kurang dari setahun. Namun, saya akan cuba kongsikan pendapat dan pengalaman saya berkenaan Contest ini. Saya salah seorang blogger Melayu yang berjaya memenangi A few blogging Contest dari Nuffnang. 

Contest Pertama Yang Saya Menangi bersama Nuffnang adalah Semasa Project Alpha Blogging Contest Season 1 , saya mendapat tempat ketiga di minggu ketiga dengan entry : The Reddish Redmummy pada Oktober 2009 semasa saya baru 2 bulan bersama Nuffnang. Adakah saya dipilih kerana saya suka Bodek Nuffnang time tu? Ataupun mungkinkah kerana muka saya ada Chinese Look? Tidak rasanya.

Saya ni memang sukakan Contest, menang atau kalah belakang kira.Beberapa Contest yang Nuffnang anjurkan saya memenangi a few of it terutamanya Consolidation Prize seperti Pimp My Broadband dari Digi, Samsung Corby Carnival, Love World Love Sloggi, dan Daily Prize Winner Project Alpha Season 2. 

Honesty, sayapun ada perasan, banyak Contest besar yang dianjurkan Nuffnang dimenangi Oleh Bloggers berbangsa Cina especially The Eggyolks | The King Of Contest . Namun, bila diperhatikan kembali memang entry yang dimenangi oleh mereka selayaknya untuk menang. Ramai lagi bloggers Chinese yang hebat dalam Contest ni seperti tallboyz, Dylan Zd dan ramai lagi. Entry yang mereka hasilkan sememangnya layak untuk menang, berkualiti, lain dari yang lain dan kreatif sangat. Memang tidak mampu untuk saya menandinginya.

Pengalaman saya ketika memenangi Contest dari Astro B.yond saya memberanikan diri menanyakan wakil dari Astro, siapakah yang memilih pemenang? Mereka mengatakan mereka yang memilihnya .Nuffnang hanya shortlisted bakal pemenang yang berpotensi namun Final Say di tangan mereka.

Nuffnang bukannya seperti kerajaan yang mengamalkan NEP. Takkan la setiap Contest kena ada pemenang dari Chinese, Malay, dan India? Kreativiti yang dinilai dalam menentukan pemenang. Saya akui saya pun frust bila tidak menang Contest yang saya sertai especially My Water Moments kerana sayapun memang teringin untuk memiliki kamera itu, kamera saya dah rosak dan terpaksa meminjam kamera pink isteri. Apapun, the best entry Win rite?

Tertarik juga dengan salah satu Komen di sana:
Sampaikan Isu bodek membodek pun timbul dan entry-entry seperti I Love Nuffnang  pun turut ditimbulkan di komen entry itu. Saya salah seorang yang buat entry itu dan entry itu dibuat atas pengalaman saya hampir setahun bersama Nuffnang. Nak bodek Nuffnang?. Namun, Come on la kawan, Nuffnang tu tak bodoh dan tahu menilai, most of pekerjanya adalah lepasan Universiti Luar negara yang tahu membezakan yang mana satu berlian, yang mana satu kaca. Takkan la dengan entry bodek-bodek ni terus dia tertarik hati. Banyak lagi faktor lain yang mereka pertimbangkan untuk menjadikan anda blogger kegemaran mereka, part tu kenalah tanya yang lebih berpengalaman, saya hanyalah blogger Cap Ikan Ayam Goreng.

Saya salah seorang bloggers yang turut merasai dan menikmati hampir kesemua yang ditawarkan Nuffnang. Hadiah Contest, Advertorial, Income, Guest Blogger Nuffnang Sharing Session, Coffee With Nuffies, Movie Screening, Event dan sebagainya but I work hard for that. I show my commitment and I did my best for that. Layak atau tidak bukan saya yang menentukannya.

Banyak ke Income saya buat dengan Nuffnang. Ok, untuk entry kali ini, biarlah saya berterus terang. Ramai yang cakap I make Thousand of ringgit every month with Nuffnang. I don't make much money with Nuffnang but I am Happy with It. Inilah buktinya :



RM156.73 untuk Bulan July 2010

Tentu ramai yang buat Income lagi banyak dari sayakan? Yes, dulu masa mula-mula, memang saya berblog for money tapi selepas up and down dan juga belajar dari kesilapan sendiri dan bloggers di luar sana, saya sudah tidak hiraukan sangat pasal Income ni. As a bonus, yess, siapa yang tak suka duit kan?  As the word say " Making Blog Advertisiing Fun...For Everyone".

Yes, i am having fun with Nuffnang. Saya berkesempatan berjumpa dan berborak dengan ramai staff Nuffnang dan saya akui mereka memang mesra dan Sixth Sense/naluri hati  saya mengatakan mereka tidak Racist. Senangke nak tengok CO-Founder @ Timothy yang sanggup turun padang bersama-sama bloggers yang lain? Kalau nak bergambar dengan dia pun pernah ke dia menolak? Setakat ini tidak lagi rasanya. 

Begitu juga dengan Nuffies yang lain seperti Robb, Nicholas, Xin Xian @ Fresh, Michelle, Rina, Sara, dan ramai lagi. Walaupun mostly pekerja mereka Chinese, mereka mudah diajak berbual. Any blogging Advertising Company yang lain yang sanggup turut padang berjumpa bloggers? I can say, tiada kot. Kalau ada pun berjumpa yang popular saja. 

Oh, sorry,saya taknak sentuh pasal Advertising Company coz apa yang dipilih tentu ada Pro n Cons nya, yang terbaik buat Kita, tidak semestinya terbaik buat orang lain kan? 

Samsung Corby Carnival misalnya, mengumpulkan bloggers berlainan bangsa dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Kalau Nuffnang, racist, kenapa tidak dibahagikan mengikut Kaum? Kenapa hadiah diberi juga kepada Melayu?

Sentuh soal Contest berbahasa Melayu dan Inggeris pula, keputusan di tangan Advertiser .Kalau Company besar-besar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama seharian mereka di pejabat seperti Sony, Sloggi, dan Digi , agak-agaknya mana satu entry yang mereka lebih prefer? tentulah yang berbahasa Inggeris kan? Saya tengokpun ,tiada lagi pemenang yang memenangi hadiah utama dengan menulis dengan Bahasa Cina.Apapun, itu hanyala personal opinion, tak semestinya betul cuma bagi saya, pilihan yang dipilih berdasarkan kreativiti dan juga cara penyampaian kita. Faktor bahasa adalah faktor sampingan sahaja.

Saya sebenarnya tidak suka isu perkauman sebegini dibangkitkan. Sukar untuk membuat penilaian, samalah macam politik. Pusing kot mana pun, tentu yang akan ada berpihak kepada A, dan ada berpihak kat B. Cam kes saya , saya berpihak Kat Nuffnang. Saya pernah bekerja di bawah Both Company Malay and Chinese dan Nuffnang satu-satunya Company yang pernah saya jumpa yang betul-betul mengamalkan 1Malaysia dan tidak racist dalam membuat keputusan.

Kalau Isu Advertorial dan Ads tu, susahla saya nak komen namun saya tengok ramai je bloggers melayu yang dapat. Rapat dengan mereka? Yerlah, kalau dia nak kasi sesuatu Advertorial pun, dia mestilah mengenali bloggers tu terlebih dahulukan? Takkan main serkap jarang, faktor seperti reputasi dan nama baik perlu dititikberatkan juga. Nak bekerja pun ,kenalah cari yang selesa bekerja kan? Kalau hits berpuluh-puluh ribu pun ,tapi banyak songel, nak ker Nuffnang ambil nak kasi Advertorial? 

Saya percaya, rezeki itu di tangan Tuhan. Kemana pun kita pergi tidak kiralah Nuffnang mahupun Advertiser yang lain , tentu akan ada Pro and Cons nya. Ambil yang jernih buang yang keruh. Tak salah untuk berkongsi informasi dan meluahkan perasaan namun gunakanlah platform yang betul, ada helpdesk, ada Coffee With Nuffies, boleh call dan kalau nak cepat, pergije serbu Ofis Nuffnang. Mungkin Robb dan Fresh akan layan korang. Biasanya dia layanje walaupun kerja bertimbun nak disiapkan (pengalaman masa ambil hadiah Contest)

At least ,apa yang saya nampak dan perhatikan :

1) Nuffnang tak pilih siapa korang - Hits satu sehari pun dah boleh berada di bawah Nuffnang. Apa pula respons anda jika tetiba Nuffnang cakap, kami nak bloggers yang ada hits at least 500 sehari?

2) Movie Screening, event, Advertorial ramaije melayu yang dapat. Dulu saya pun ingat Nuffnang pilih kasih masa Movie Screening.First Movie Screening saya dok depan sekali, macam leher zirafah saya dibuatnya. Memanglah, datang lambat, dapat la tiket tak best. Kali-kali seterusnya, Seat okje dapat, tapi dengan syarat datang awal la.

3) Entry pemenang layak dan memang layak menjadi pemenang. Kalau nak pertikaikan cuba lah hantar entry-entry tersebut ke wartawan or sesiapa yang pernah jadi juri, tentu itu yang dipilih juga.

4) Nuffnang cuba dan mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan sesama bloggers tidak kiralah apa bangsa dengan Event yang diadakan, sharing session, dan juga Coffee with Nuffies. 

5) Nuffnang akan menjawab segala persoalan yang ditanyakan, reportje Kat Helpdesk, within 48 hours Xin Xian @ Robb Chew akan membalas sepantas kilat. Kalau di Coffee With Nuffies mahupun Nuffnang Sharing Session, tanyalah apa saja, jawapan akan diberikan tanpa berselindung.

6) Nuffnang menemukan saya dengan ramai personaliti bloggers yang menarik dan best berkawan seperti Melromeo, Kak Ina KL, Bean Moreno, Daydeck, Sumijelly, Aie Darkbatman,Mat Joe, Tian Chad, Mohd Zaid,HanaLovenest,Blogjoging,Aina,Eyka, LuckyStrike, Kenwooi (di alam maya) dan ramai lagi.

Apapun, Isu Contest ini dah lama timbul rasanya. Sebab itu saya sendiri pernah rekomenkan/kasi pendapat kat Robb supaya hadiah lebih banyak diberikan jadi lebih ramai yang boleh menang seperti Contest Love World Love Sloggi dan Pimp My Broadband Contest, namun keputusan berada di tangan Advertiser kerana merekalah yang sponsorkan hadiah.

Berpijaklah di bumi yang nyata. Life Ain't That Serious . We are people, not a program or deviced. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia. Normal la dalam kehidupan, sometimes we feel that Life is Not Fair and We have been treated Badly.

 Manusia tidak lari dari membuat kesilapan, Nuffnang pun adalah dari beberapa orang yang membentuk organisasi. Salah dan silap itu perkara normal namun saya memang nampak mereka cuba yang terbaik untuk memuaskan hati bloggers sebaik mungkin. 80 Ribu bloggers yang bernaung di bawah mereka dengan Staff kurang dari 30 orang bukannya satu tugas yang mudah. Tentu akan ada yang tersentuh hati, makan hati, dan merajuk hati. 

Pandangan ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya hampir setahun bersama Nuffnang dan saya tidak kata saya ini betul. Saya pun masih baru, memang salah silap tu tidak dapat dielakkan. Tunjuk ajar dari bloggers berpengalaman di luar saya , kami sebagai bloggers baru amatlah menghargainya. Bak kata Wonder Pets, Apa yang Penting, " Kerjasama".

Dari berblogging saya mengenali ramai personaliti bloggers berlainan bangsa yang begitu saya kagumi seperti Kenwooi, Tianchad, Lucky Strike, SixthSeal, TheEggYolks, dan ramai lagi.

We live in the Community.Try to Respect Others dan cuba untuk tidak menimbulkan isu perkauman. Bila isu perkauman ditimbulkan dan dilawan, bagaikan api dengan minyak.Makin dilawan, makin maraklah apinya namun akhirnya Dua-dua akan kalah, satu jadi arang, satu jadi abu.

Tepuk dada, tanya selera. Sekali lagi, saya memohon maaf andai apa yang saya lontarkan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Setiap orang berhak meluahkan pandangan dan gunakan platform yang ada sebaik mungkin. Hidup ini hanyalah sementara, bak kata orang, berkawan biar Seribu, musuh dicari jangan.Namun, dalam berblogging ini, perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan, ketidakpuashatian akan sentiasa berlaku.

Nuffnang Racist saya tidak setujui
Pandangan Saya sebagai Blogger baru di dunia blogging ini
Bukan mencari publisiti ataupun cuba membodek Nuffnang lagi
Hanya Berkongsi pendapat dan pandangan hati

Salah silap harap maafi
Saya sedar diri ini
Blogger Picisan menumpang lalu disini
Tegur-teguri saya terima , saya bukakan hati

Apapun, saya berfikiran positif. Buat saudara Syahirul, no hard feeling, blog anda tetap saya sukai walau apapun yang anda katakan dan dengan Advertising mana anda bernaung. I look on Positive side, samalah juga dengan semua pengomen yang lain di entry itu juga.

Bila dilihatkan pada manusia, kadang-kadang kita mudah menilai sedikit keburukan jika dibandingkan dengan banyak kebaikan? . Itulah pandangan saya pada bloggers di Malaysia ini dan juga Nuffnang. Look On Positive Side, Get the right Platform untuk meningkatkan prestasi dan mengomen, dan berpijak di bumi yang nyata. 

A well Written entry dari blogger yang dari dulu saya kagumi,  Fazreen :  Tak Puas Hati dengan Nuffnang? 

Oh, saya tidak mahu mengomen entry itu atau membuat any judgement , anda sendirilah yang menilainya but I Love the WAY dia olahkan point-point entrynya especially this Statement :." Dorang ni banyak yang silent blogger ja. Banyak buat duit daripada d0k bising sana sini. Aku bukan nak back up blogger bangsa lain..aku bukan nk jadi racist tapi aku melayu..aku malu tengok melayu cuma banyak bercakap tapi habuk pun tak dak. Menyalak macam anjing.."

Salute the way u olah ur entry Fazreen, no wonder BeautifulNara pun mengkagumi penulisanmu. 

P/s : Maaf lagi dari Saya. Apa yang buruk itu datangnya dari Saya. I am human being, tak lari dari buat silap juga . Kalau isu sebegini berterusan, mungkin suatu hari nanti sayapun mungkin akan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia blogging ini. I don't Like Politics and I don't Like Isu-Isu Perkauman .

95 comments:

  1. setelah dibaca ketiga² penyertaan yang menang, yang ke2 dan ke3 tu layak menang..cuma yang pertama tu entahla..

    apa²pun nuffnang still the best

    ReplyDelete
  2. wah! macam tue ropernye.. nak kata apa ek? entah laa...yang penting..saya berblog ingin mencari kenikmatan yg sebenar..apa ek? seronok berblog sebab ramai kawan..dan tak kisah sangat pasal Nuff walaupun hari2 tagih $$..haha..

    eh..ada ke orang cakap nuffnang rasis? ish..ish..mungkin tak puas hati bebenor..adoi2..bersyukur je dngn apa yg dibagi.kan? thanks.

    ReplyDelete
  3. i dont even win anything..
    i dont even get recognition from nuffnang..

    but im totally fine with that.. one step at a time.. =)

    ReplyDelete
  4. salam, encik eyriqazz...


    kalah menang tu dah adat contest, kan... sepatutnya terima aje hakikat. tak boleh nak salahkan orang lain. dni sendiri join contest tak pernah menang langsung. serius... tapi tak pernah pula rasa Nuffnang pilih kasih, diskriminasi, bias atau sebagainya... siap rasa kagum bila nuffnang emailkan pemenang contest yang kita masuk dan kita tak menang tu. kagum bila tekan link pemenang. penyertaan mereka memang bagus, menarik dan layak untuk bergelar pemenang...


    semua orang nak menang, tapi kalau kalah, terima aje takdir. jangan sampai tuduh yang bukan-bukan sampai jadikan ini satu isu yang besar. tak elok... harap yang terlibat tu cubalah berfikiran positif. kita kan hidup bermasyarakat...

    ReplyDelete
  5. Rezeki orang mana nak sama dengan rezeki kita...
    tak paham dengan orang yang ada sifat tamak & dengki

    ReplyDelete
  6. huh!!!!!
    sama la,dulu mula2 pun berminat dgn duit...
    tapi bila dah enjoy berblog..
    lain pula citarasanya...
    hehehehe

    ReplyDelete
  7. wah!! banyak info bagus kat sini ni. gud job Eyriqazz!!

    ReplyDelete
  8. setuju! nape nak ditimbulkan hal sedemikian. cemburu? artikel mereka ibarat meludah ke langit terkena ke muka sendiri. suh depa delete jela.

    ReplyDelete
  9. aku tak terlibat dengan nuffnang.aku suka entri ni.

    ReplyDelete
  10. sungguh gigih ak bc en3 ko bro..hehe! well done..


    gila panjang ko berhujah n sumenye bernas..tp ak keciwa ko x letak name aku.. muahaha.. xdela .. gurau jer.. org xglamer kene sedo diri..heheee.
    so far, slame ak ngn nuffnang, ape yg ak nampak, dorg cuba memberikan yang terbaik utk blogger.. stiap x jmpe pun, dorg sntiasa bty pdpt tentang aktiviti n mslh kita sebagai blogger terutamanya n bg ak, dorg x racist.. mostly event yang dorg anjurkan, ape yg ak nampak dorg cuba sama rata kan..


    cth bulan puasa nt, akan ade majlis berbuka puase utk sume blogger.. sebelum ne ade ker chinese nk buat event berbuka puasa bersama malay? sepatut kita hapi sbb kaum lain cuba bergaul mesra n menghormati agama kita..


    ak xnampak mane2 syarikat pengiklanan lain yang cuba menggabungkan kaum berlainan dlm 1 kelompok. .. contest 2, ak pun xpenah menang cz bg ak, de best man win n rs nya judgement 2 dibuat bkn melalui sorg jer.. padgn mata xsume nye same.. klau kalah usaha la lagi..


    mane kurg kita cuba improve kn dan bg yg terbaik n bg ak, sepatutnya isu ne x perlu dibangkitkan sbb blh mencetuskan perkauman..

    dlu mase ak mula2 join nn, ak pun rase ape yg dorg ckp but bila ak semakin dkt ngn nn, sume pdpt ak 2 berubah.. bkn sbb nn bg adver job ke ape tp de way nn handle blogger..bkn 1 keje mudah n bila isu ne timbul, dorg cuba fixed kan supaya memberi kepuasan pd semua pihak. pd ak, sila la kerapkan diri join event nn cuba dktkan diri ngn nn.. pasti sume ne x timbul..lgpun rezeki masing2..


    xmenang adiah tp ade lg cara lain utk dpt duit dr nn.. yg penting usaha n sbr.. :)

    ReplyDelete
  11. @n@m@n:umm,soal layak atau tidak isu yang subjektif..cam 45 peserta entry Contest Birthday Alisya...almost sebulan saya nak shorlistedkan 14 finalist..tapi adakah ianya terbaiK? mungkin kalau orang lain menilai,lain pula jadinya kan?

    ReplyDelete
  12. @Amir Izzat :agree....apapun yang dilakukan, tentu ada pro n kons nya...kalau pergi interview pun,adakah yang terpilih adalah yang terbaiK?

    ReplyDelete
  13. @ken :can't agree more with u..honestly, ur blog is a must read blog for me...I can say, u r the mirror of kennysia

    ReplyDelete
  14. @ardinihumaira;berfikiran positif adalah yang terbaik....dalam hidup tidak semua yang kita mahu kita akan dpt.

    ReplyDelete
  15. @daydeck86:lain padang , lain belalang,lain orang, lain ragam, humility in oneself, respect for others itulah yang sebaiknya

    ReplyDelete
  16. @Jard the Great :sorry jard,agak emosi juga diri ini

    ReplyDelete
  17. @mie:tepuk dada,tanya selera kan bro?

    ReplyDelete
  18. @Carl Samsudin :sekadar meluahkan pandangan peribadi

    ReplyDelete
  19. @Anonymous: tentu ada sebabnya

    ReplyDelete
  20. @darkbatman :camne boleh terlupa nama bro ya?hik3..coz bro dah popular,tak perlula nak dipopularkan lagi...hik3...agree 100% with u...

    ReplyDelete
  21. bestnye bile tgk ur income! sebln dah buleh dpt rm 150 ++. leez nie, dah bertahun, baru dpt rm 120 ++. hu3..

    ReplyDelete
  22. tahniah, pada saya satu ulasan yang sunguh profesional dan jelas sekali. Buat apa nak timbulkan isu racist dlm dunia blog ni...tak kan habis ceritanya..:D just my 2 cents

    ReplyDelete
  23. aie, sy pon tak sangka nuffnang ader buat majlis buka posa bersama bloggers tuh. rasa terharu & dihargai pula even sy tak terlibat pon tapi itu serba sedikit dah bukti yg Nuff x racist...

    bro eyriqazz, suker bc n3 neh... aperpun, kiter tak sebelah memana pihak tapi kiter bg pandangan ikut pengalaman kiter kan?

    ReplyDelete
  24. walaupun entry ni paling panjang pernah saya baca kat eyriqazz.com, namun saya baca satu persatu sampai habis..dan saya bersetuju 100%.

    kita tak patut cepat melatah. kena rasional. betul kata kenwooi.. one step at a time

    ReplyDelete
  25. taktau nak kata apa. masing - masing terlalu ghairah sangat nak kejar satu - satu benda dalam blogging. blogging utk rilex2 sudah. nak kejar something pon jangan nak sampai nampak sangat kita mengejar itu ini. tak pasal - pasal orang cop kita si itu la si ini la. tapi, apa peduli kan orang lain? kita dengan dunia kita sudah janji tak kacau orang lain.

    nak kata rasis ni, kalau hidup kat dunia luar dah terlalu banyak benda yang jadi dan menyakitkan hati. sabar je la.

    panjang penjelasan ni bro. harap sapa yang tak jelas tu semua jelas.

    kesimpulannya, kuasa ditangan mereka. menang dan kalah tu adat pertandingan. kita tak boleh nak melalak bila kalah kita tak boleh dabik dada bila menang :D

    ReplyDelete
  26. Haha...actually benda ni tak boleh nak buatv apapun...kita just blogger yang kena jalankan tanggungjawab sebagai seorang blogger...Blogger kena menulis...contest or benda lain tu sampingan je...sbb tu mel dah awal2 pesan jangan letakkan duit no 1 sebab benda macam nilah yang akan terjadi...kita akan menuntut setiap sen dari apa yang kita buat then tugas kita yang seoatutnya kita lupa iaitu belajar jadi yang terbaek!

    ReplyDelete
  27. what think that i want to say is nuffnang is a professional company

    Keputusan Cabutan Bertuah

    ReplyDelete
  28. Pagi..huhuhu
    hangat...hangat...sehangat entry Eyriqq...huhuhu
    Membaca pendapat dn pandanga org lain juga...
    apa2 pun..terpulang pada masing..
    tepuk dada tanya selera....!

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  29. bila join contest tak pernah terfikir yang menagn itu sapa... bangsa apa...

    Blogging is for fun. Jangan tertekan kalau tak dapat Ads ker.... BE ke...atau CE...Sebab itu adalah rezeki masing-masing

    ReplyDelete
  30. panjang nye en3...apa2 pun tol kata awk,think positif.....nama pun contest yg terbaik je akan menang kan...dalam yg terbaik ada lagi yg lebih baik...

    ReplyDelete
  31. apa loo.. tak pasal contest pon mau gaduh kawan.. betul kata penulis entri ni.. kita berblog just for fun.. bukan nak jatuh menjatuhkan.. semua orang ada kelebihan masing.. baik duduk diam dari banyak menyalak..sory kalau ada yang terasa.. cuma aku kasi pandangan dari sudut blogger baru..

    ReplyDelete
  32. bro eyriqazz, saya paling terkilan bila ada komen yg ckp kesian india tak pernah menang, asyik2 cina yg bolot. ni saya nak buat statement, saya INDIA dan saya dah menang GRAND PRIZE dari Nuffnang. DUA KALI PULAK TU. walaupun saya akui memang tak ramai indian dlm arena blogging tempatan kita, tapi saya boleh menang la bai walaupun saya minoriti. nak menang, biar kena caranya. stay humble. jangan nak bongkak dan pikir kuota tu ada di mana2 sahaja. saya malu dgn rakyat malaysia mcm ni.

    p.s. maaf mengadu kat sini. hihihi..

    ReplyDelete
  33. aahh rina ingat lagi, dulu waktu rina incharge bahagian hadiah abg dtg collect hadiah kann.. haishh susah nak paham mentaliti mereka itu.. kalo nuffnang racist nape hire rina kerja.. pastu jadi PA lagi,. papepun jgn lupa sesi berbuka puasa ke -3 brsama nuffnang next mth

    ReplyDelete
  34. apa lagi hendak di kata?
    kalau nak hadiah sendiri, buat je contest sendiri kut....

    saya setuju dengan entri yang panjang berjela ini.

    terbaru dari saya : resah sentiasa akan menggigit

    ReplyDelete
  35. xpe lar.. semua tu hanya salah faham.. kami di NN dah jelaskan sistem & prosedur peraduan di adili dkt penulis entri tuh.. rina call smalam.. rasanya dah clear.. k dah bole tutup isu.. pasni x mo ada isu racist lagi dah.. :)

    ReplyDelete
  36. kalau itu namanya rezeki buat apa nak marah2 tul tak??
    ifollow uuuuuu & kalau rajin jom kita tukar2 link

    ReplyDelete
  37. fuh panjang nye..ye setuju.org melayu jgn cepat putus asa.. tingkatkan usaha, jgn ada perasaan hasad dengki..bukan nak kata, tapi boleh nampak dari sekolah dulu, orang cina ni memang rajin even diorg ni sebenarnya zero. tu yang diorg berjaya..

    ReplyDelete
  38. kalo tak suka nuffnang,buang, kalo suka masukkan :) hehehe.blogging for fun ajer asalnya kan? tapi dah dpt duit, mesti suka punya :p dah tak dapat duit, buang lah.

    ReplyDelete
  39. lagipun kalau betul Nuffnang tu pilih kasih sangat, takdenya dia nak benarkan kebanyakkan entry atau contest ditulis dalam bahasa Melayu.

    mereka luah rasa tak fikir logik dan realitinya. ini ikut emosi yang frust sebab tak pernah menang apa-apa contest. saya setuju semua di atas.

    yang penting tujuan berblogging!

    ReplyDelete
  40. aku wat nuff tu sajer2 je
    x kesah la menang ke tak..hehehe

    ReplyDelete
  41. Orang kata what u give u get back..
    for me.. macam u all yang new blogger yang rajin buat contest, join event, u derserve la untuk dpt invitation, dapat tiket free dsbnya...

    orang lain nak juga? kena rajin macam mereka-mereka ini..

    ehehe kalau pemalas macam saya, takat tengok dah lihat saja, ada iklan ada la..tak der.. makan hati je la tengok advt. orang berpusu-pusu...

    ehehe tp dalam dok dendiam pun kekadang ada juga call dari Nuffnang suruh baut advert. rezeki juga la.. dapat juga income sikit-sikit orang lain dapat seribu seminggu, saya dapat seribu dalam masa setahun.. oklah sape nak kasi kan..

    so what u give u get back.. sy pemalas dan slow, jadi income pun slow dan malas juga..

    heheheh

    ReplyDelete
  42. no komen sbb bru ja berjinak2 ngn blogging ni

    ReplyDelete
  43. aku tak pernah masuk contest...so tak mengharap pun utk menang. Yang jadi puncanya adalah yang masuk contest dan harap nak menang sangat-sangat.
    Bila tak menang emola pulak...

    ReplyDelete
  44. bru tadi aku bertanya dengan dorg knpe blog aku xpernah dapat BE

    so prob dah selesai.. tgu la dalam 3-4hari kate dorg he..23x

    lega rasenye

    ReplyDelete
  45. haih...
    pasal xmenang pun diorang buat jadi isu
    susah betul lah
    hahaha
    apa susah
    xmenang contest nuffnang
    joinlah contest yg blogger2 buat
    alhamdulillah kalau ada rezeki xkemana kan bro?

    anyway thanks sudi singgah blog den

    P/S : Dulu Bencinya! Sekarang Sukanya!>

    ReplyDelete
  46. blogger tu buat silap...nuffnang tak rugi, sbb ramai lagi yang setia dgn nuffnang. tapi dia rugi sebab dah takkan dapat $$$, takkan dapat tiket free, takkan dapat join event yang best2...dia umpama menutup pintu rezeki sendiri, mana tahu pasni kalau dia usaha lagi Tuhan nak bagi rezeki, siapa tahu...biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya....

    ReplyDelete
  47. @ArELeEz :ramai lagi yang buat more than that areleez..trust me..when u have passion in what u do,the money will come to u...but if do it for money only, u will feel frustrated

    ReplyDelete
  48. @etomyam:agree with u bro...i learn a lot from u

    ReplyDelete
  49. @akuzle : yup,setuju..lagipun saya tgk entry itu tidaklah berbaur perkauman sgt,cuma komen2nya yang lebih sudu dari kuah

    ReplyDelete
  50. FTN :yup,dari merangkak kita berjalan, lepas berjalan baru berlari...before we can take, we should give rite?

    ReplyDelete
  51. @encik luth :setuju sgt...kadang2 diri sendiri pun alpa....

    ReplyDelete
  52. @Bean Moreno :setuju bro..Oh aku rindu Melz..Sifu terbaik pernah ku jumpa...

    ReplyDelete
  53. @Kak Ina KL : Hik3...dah baca dah entry akak..sengatt...

    ReplyDelete
  54. @sumijelly :betul, tepuk dada,tanya diri,sakitke kena tepuk?

    ReplyDelete
  55. @maslinamansor :setuju.rezeki masing2...work for it and do the best

    ReplyDelete
  56. @izyanty collection:setuju..yang jadi juri pun human dan bukannya robot..lain juri lain yang mereka fikirkan ..macam iklan juga,setengah orang fikir iklan itu best giler,setengah orang fikir hampehnya

    ReplyDelete
  57. @Azrul Hisham :apa pula komen bro?

    ReplyDelete
  58. @Tn.Punya:tak salah meluahkan pendapat..tapi sebelum tu fikir2kanlah masak2 dan cari platform yang terbaik...better we go direct to the source first kan?

    ReplyDelete
  59. @atreyu strange:ohh,I thought ur a malay..no wonder u marah bila i panggil u ayu..sorry ekk...malay,india, or cina masing2 ada advantage untuk menang...buat yang terbaik..kalau dah layak menang, berbangsa dayak atau bidayuh sekalipun tetap akan menang....cam eggyolks dia selalu menang tapi entry dia memang gempak giler dan he take a lot of effort to do it...

    ReplyDelete
  60. @AYW:thanks rina mengomen..tuhla...saya tgk masa nuffnang sharing session dan coffee with nuffies mereka layan sama saje...staff2 nuffnang pun tak pernah nampak cam memilih kasih....That's y saya jatuh cinta dengan nuffnang...lagipun,lagikan lidah lagi tergigit, inikan 80000+ hati manusia?

    ReplyDelete
  61. @a kl citizen:hak3..maaf entry panjang berjela..almost 2jam lebih mengarang entry ini..yang benar saya kata benar,yang salah dan tak suka saya pun cakap direct kat nuffnang dan staff2 nuffnang...dulu ble katakan almost setiap minggu Robb dok layan e-mail remeh temeh saya tapi dia layan dengan profesional... i.e. kenapa saya tak dpt nuffnang,kenapa income saya ciput,kenapa itu,kenapa ini,bla,bla ,bla....helpdesk ada,gunakan ia sebaiknya

    ReplyDelete
  62. @AYW:yup rina, let's move on..byk lagi isu yg besar di luar sana....

    ReplyDelete
  63. @Suliana:setuju..bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

    ReplyDelete
  64. @Hidayah Ismawi :boleh,apa salahnya n thanks for the link..dah baca tapi tak sempat nak mengomen lagi

    ReplyDelete
  65. @e.l.i.s.s.m.i.e :hik3,pilihan ditangan masing2..tiada sesiapa yang memaksa...dunia ini bebas

    ReplyDelete
  66. @Cik Norfa:agree....saya baru setahun dan boleh nampak ia...saya bekerja di recovery dulu dan sedikit sebanyak saya boleh membaca hati budi seseorang itu...hik3

    ReplyDelete
  67. @@ku d! sin!e:hik...bila menang happy,bila kalah kecewa..tapi sebelum melenting..fikir2kanlah dulu ya?

    ReplyDelete
  68. @Pnut :setuju 110%.wah,gempak pnut berkata2...kena blajar ngan pnut ni...sat lagi saya akan singgaH

    ReplyDelete
  69. @diraja22 : tak salah taknak menerima..nak komplen pun tak salah..tapi gunakan cara yang betul..bak kata kak red ,tarik rambut dlm tepung, rambut tak putus,tepung tak berselerak.umm,teringat kuih raya.hik3

    ReplyDelete
  70. @red One_foren6 :good luck bro

    ReplyDelete
  71. @zures :hik3,saya tak menang contest saya pun emo..tapi saya sedar dan cuba berdiri di bumi yang nyata....

    ReplyDelete
  72. @Bro Framestone:wah,congratxz bro.blela belanja choki-choki

    ReplyDelete
  73. @hans:jom join contest saya...saya cuba kasi hadiah sebanyak mungkin...hik3

    ReplyDelete
  74. Juri untuk contest adalah lepasan luar negara ke? Tapi diaorang faham tak bahasa melayu? heheheheh

    ReplyDelete
  75. @Kancilbiru:tepuk dada, tanya selera...mana2pun pergi, tentu akan ada pro n cons nya....For Myself, saya tidak pernah kata Nuffnang adalah yang terbaik di Malaysia,tapi saya cakap Nuffnang adalah yang TERBAIK bagi saya dan cuba YANG TERBAIK Untuk semua Nuffnangers..What else you want more? Bak kata kak jie, dulu satu pai kongsi 100,sekarang kongsi 10 ribu..jadi,faham2lah...apapun, bila dah makin stabil,dulu ada satu pai, besok lusa mungkin ada satu lori pai? Who know...

    ReplyDelete
  76. @Daleela :saya tidak tahu siapa jurinya..tapi juri di pihak nuffnang bukan semua lepasan luar negara..even lepasan luar negara, mereka mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa melayu dengan baik..mungkin lebih baik dari some of malay sendiri...kalau tiga pemenang,diorang forwardkan at least 10 finalist yang terbaik...final say adalah advertiser....juri di pihak advertiser..I have no komen...tapi dah nama company di Malaysia, they must know bahasa melayu ....lebih lanjut bolehla adukan kat HELPDESK NUFFNANG

    ReplyDelete
  77. obviously, sebab duit boleh begaduh. labur duit utk diri sendiri, dapat hasi beli.

    semua benda harap nak free

    ReplyDelete
  78. alamak. ada sebut bidayuh dlm komen eyriqazz tu laa.. hehe. kebetulan mak saya memang bidayuh pun. ;p

    ReplyDelete
  79. yang tak best dan paling memalukan ialah, kaum melayu sendiri menjatuhkan maruah diri sendiri dengan benda2 remeh temeh macam ni. bodoh! (i mean, that particular blogger yang started this issue).

    ReplyDelete
  80. @atreyu strange:oh ye ke?patutla cantik orangnya..darah kacukan biasanya memang cantik dan menawan

    ReplyDelete
  81. @LittleMama:dah baca..agree 100%

    ReplyDelete
  82. @toughcookie: umm, lain padang lain belalang

    ReplyDelete
  83. walaupun isu lama nak gak comment!

    nuffnang ok ape! byk je yang Yob menang gak... nak menang buat lah elok2, kalau sambil lewa jer mcm mana lah nak menang!

    ReplyDelete
  84. Baru terbaca entry ini. Pasal racist tu Miza tak nak komen. Apa yang Miza dapat dari entry ini pengetahuan dan pembelajaran untuk meneruskan perjuangan dalam dunia blogging. (Ayat macam nak pergi berperang pulak -.-)

    Banyak maksud tersirat dan tersurat disini. Terima kasih bro Eyriqazz :) Banyak yang Miza belajar daripada artikel penulisan Bro. Teruskan berblogging :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails