October 23, 2011

MasterChef Malaysia Episod 1

Punyalah excited untuk menonton MasterChef Malaysia semalam. Sampaikan Live Terengganu vs Selangor Separuh Akhir pun saya abaikan. Umm, bestke MasterChef ini? Inilah pandangan peribadi saya tentang MasterChef Malaysia Episod 1 semalam :
Dari kanan, Ketua Chef : Chef Johari , Chef  Yahaya, Chef Priya

Ketiga-tiga Chef ini dari segi masakan memang mengkagumkan. Namun dari segi pengacaraan, pandangan peribadi agak mengecewakan. Chef Yahaya nampak gaya macam Ustaz Zul@pengacara Imam Muda. Ayat yang digunakan agat skema, bahasa baku dan macam follow the skrip. Tak nampak "Wow" factor dari segi pengacaraan. Apapun, ini baru episod 1 kan? Lagipun , lain padang lain belalang.

Cabaran Pertama Episod 1 :

Cabaran Memotong Bawang
Pisau Yang tajam penting bagi mengopek bawang
Ary Malik, antara peserta yang turut serta MasterChef Malaysia

Inikah mentaliti rakyat Malaysia? Berebut-rebut nak ambil bawang?
Takkan tak cukup satu forklift untuk semua peserta? Umm, bad Impression, Bad Impression


For me, rasanya Chef Yahaya agak kasar kepada peserta. Maybe dia nak tiru cara Chef Gordon Ramsay di MasterChef USA tapi nampak macam tak kena jer..Satu part yang saya tak suka :



Patutke bawang yang dipotong kurang elok dibuang di dalam tong sampah?
Rezeki tu dan still boleh guna...Kenapa dibuang dalam tong sampah?
Respectla Pakcik ni @ Wahidan Si Penoreh Getah dari Sabah
Peserta pertama yang lepas cabaran memotong bawang ini

10 Peserta yang tidak melepasi cabaran ini berentap untuk cabaran Memasak. Ingredient utama yang perlu digunakan adalah Udang. Hik3, teringat pula SemiFinal Blogger MasterChef Malaysia. Skill masakan peserta memang saya kagum, terror2 semua memasak . Chef Jemputan @ Chef Kenny @ Pelakon Baba dan Nyonya dijemput sebagai Juri Jemputan. 


Udang, Udang, Alisya Suka

Antara menu yang mendapat pujian tertinggi Chef adalah :


Udang Bersos Kari Nyonya Mangga

Udang Sinar Mentari

Nak tengok resepi mereka, bolehla tengok di sini : http://www.astro.com.my/masterchef/

Beberapa orang peserta disingkirkan di Episod 1 ini.

Overall, kalau diberikan rating untuk first episod ini, saya berikan 5/10. Waiting for soooo long tapi agak mengecewakan. Tak banyak "Wow faktor" yang saya nampak. Pengacara agak skema dan macam baca skrip, jantung tidak terasa berdegup kencang melihat peserta memasak,dan  suara latar agak mengantukkan .

2nd episod malam ini saya tetap akan tonton or rekodkan ajer dengan PVR sekiranya ianya masih seperti episod pertama. 

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi saya, anda yang menonton semalam macam mana pula? 

16 comments:

  1. xsempat tgk lagi sebab semlm tgk bola. ary malik pon msuk jugak eh?

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn eryqazz.. agak mengecewakan. Rasanya Masterchef ini bukan life. dah rekod awal2. kalau mcm ni aksi pengacara, mmg tak byk wow factorla. tak on par. tp kalau chef jo diberi pluang byk mengemudi rancangan tu, maybe much better. Tgk chef jo pun tak tau otai

    ReplyDelete
  3. tak tengok pon first episode!! kalau dari pendapat eyriqaz nih..just hoping that in future nanti ade peningkatan!

    ReplyDelete
  4. tak kesampaian hajat nak tengok..tunggu punyalah lama...

    ReplyDelete
  5. aku tengok pun agak hambar jugak.mungkin tak setanding lagi dengan top chief.apapun tunggu je perkembangan dalam episod akan datang.harap ada sesuatu yang menggemparkan...
    my rate is 4.5/10 :p

    ReplyDelete
  6. ifa xde astro..so xtgk le jwbnya..T_T

    ReplyDelete
  7. alamak terlepas, malam ini tengok epl le pula...

    ReplyDelete
  8. Saya tak tgk ni tapi maybe macam part org betolak2 nak bawang tu semua, mereka patut edit.. Macam Masterchef USA/Australia, sebenarnya macam2 salah n masalah yang timbul tapi part editing tu yang buat kita sebagai penonton sit at the edge of our seats (n kadang2 boleh pilik favourite peserta walaupun its actually a rancangan masak2.. dah jadi macam drama pulak).. so all that is up to the edit department..

    yg pasal chef kasar tu i think ure right, terlalu terikut2 kot.. hmm harap show ni lebihkan personaliti org2 kita sebagai org timur dan bukan terikut2 sgt style "competition" org barat..

    :)

    ReplyDelete
  9. Ye laa kan , pengacara tu tak de experience lagi....harap2x episod mendatang lebih baik

    ReplyDelete
  10. alamak.. tengok review u ni mcm tak best je nak layan.. huhu...

    ReplyDelete
  11. #Ahmad Hisyam :yup,ary malik pun ada..

    #Pharmalif :yup..Indah khabar dari rupa..serius kecewa

    #luqman zakaria:hopefully camtula..now masih setia melayan n menanti episod ketiga pula

    #FaKArePa!n :hik3

    #shahdiana :huhuhuuh

    #Pacifista :harap2 camtu..kalau tidak, memang jatuh rating nya nanti

    ReplyDelete
  12. #Mama Zharfan :hihiih..

    #tiefazatie :nasib

    #Sharinginfoz :cubalah tgk malam ni n nilaikan sendiri..

    #Bella :setuju bella...u pun penggemar masterchef usa kan? tuhla..tak byk wow faktor..skema sgt...

    #hazman aka species1980:hopefully camtula..yerla,event besar,patutnya ambilla yang lebih berpengalaman dan mampu mengacarakan dengan baik

    #madammondoq:hik3...tgkla dulu,manatau kot2 lepas ni better

    ReplyDelete
  13. zura layan bro sbb masterchef series lain mmg zura layan so yg ni zura x lepas peluang gak .. mungkin kekok sbb die x biasa ngan pengacaraan, agaknye byk jugak kena shoot smula he3 xpe masih terlalu awl mcm bro ckp :)

    ReplyDelete
  14. aku baru sempat tengok sekali hari tu.. memang best layan Masterchef ni.. tapi semalam ada cinta elysa terpaksa aku layan cinta elysa dulu hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails