Atas sebab yang tidak dapat dielakkan (Alisya demam), so cabutan undi dibuat oleh Mamanya @ My Wifey tercinta. Tema romantik apa salahnya wifey yang cabutkan pemenang Give Away kan? Inilah pemenangnya:
Yieza.hari ini ,1159 malam akan berakhirnya my give away contest. Alhamdulillah, sambutan agak menggalakkan, sudah 70+ menyertainya.
So,as today is the last day, there will be a surprise too...Whoever yang belum join dan join today, 3 daripada peserta yang join hari ini akan saya pilih secara random melalui undian random.org untuk di Featuredkan di Segmen Tegur Menegur .
Feedback dari yang telah ditegur bolehla juga terjahi di SINI dan SINI . Oh ya, saya masih belum sempat lagi memilih pemenang 5 GTO Pointz untuk komen terbaik Segmen Tegur Menegur last time. Next week saya announcekan ya?
Di Malam Terakhir, MySelangorStory, kami dibawa makan malam di suatu tempat yang agak Istimewa. Setelah agak sesat sedikit, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu :
Pemandangan di Restoran, Cantik dan Memukau
Video Pemandangan di Haven Restaurant
Jom Order, pilihje apa nak makan...hik3..
Udang Kara/Lobster yang menggiurkan, serius sedap dan saya suka
Pilihan saya, Chicken Chop
Pilihan Bella dan ramai lagi, Beef Rib ke ya? hik3,bella abis satu bahagian aje
Diminum bersama Mangga Ais (Yummy,yummy)
Bersama Hot Mama, Yang telah bertungkus lumus menjayakan MySelangorStory ini , Emilia the Superwoman
Jom Makan
Turut dihiburkan dengan Nyanyian One Night Service | Azuan memang minat mamat ni nyanyi, siap mahu minta autograph dan Album lagi (hik3)
Berkongsi Pengalaman bersama MySelangorStory
Kongsi Pengalaman Lagi
Karaoke Session Bersama Kak Ning
MySelangorStory Rocks
Ok, review pasal restoran ini, sebelum saya kasi review, ini feedback yang saya terima dari salah seorang pembaca blog saya iaitu Matjoe untuk entry : Alhamdulillah | Rezeki Contest Lagi dan inilah feedbacknya :
"aku dh makan kat haven ni. tak mahal sgt. just nice. rasa biasa2 jer tp view dia ok. wa tak tau bila nk buat blog entry pasal restoran ni"
Inilah feedback saya pula :
1) I tend to agree with Mat Joe. Mutu Makanan di Haven ini masih boleh diperbaiki lagi. Mutunya saya berikan rating 6.5/10, just nice....Scenerynya memang cantik dan mempesona, memang sesuai untuk bawa seisi keluarga.
2) Some portion of the food are too big especially untuk Orang Malaysia kita. Mungkin portionnya dibuat mengikut size "Mat Salleh", lagipun tak baik membazirkan? Kalau tak cukup, bolehla tambah lagi.
3) Masih kurang Promosi. Kalau tidak kerana MySelangorStory ini, saya pun tak tahu apa itu Haven Restaurant dan Look Out Point walaupun lokasinya tak jauh dari rumah saya.
4) One of the biggest problem is public transport. Tempat ini hanya boleh disinggahi dengan kenderaan sendiri. Umm, kalau pelancong asing mahu datang, mungkin ada yang terkena tipu dengan pemandu teksi nampak gayanya. Tempat ini memang sesuai untuk menarik pelancong asing makan-makan ke sini.
5) Penghibur yang dibawa One Night Service rasanya kurang sesuai. Rasanya kalau ada event, patut ambil penghibur/penyanyi yang turut boleh menyanyikan lagu dalam bahasa melayu juga. Hey ,we are Malaysian rite?
Jamu Selera di Awan pengalaman mempesona
View Cantik , pemandangan selesa pengalaman pertama
Sudah plan mahu bawa Isteri dan Alisya pula
Harap-harap mutu dan rasa makanannya lebih teruja bila disinggahi seisi keluarga
P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di sini? Apa pandangan anda?
Weekend lepas, saya belanja Isteri dan adik ipar berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop. Dah lama mengidam sejak berpuasa, mahu berbuka di sana, rindukan Nasi Ayamnya yang sedap dan ayamnya yang lembut dan menggiurkan.
Roasted Chickennya memang terbaik
Nasi Ayamnya pun sedap
Sambal lada, biasa-biasa aje
Taugeh ni memang favourite, best giler..Tak jumpa lagi yang sebestnya di tempat lain
Desert
Santapan Kami Berempat
Berselera Alisya Makan
Kami order 3 Set Single Chicken Set, harga RM13.99 satu set tidak termasuk tax (Asyik2 kena tax,aduhaii,nak makan pun kena bayar tax)
Feedback Saya : Set nasi ayamnya memang sedap, menepati citarasa, dan saya kasi rating 8.5/10. Cuma, pandangan peribadi, kalau boleh yang set ni, bagilah air selain air berkarbonat, lebih sihat. Ni bila nak tukar kena tambah RM1. Bukan berkira tapi yang lain-lain satu set ni nampak semuanya healthy kecuali airnya (soft drink). Pai Tee nya memang terbaik, Isteri dan saya memang suka sangat.
Restoran ni boleh dikatakan tak sebulan, at least setiap 2 bulan sekali pasti saya singgah. Nasi ayamnya memang terbaik. Teruskannya dan cadangan saya,teruskan promosi dengan lebih berkesan, bolehla cuba Nuffnang, saya pasti, akan lebih pelanggan yang akan singgah/tertarik bila diiklankan di Nuffnang.
P/s : Tak sabar nak balik kampung. Nak merasa Nasi Dagang masakan nenek dan Mee Rebus Terengganu masakan mak. Nyam2, Korang bila balik kampung?
MYSelangorStory : ok let's do this. the 1st 10 complete submission will get CASH VOUCHER for dining at Haven Restaurant at Ampang Look-out Point! :-D
Beberapa hari yang lepas sempatlah saya hantar entry saya [ Cerita Saya | MySelangorStory Contest]dan bila semak balik , submission saya berada di No. 8 rasanya .
Pagi tadi, check e-mail, dapatla e-mail dari MySelangorStory :
Dear all,
Congratulations! You are one the 1st 10 bloggers at Stage 1 of the competition with your entry post completed and published on the My Selangor Story website.
Please ensure that your mailing address in correct in your profile, as we will be mailing the vouchers to you!
Thank you for participating in the competition, and good luck! Hope you make it to the next stage.
Alhamdulillah, bolehla bawa wife makan di Haven Restaurant Ampang (Credit Picture to Vkeong.Com ). Berapa amountnya tak pastila pula, tak kisahla, boleh mencuba restoran baru nanti.
Syukur, semakin murah rezeki berblog ini dan terimakasih kepada anda semua yang tidak putus-putus menyokong Eyriqazz.com. I Love U All.