Showing posts with label adik alisya. Show all posts
Showing posts with label adik alisya. Show all posts

April 8, 2012

Home Sweet Home

Alhamdulillah, Ibu dan baby sudah selamat sampai ke rumah. Tiada komplikasi, kuning,etc.. Welcome home, My Prince :


Iras Papa or Iras Mamanya ya?
Lena tidur, sejak balik ,tak bangun-bangun lagi ni...

Perasan juga, sejak wifey dah bersalin ini, kakaknya @ Alisya memang manja sangat. Nak jalan-jalan ngan Papanya, taknak berjalan. "Kan Alisya dah cakap, Alisya taknak jalan". So, dukungkanlah aja. Normal la kan, anak sulung kehadiran insan/adik .

Terimakasih juga buat semua yang wish sebelum ini. Juga buat SharingInfoz, Mama Zharfan dan Atok Zul yang datang melawat di hospital. 

P/s : Umm, thinking nak namakan Putera sulung ini " Muhammad Izzat Azim". Ok tak ya?

April 6, 2012

Alhamdulillah, Sepasang Sudah

Alhamdulillah, sepasang sudah. Isteri selamat melahirkan anak lelaki, anak kedua kami lebih kurang pukul 4 petang tadi. Komplikasi darah tinggi, jadi terpaksa beranak lebih awal. 2.58kg Adik Alisya ini.
Putera Papa. Umm, nama pun belum ada lagi.Any suggestion nama yang elok maknanya bermula dengan huruf I?
Welcome to the World, My Prince
Serius je...Sedih tengok Isteri bertarung nyawa..
"Papa, Sakitt....Papa, Sakittt..." 

Alhamdulillah, harap-harap besok or lusa dapatla keluar dari Ampang Puteri Specialist Hospital ni. Cepatla sikit boleh buat Aqiqah di kampung . Nampak gaya, kena berpantang dan ditinggalkan Isteri dan anak-anak la dalam 1-2 bulan nanti.

Putera Sulung Eyriqazz nanti
Jepun, Korea,Sepet dan pelbagai lagi
Bersyukur dengan kurniaan Illahi
Terimakasih dan Alhamdulillah tidak terhingga dari kami

April 4, 2012

Alisya Nak Kena Lenyek


TIGA ayat yang BETUL2 buat Mama rasa macam nak LENYEK2 Nurul Alisya Ilyani ...


1-bile MERAJUK, sbb Mama x nak layan dia...."Sya X NAK KAWAN DGN MAMA!!".....sambil berlalu pergi....
2-bile CARI barang, tp X JUMPE...."ANTU AMIK KUT MAMA???"
3-bile Mama MARAH die, sambil NANGIS2 pergi NGADU ke Papanya....."huhuhuhuu.....Papa, DIE (Mama) BUAT Sya!!!" (sambil jari tunjuk kat Mama).....sampai nama Mama pun dh jd die.....aadduuuhaaaii anakku.... -FB Isteri-

P/s : Anak Papa.....Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Hik4....

March 15, 2012

Tilam Kekabu Baby Cute Buat Adik Alisya

Isteri merengek-rengek minta dibelikan tilam kekabu buat adik Alisya . Mula-mula rasa kurang yakin coz ianya di advertisekan di Facebook, takut-takut Scam... Tapi, bila Isteri memberikan kepastian dan yakin, turut-turutkan.... Tak baik hampakan hati seorang Ibu mengandung kan?



Baby boy coming soon...EDD bulan depan
Tilam Kekabu + Comforter + posting etc, RM195
Eyriqazz beli di SINI

Wifey cakap dalam 1-2 minggu sampai tilam kekabu ini. Hopefully, Indah Khabar, Indah Rupa la...If not, faham-fahamla.....

P/s : Tak sabar menanti kehadiran Insan baru..Be a good boy k...Jangan tidur lewat-lewat...Hik3...

December 7, 2011

Adik Alisya yang Semakin Aktif

Beberapa minggu lepas, pergi buat Check up Isteri di Ampang Puteri. Timetu 4 bulan dah kandungan Isteri. Kata doktor, adik Alisya ni @ anak kedua kami makin aktif :

Nampak tak?
Doktor kata maybe Baby Boy...Alhamdulillah, cukup sepasang
Memang aktif pergerakannya...Umm, ni mesti ikut Mamanya...Hik3..
Anak Papa/Mama...Be Good ya....

X sabar menanti hari . Tentu Alisya pun makin seronok, ada kawan untuk bermain di rumah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas Anugerah yang tidak ternilai ini.

P/s : Kalau ada kesempatan, minta tolong Like, Retweet, G+ dan komen entry INI...
Related Posts with Thumbnails