Showing posts with label johor bahru. Show all posts
Showing posts with label johor bahru. Show all posts

November 16, 2012

Mencari Kelainan Cuti-Cuti Malaysia

Minggu ini, bercuti di Johor Bahru. Mencari kelainan, cuti-cuti Malaysia kali ini. Biasanya kami drive ke Johor Bahru bila bercuti di sini. Tapi, kali ini, menaiki keretapi dari KL Sentral ke JB Central station. 

Terserempak dengan satu keluarga dari Terengganu di KL Sentral. Merekapun sama macam eyriqazz, bercuti naik keretapi juga.


KL Sentral

Around 8pagi. Fuhh, banyak teksi beratur mencari rezeki. Di mana ada gula, di situ ada semut kan?


Azim. Demam. Nak tumbuh gigi agaknya
Suasana di KL Sentral menanti keretapi. Keretapi kami pukul 9 pagi
Tak sangka, ada Railway Tourism rupanya. Kurang promosi, baru first time dengar.
Banyak rupanya homestay menarik di Malaysia ini

Perjalananan mengambil masa lebih kurang 6 jam

Mama dan Azim. Cimon budak ofis katanya geram tengok rambut original Azim

Cuti-Cuti Malaysia

Di dalam keretapi
Tiket-tiket...

OK juga naik keretapi ni. Cuma, bosan la juga. Yerlah, 6 jam. Nasib baik ada anak-anak yang sentiasa menceriakan suasana. Sempatlah habis baca 2 buku dalam keretapi tersebut. Overall, percutian naik keretapi ni ada Pro & Cons nya. Kelebihannya, takdela penat sangat drive. Lebih selamat.

Kekurangannya, agak lama la juga dalam keretapi ni. Makanan dalam keretapi pun serius mahal giler. Twisties pun RM4 satu paket. Toiletnya pula agak kurang terjaga, berbau semacam je. Adakah misi Wawasan 2020 akan tercapai kalau pemikiran dan tindakan masih di takuk lama?

Hahaha,asyik membebel la eyriqazz ni. Finally, sampaila di 

Stesen JB Sentral

First time sampai. Kagum, agak moden. Bersih, selesa dan agak meriah juga. On parla jika dibandingkan dengan KL Sentral rasanya.


Pemandangan dari bilik, JB Sentral Hotel. Tingkat 17
Sweet Dream. Besok nak terjah Legoland Malaysia lagi (ketika entri ini ditulis,12.20 pagi)

August 2, 2011

Apakah Nasib Danga Bay?

Bulan lepas sempat bercuti di Johor Bahru. Antara tempat yang sempat kami terjahi adalah Danga Bay. Ini destinasi wajib kalau terjahi Johor Bahru. Suasana cool dan ala-ala funfair .

Kapal .Oh, bilakah dapat beli satu ni?Hik3..
Keretapi Danga Bay. Tak sempat nak bawa Alisya naik
Ni Restoran bergerak kalau tak silap.Perbetulkan kalau silap.Or Cruise?
Dah serik dah naik basikal ni. Mahal giler .RM40 untuk sejam. Dahla kena kayuh sendiri
Alisya dan Abah Tok
Danga Beach. Jom terjah
Funfair.Funfair.


Part yang paling mengecewakan, tempat/lokasi berniaga yang biasanya kami terjahi untuk membeli souvenir dan makan-makan, sudahpun dirobohkan. Disinilah biasanya kami beli souvenir,keychain,fridge magnet,pekena otak-otak Johor dan Ikan Bakar Johor. Kecewa, ianya sudah dirobohkan. Kawan adik ipar yang menetap di Johor Bahru cakap, tempat itu akan didirikan kondominium. Yang mengecewakan lagi, mostly yang bakal membeli adalah Singaporean. Umm, adakah Johor Bahru akan jadi "anak angkat" Singaporean?

Yang menanggungnya sudah semestila penduduk setempat/rakyat Malaysia. Yup, Danga Bay berada di kawasan Iskandar Malaysia . Mostly yang invest untuk Iskandar Malaysia adalah Singapore. Umm, adakah Johor Bahru akan menjadi "hak milik secara tidak rasmi Singaporean"?. Umm, baru saja ditewaskan oleh Singapura untuk kelayakan Piala DUnia, melihat sendiri dari sudut pelancong ke Johor Bahru, umm, entahla...

Terjahi Johor Bahru banyak Singaporean especially di JB City Square. Natijahnya, kos sara hidup yang semakin meningkat coz purchasing power rakyat singapura yang lebih tinggi. Umm,Apakah nasib Danga Bay dan Johor Bahru agaknya ya?

July 15, 2011

JB Central Hotel

JB Central Hotel

Semasa percutian di Johor Bahru bulan lepas, JB Central Hotel menjadi pilihan kami. Ini antara hotel kegemaran bapa/mak mertua eyriqazz. So, as bawa mereka sekali+adik ipar, kami pun booking dan menginapla di sini.

JB Central hotel,memang strategik lokasinya, hanya jalan kaki untuk ke Johor Bahru City Square dan Stesen Keretapi Johor Bahru. Public transport pun mudah. 



Suasana di dalam bilik, Deluxe Superior, satu katil king, satu katil single
Time tu pergi time cuti sekolah, RM170+ termasuk breakfast untuk 3 orang

Amboi,amboi Alisya..Bukan main lagi seronok

View dari bilik. Tingkat 17. Nampak The Puteri Pacific Hotel

Ruang tamu. Hotel ni memang selalunya penuh especially di booking oleh Singaporean/Pelancong asing

Jom breakfast

In term of breakfast, bolehla. Menu tak berapa banyak tapi cukupla untuk mengalas perut. As usual, time breakfast roti bakar dan corn flakes etc, suatu kemestian di mana-mana hotel. Termasukla di JB Central Hotel ini.


Jom Makan

Kadar/harga bilik di JB Central Hotel 2011
JB Central Hotel
Merlin Tower, Jalan Meldrum
80000 Johor Bahru
Malaysia
Telefon No. : 07 222 2833

July 11, 2011

Jalan-Jalan di Zoo Johor, Johor Bahru

Jalan-Jalan di Zoo Johor, Johor Bahru . Baru sempat nak update, ketika percutian di Johor Bahru bulan lepas :

Di Depan Pintu Masuk Zoo Johor, cantikk
Harga Tiket : Dewasa RM3,kanak-kanak RM2.Murah
Di Dalam Zoo Johor. Ada permainan air. Seronok. Tapi tak sempat naik
Jom Jalan-Jalan
Wifey & Alisya. Alisya suka tengok Binatang
Unta. Mundar mandir ke sana kemari
Harimau. Kesiannya. tempat macam kurang selesa baginya
Sang Helang. Moyokje. Sangkar sempit.tak boleh nak terbang bebas
Monyet. Agak stress tgk dia. Kesian
Memancing pun boleh. Ikanla, bukan orang.Hik3
Ni Chimpanzee kan? Nampak macam x happy
Sang Singa. Kurus kering,macam tak cukup makan,stress, dan tak aktif.
Memancing orang lagi best..hik3
Beruang...Kesian beruang...
Orang Utan makan aiskrim. Umm, Siapa yang kasi ni?
Harimau Lagi di kandang lain. Still sempit kawasannya
Persembahan burung kakak tua.Menghiburkan

Overall, on the positif side, harga tiket yang murah, pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati, pelbagai jenis haiwan berada di sini.

On the negatif side, Parking susah, banyak haiwan yang tidak begitu dijaga/kurus,stress, dan keadaan sesetengah kandang yang kotor dan berbau. Umm, need to improve more especially bak hal ehwal binatangtu. Banyak binatang yang stress dan tidak dijaga dengan sepatutnya.

June 15, 2011

Mee Bandung Muar|Food Court Plaza Angsana,Johor Bahru

Semasa bercuti di Johor Bahru last week, sempatla terjahi Plaza Angsana. Sempatla lunch di food Courtnya :

Mee Bandung Muar pilihan saya.Sedap juga...Lain dari yang lain
Yummy, Nampak pun dah sedapkan?

Mee Bandung Muar memang terasa kelainannya. Ada sedikit rasa masam-masam dan pedas. So far, met my expectation.Especially part telurnya itu,memang nampak menggiurkan. Teringat citer MasterChef USA.

Otak-Otak Johor pun boleh tahan. Tapi, saya lagi prefer Otak-Otak terengganu. Lebih terasa ikannya.Otak-Otak Johor agak kenyal skit.
Mee Hun Soto, pilihan Isteri,sedap juga
Jom Makan...
P/s :Sebut pasal makan, sebelum makan sebaik mungkin (tujukan kat diri sendiri especially) , bolehla  Semak status HALAL secara Online dan SMS
Related Posts with Thumbnails