Showing posts with label restoran istana bambu. Show all posts
Showing posts with label restoran istana bambu. Show all posts

February 16, 2011

Restoran Istana Bambu | Best Tapi....

Akhirnya, kami terjahi juga Restoran Istana Bambu. Tunaikan hasrat isteri untuk bawa ke tempat yang special dan juga ingin mencuba sendiri selepas feedback dari entry Restoran Istana Bambu | Buat Saya Teruja . Inilah pengalaman dan review dari saya berkenaan Restoran ini :

View dan tempatnya memang cantik
Santai dan cahaya yang agak romantik

Alisya lapar ni Papa
Dapat juga booking tempat yang bersila

Actually, tempat yang bersila ini hanya boleh booking untuk 4 orang ke atas. Kalau 2 orang tak boleh.Tapi masa saya telefon, saya mention, saya blogger dan saya nak review restoranni. Terus dia kasi kami tempat bersila ini. Hik3, who said pengaruh blogger tak kuat?


I Really Love this picture
Menanti Makanan
View dan Suasananya memang santai. Marvelous
Pilihla ikut selera. Better booking dulu kalau mahu tempat/view yang cantik
Memang Santai cantik suasananya
Makanan Pun sampai . Seafood tomyam RM20 , Sambal Cili Sotong RM16, Telur dadar RM8, nasi RM2 each, Air Buah RM6.90 each. Total RM68.80

Honestly, makanannya memang sedap dan menepati citarasa. Cuma, sedap tapi harganya agak mahal rasanya. Bukan within our budget la but for this special occasion saya terjahi jua. Umm, for ourself ,tempat ini akan kami terjahi on special occasion only, kalau selalu, memang boleh kopak poket ini. Namun, lain padang, lain belalang kan? Mahal pada saya, mungkin berpatutan pada orang lain. Servis nya agak pantas juga, saya sampai before 8pm so tak ramai sangat orang time ni.

Kalau kurang dari 4 orang, inilah tempat makan..

More pictures yang sempat diambil di Restoran ini, bolehla terjahi Facebook Eyriqazz

Restoran Istana Bambu
Alamat : Lot 841-842 Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor. (tak jauh dari Zoo Negara)
Phone No : 03-42514717

Total experience :

Taste : 8/10
Price : 6/10
Ambience : 9/10
Service :8/10
Value for money :6.5/10

P/s : Tepuk dada, tanya selera. Tak gitu?

August 31, 2010

Restoran Istana Bambu | Buat Saya Teruja

Inilah gambar yang diforwardkan oleh Cimon berkenaan Restoran Istana Bambu yang diambil oleh AzmanShah.com . Bolehla refer entry dari Azman Shah ini di sini [ Restoran Istana Bambu ] . Betul-betul buat saya teruja dengan design dan layoutnya restorannya yang cantik dan ala-ala kampung. Jom layan gambar-gambarnya :

Santai dan Mengujakan

Wah, Meriah

Cantik dan Menawan Hati

Check Official websitenya [ http://www.istanabambu.com.my/main.html ] dan inilah Alamat restoran ini :

 RESTORAN ISTANA BAMBU www.istanabambu.com.my
Lot 841-844,Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang,Selangor


Umm, memang dekat sangatlah dengan rumah saya. Ni yang buat teruja nak terjah ni dan inilah details lain :


Menu Makan: Makanan Thai, Chinese, Malay dan Western.
Buffet - 7.00mlm hingga 9.00 malam
Ala Carte - Selepas pukul 9.00 malam
Harga: Dewasa - RM 49 seorang, Buffet
Kanak-kanak - RM 29 seorang, Buffet (umur 4 hingga 12 thn)


Harga Buffer Ramadhan pun RM49 juga, rasanya not badlah harganya. Nantilah discuss ngan wife , manatau boleh Paww dia, besokkan dia dpt RM500 Duit Raya Kakitangan Kerajaan . Tapi hati ini memang teruja bila lihat gambar-gambar di atas.


P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di Restoran Istana Bambu ni tak? Amcam, Ok ke makanan di sana?
Related Posts with Thumbnails