Showing posts with label restoran sekinchan ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label restoran sekinchan ikan bakar. Show all posts

January 12, 2012

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jalan Genting Klang

Selepas sesi Food Review di Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa , beberapa minggu lepas tu sempatlah singgahi Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jalan Genting Klang pula. On the way balik rumah, singgah for dinner :

Restoran Sekinchan Ikar Bakar, Jalan Genting Klang, KL
Bersebelahan Mcd Jalan Genting Klang dan Shell
Suasana di dalam. Umm,kenapa tak ramai orang?
Honestly, saya memang skeptical kalau singgahi di Restoran yang tak ramai orang. Mulala fikir negatif
Tengok Ikan. Umm, terus tak teruja bila tengok harga
Ikan Keli RM10 seekor? Biar tembikai...
Order Air La dulu..Airnya memang sedap

To cut the story short, kami tak order ikan bakar. Kami order makanan yang lebih ekonomi dan kena dengan citarasa dan poket kami :


Nasi Lemak. Rm2.50. Saya suka. Sambalnya sedap
Nasi Goreng Udang. Boleh tahan . Harga , RM8
Total = RM14.80 . Hik3, nasib baik tak order Ikan Bakar. Kalau tak at least RM30+ kot

Once again, ini entri ketiga saya berkenaan Restoran Sekinchan Ikan Bakar. entri pertama memang tak puas hati, entri kedua dah nak improvement. Improvement dah nampak cuma still boleh improve lagi especially in term of harga dan rasa. Honestly, in term of rasa masih banyak yang boleh diperbaiki. Ini bukan feedback saya seorang, tapi juga dari rakan-rakan sekerja yang pernah singgah di Restoran Sekinchan Ikan Bakar .

Tapi, nasi lemaknya memang sedap bagi saya. Harga pun murah. Air di sana pun saya suka. Well, hopefully akan ada  lebih banyak improvement yang lebih positif especially in term of harga, agar apa yang berlaku kepada "Restoran Nasi Lemak Antarabangsa" tidak berlaku kepada Restoran Sekinchan Ikan Bakar ini. 

P/s : Semak Cuti Umum 2012 satt, tetiba terasa mengidam la pulak nak pekena Ikan Bakar Umbai.

November 14, 2010

Celebrate Birthday di Restoran Sekinchan Ikan Bakar @ Centrum Setiawangsa

Baruje pulang dari dinner , Isteri belanja Makan @ Celebrate Birthday di Restoran Sekinchan Ikan Bakar @ Centrum Setiawangsa. Ini gara-gara cerita Jalan-jalan Cari makan yang review restoran ni best. So, kami pun terjahlah dan inilah pengalaman/review dari saya   :

Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa

Ikan-Ikan, RM7 100 gram? First impression, macam mahal.

The Menu
Cantik gambar depan menunya

The Food

Oklah, ini review ikhlas saya . Bukan berbayar ya. First impression masa sampai kenapa tak ramai orang? Bukanke hari ni weekend? . 2nd impression, laa ,nak duduk kat tempat special pun kena by booking only? Nasib baik my negotiation skills masih bagus, dapat la duduk sana.

3rd impression ,Wow ada wifi.Good.

4th Impression, memang lapar, skip lunch dan tertidur petang tadi for this special moment. But, Indah Khabar dari rupa. Menu seafood hanya boleh hidangan bakar saja. So, that mean, No Butter Prawn, No Sotong Celup tepung etc...Dussh, kecewa satu.

5th Impression, try the food. Ikan bakar,sotong bakar, udang bakar...Umm, Just OK.Tidak la sesedap seperti digembar-gemburkan dan jika dibandingkan dengan Umbai, Muara Sungai Duyung, mahupun gerai thai di Setapak, jauh panggang dari api. Rating saya , 6/10. Rasa pelik pula macam mana boleh keluar di Jalan-Jalan Cari Makan?


6th Impression, In term of harga, quite mahal n Not up to the standard.

Last but not least :

The Cupcake taste better

Adakah saya akan singgah lagi di sini? Umm, yes kalau mutu makanannya diperbaiki di masa hadapan.I don't mind the price but it must go hand in hand with the quality. Really spoil my "Birthday Celebration" .If i know, better  I go to Haven Restaurant, at least the food taste better n view pun cantik dan menarik.Oh, please improve on the quality of food.

In term of service, rasanya ok saja. Cepat juga sampai, mungkin coz tak ramai orang kot. Apapun, lain padang, lain belalang. Mungkin citarasa orang lain ,lain pula kan?

P/s : Apa pula kata anda, pernah singgah di Restoran ini? Apa pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails