March 29, 2010

Trafik Konsisten Pertama Kali

Salam dari eyriqazz. Minggu lepas, saya bereksperimentasi dengan blog saya sendiri. Saya kurangkan berblogwalking dan cuba letak entry yang lebih pelbagai bagi melihat potensi entry. Hasilnya, inilah yang berlaku :

Trafik Konsisten Pertama Kali

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun perasan hebat. Lagipun, seperti anda tengok sendiri, mana hebatnya pun kan? Trafik harian pun kurang 550 unique sehari. Saya cuma ingin berkongsi pengalaman peribadi, mungkin boleh membantu dan memberikan inspirasi kepada sesiapa yang mahu melihatnya dari sudut yang positif. Saya pun masih baru disini, jadi marilah sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman.

Minggu lepas eksperimen yang saya lakukan adalah :

1) Saya kurangkan berblogwalking . Saya cuba untuk melihat dan menilai potensi blog saya ini tanpa blogwalking . Saya mahu lihat berapa loyal reader tanpa blogwalking seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan.

2)Entry yang pelbagai dan entry mencuba. Di sini saya dapat lihat di mana entry yang berpotensi untuk dikembangkan dan entry yang kurang diminati. Jadi, mudahlah untuk saya perbaiki mutu penulisan di kemudian hari.

3) Menulis sekurangnya 2 entry sehari. Ada perubahan di sini.

Jadi, tips yang saya ingin kongsi melalui pengalaman peribadi di sini adalah :

Blogging Tips

1) Pelbagaikan entry dan cubalah bereksperimen dengan entry anda. Lihat entry macam mana yang digemari dan kurang digemari. Gunakan Nuffnang Analytics dan juga Analytics yang lain untuk menilai potensi seperti Google Analytics, dan GetClicky Analytics.

2)Lebihkan entry di hujung minggu. Mungkin ramai yang cakap hujung minggu susah nak dapat hits kan?Inilah pertama kali hujung minggu saya hits berjaya menyaingi hits di hari biasa. Kenapa ye? Pandangan saya, hujung minggu tak ramai yang update blog jadi anda sudah ada kelebihan di sini. Blog anda lebih terserlah dan mudah untuk di terjah. Hujung minggu pun, mesti ada juga yang lepak di depan komputer kan?

3) Konsistensi dan jangan mudah mengalah. Biarlah anda dengan cara anda tersendiri dan perbaiki kelemahan diri.

4) Bermain dengan SEO (Search Engine Optimization ). Sayapun kurang arif dengan SEO ni namun saya sedang mencuba. Alhamdulillah, sekarang ni sudah nampak perubahan. Walaupun kata orang, blogspot agak susah untuk bermain dengan SEO, itu bukannya penghalang. Banyak tips dari Melromeo telah membantu saya dalam permainan SEO ini.

P/s : Apa pula pandangan anda? Mana yang anda suka, trafik konsisten ataupun trafik naik turun seperti yo-yo?

P/s/s : Ada sesiapa mahu menambah? Berkongsi tidak akan mengurangkan ilmu yang kita ada. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita perbetulkan niat.InsyaAllah, niat yang baik , akan baiklah balasannya.

P/s/s/s : Blogwalking seperti biasa akan diteruskan kembali.Blogwalking pun salah satu promosi berkesan untuk blog jika kena dengan caranya.

66 comments:

  1. okla bro. nanti gua nak amalkan..
    1x update utk sehari dah kira berat dah..
    takut reader tak dapat catch up..

    ReplyDelete
  2. waa...bestnya.
    tahniah bro..takyah blogwalking pun boleh maintain..

    ramai loyal readers ni.. (salah satu ni)

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan Lebihkan entry di hujung minggu. Dulu2 masa aku rajin, mmg trafik tinggi gak wlupun weekend. tapi sekrg makin turun..turun..turun..tak larat dah aku nk kejar..hehe

    ReplyDelete
  4. alamak... post dni jam 4 nanti pon mengenai traffic... kantoi buat auto puslish.. hiksss..

    tahniah encik eyriqazz! anda memang terbaik :)

    ReplyDelete
  5. thanks 4 d tips eyriqazz.bguna btul sume tips2 kamu :)

    ReplyDelete
  6. wahhhh.. tips lagi.. best2!!1 mekasih ye..:)

    ReplyDelete
  7. saya tak setuju yang hujung minggu tu. hehe.

    lagi satu saya tak berapa nak reti semua function dalam google analytics tu, banyak sgt. yang basic punya saya faham lah. boleh set up goal semua tu tak reti ar. bro reti?

    ReplyDelete
  8. kalo blogwalking + entry..pasti lagi mantap hasilnya..dok gitu?

    ReplyDelete
  9. sayapun tgh nak konsistenkan traffik bang...tgh eksperimen satu benda ni...

    ReplyDelete
  10. tahniah 4 the konsisten trafik, kira hebatlah tu dah konsisten w'pun tak buat blogwalking ;)

    and..thankz 4 nice tips ;)

    ReplyDelete
  11. patutlah minggu lepas tak nampak bayang incik eyriqazz ni dekat kuehtart.com
    hehhe

    ReplyDelete
  12. fuhh, 4 ratus dh kira tinggi, tp blum cukup nk dpt advert job. tp buffer mmg tarak hal bleh dapat. thanks for the information sharing. tip blogging mmg byk, tak terbaca dan tak terbuat.

    keep on blogging bro

    ReplyDelete
  13. bro..SEO tu mcm mana ye??? lama gak nak dpt kan income dr nuff ni..hu3

    from: sy budak br belaja..hu3

    ReplyDelete
  14. wah dah maju~
    gila berblogging la skrg~

    ReplyDelete
  15. tahniah.. saya pun sedang mencuba utk mengapat trafik konsisten setiap hari.. tp sgt payah utk hujung minggu.. tp akan tetap terus mencuba.

    ReplyDelete
  16. wah! 5 hondrod tuh!

    Mine 300 pn x lepas lagi.. kena gigih berusaha!

    ReplyDelete
  17. hujung minggu lepas
    online dengan iphone je
    mana boleh nak berblogwalking
    cume post 2 entry sehari
    dan pomot kat facebook n twitter skali

    stat maintainnnn
    ;)

    ReplyDelete
  18. akan ku cuba untuk mendapat trafik sebegitu....

    ReplyDelete
  19. Tips yang bagus terutama bermain SEO...aku selalu bayangkan kalau kita boleh buat 1 entri yg dapat visitor 200-300 sehari. Kalau ada 10 entri yg macam tu..pak cik kayo trafik lah...setakat ni aku baru ada 1 je entri yg dilawati 200 - 300 pelawat setiap hari...alhamdulillah

    ReplyDelete
  20. Luth Textile :betul juga tu.Lain padang lain belalangkan?

    ReplyDelete
  21. From The News :terimakasih .Teruskan menyokong.

    ReplyDelete
  22. Kancilbiru :apa lagi,upgrade la.Pakai vios ke.Hik3

    ReplyDelete
  23. ardinihumaira :terima kasih.apa salahnya kan?sama-samalah kita berkongsi.

    ReplyDelete
  24. JARD :thanks.JARD pun apa kurang. mungkin lagi hebat kan?

    ReplyDelete
  25. stormz :terimasih.sama2la berkongsi kan?

    ReplyDelete
  26. Yob Sumo :kenapa tak setuju ye?boleh tambah pendapat anda?

    Saya pun tak pandai.gunakan yang basis saja.At least tahu yang mana keyword menjadi terjahan selalu kan?

    ReplyDelete
  27. bean Moreno :eksperimen apa tu bean?kongsi-kongsila...

    ReplyDelete
  28. Sendra : Hak3,selalu je singgah. tak sempat tinggal jejak ..

    ReplyDelete
  29. Matjoe :sama2..takper,skit2 lama2 jadi bukit kan?

    ReplyDelete
  30. Elya Elmo :SEO tu carian di google,yahoo dan sebagainya.boleh tgk di blog melromeo.blogspot.com .Byk tips ada disana.terbaik punya

    ReplyDelete
  31. ayu : hik3,nick baru ke ni?umm,gila terjah skang dpt giler blogging pula.hik3,terima kasih

    ReplyDelete
  32. wahh bagus2~
    saye nye blog x penah konsisten
    hehh

    ReplyDelete
  33. Kaseh Nazlieza :Sama-sama.Sharing is Caring kan?

    ReplyDelete
  34. joegrimjow :syabas diucapkan.anda pun apa kurangnya.follower beribu-ribu

    ReplyDelete
  35. maslinamansor :usaha tangga kejayaan.chaiyok2

    ReplyDelete
  36. denaihati :wah,teruja denaihati datang melawat.haah,betul tu. saya pun kena blajar dengan denaihati. mesti dia terror pasal SEO,yerla contestpun byk pasal SEO.nanti kasi2lah tips lagi ya?

    P/s :bila nak buat contest lagi.dua2 sebelum ni tak sempat join

    ReplyDelete
  37. Ery Farieha :teruskan usaha.dimana ada kemahuan di situ ada jalankan?

    ReplyDelete
  38. bagus la bro... gua pon nk try gak la

    ReplyDelete
  39. fewwit mantap gila. aku bz ssgt xleh nak update selalu

    ReplyDelete
  40. tahniah... tak nak cakap ke berapa income per month... ada rm100 to rm200 kot kurang2

    ReplyDelete
  41. Haha tak setuju sebab, Hari hujung minggu memang tak ramai orang. KENYATAAN. walaupun tak ramai update so entri kita je ada, tapi still tak ramai orang. haha. itu je pendapat saya. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  42. wah mmg berbaloi dgn usaha bro selama ni.syabas syabas syabas :)

    ReplyDelete
  43. Kanip :cubalah..tak cuba tak tahukan?

    ReplyDelete
  44. ARC :hang punya pun mengancam..tak update slalu pun still maintain trafik

    ReplyDelete
  45. Sharinginfoz :income?lepasla makan kfc..hik3

    ReplyDelete
  46. Yobsumo :setuju dengan tak ramai orang tu..tapi still beribu2 orang online setiap weekend...cam melz dan cik epal..walaupun weekend trafik jatuh,tapi still cecah seribu...

    apapun,lain padang lain belalang..mungkin minggu ni boleh try eksperimen ni lagi...

    ReplyDelete
  47. Izzahfarhana :terima kasih...ala,izzah pun apa kurangnya kan?

    ReplyDelete
  48. cikti dari segi konsistensi agak kurang sebab kadang2 xdan nak intai blog..

    so,,ntry pon,,maybe dua ntry je sminggu,.

    tapi xpela.merangkak slow2.,

    ReplyDelete
  49. UNIQE visitor ni sape ah? i ni baru bljar blogging jugak.

    ReplyDelete
  50. salam gto...hemmm nak ajak datang weekend..selalu akak bzz lah..kdg-kdg ikut cik abg gi tournment bowling..nantilah klu anak akak kawin akak jemputlah yer

    ReplyDelete
  51. waahh...mmg ramai org2 loyal msuk blog nih..tahniah ye! keep updating ur blogg! klu x, nti ramai org kucewa...hehe

    ReplyDelete
  52. ok akan dengar kata, buat entry on weekends!

    ReplyDelete
  53. Perghh..banyak sungguh ilmu yang dapat dibelajar dari Cikgu. terima kasih cikgu..hehe

    ReplyDelete
  54. salam,

    walawei ramainya huhu. tahniah bro!

    ReplyDelete
  55. nice tips! hehe.. b'guna utk sy yg trafic blognyer asyik turun naik...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails