Showing posts with label pv13. Show all posts
Showing posts with label pv13. Show all posts

October 19, 2011

(Gambar) Platinum Victory 13/PV13

Alhamdulillah, rumah baru kami @ Platinum Victory 13/PV13 di Setapak sudah berjaya disewakan weekend lepas.RM1,600 sebulan partly furnished kepada keluarga melayu bekerja di KLCC. Inilah gambar yang sempat saya ambil di Platinum Victory/PV13 ini :

Kondominium berwarna kuning
Di Tingkat 3A terletaknya Swimming Pool & Playground
Mujurla sempat membelinya 3 tahun lepas. Kalau ikutkan harga semasa kini @RM400K+ memang diluar budget kami
Playground. Di depannya PV14 dalam pembinaan. Memang laris projek Platinum Victory ini
Bukan main gembira lagi Alisya dapat bermain-main di sini
Swimming Pool. Memang nampak agak ekslusif. Sempatla mandi manda pertama kali weekend lepas
Di Sebalik Swimming Pool, Antara 2 Darjat
Tempat untuk kanak-kanak. 0.6 Meter.
Lepasni bila dah ramai yang masuk, sure penuh swimming pool ini

P/s : Semoga tertunailah hasrat di hati untuk memiliki rumah ketiga sebelum usia mencecah 35 tahun. Nak kena lebih banyak berguru dengan AbangEnsem ni.

P/s/s : Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

October 9, 2011

Antara 2 Darjat


Di Sebelah sudut, Condominium yang berharga almost setengah juta, tersergam Indah
Si Sebelahnya pula, Apartment kos rendah semakin dimamah usia
Tak lupa juga, penginapan sementara pendatang asing
Oh, Inikah Antara 2 Darjat di Kota Raya KL?

Jarak antara Kondominium,rumah kos rendah, dan rumah pendatang asing hanyalah dipisahkan beberapa ratus meter oleh pagar. Umm, semakin besar jurang perbezaan antara yang miskin dan kaya. Oh, adakah Malaysia akan menjadi seperti Indonesia dan rakyat sendiri terpaksa mengemis untuk sesuap nasi? Harap-harap ianya tidak terjadi...

Pemandangan dari sini memang memberikan satu pengajaran buatku untuk lebih rajin mencari rezeki untuk keluargaku. 

P/s : Dah lahir dalam miskin bukan salah kita, tapi kalau mati miskin, tinggi kemungkinan salah kita sendiri! - Ayat dicilok dari entry Mat Joe

September 18, 2011

(Sneak Peak) Rumah Baruku

Alhamdulillah, semalam dah pergi ambil kunci rumah baruku. Syukur, hartanah untuk masa depan anak-anak dan tercapai juga cita-cita kami untuk memiliki 2 buah rumah sebelum umur cecah 30 tahun. Wish 2 more before we turn 35.


Masih Kosong
Nampak la juga KLCC dan Menara KL dari rumahku
Masih lagi sunyi
Serba kuning
Swimming Pool masih belum boleh guna lagi
Mesti Alisya teruja nak mandi sini nanti
Pemandangan pun agak cantik
Playground..Masih lagi basah rumputnya selepas hujan

Ilmu Hartanah? Umm, saya masih hingusan di arena ini. Kalau betul-betul mahu belajar ilmu hartanah, saya rekomenkan Blog INI dan INI. Banyak tips menarik berkenaan hartanah dari beginner sampailah Pro dikongsikan di sana. 

P/s : Hidupkan Untuk Memberi, Jangan Jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit, InsyaAllah dimurahkan rezeki.

August 12, 2011

Harga Rumah semakin melambung tinggi


PV13 Lake City Phase 3 Setapak ini kami beli pada harga RM268K, 2 tahun lepas. Now dah almost siap, kunci mungkin akan diterima akhir bulan ini. Sejak saya iklankan untuk disewa di Mudah.My bulan lepas, berpuluh-puluh panggilan saya terima untuk menyewa/membeli Condo ini.Especially dari agent.

Agent inform, harga semasa Condo saya ini jika dijual lebih kurang RM380K-400K. Fuhh, peningkatan lebih RM100K dalam masa 2 tahun? Nasib baik saya sempat beli rumah ni dua tahun lepas.

Umm, betulla. Harga rumah di KL sekarang ni semakin melambung tinggi. Semakin ramai yang tidak mampu untuk membeli rumah . Apakah faktornya ya?Spekulasi,demand? Kena tanya Abang Ensem camni. 

P/s : Terjahila blog Abang Ensem kalau mahu belajar selok-belok ilmu hartanah. Banyak tips-tips menarik dikongsikan di sana. Kata pepatah, better late than never kan?

August 6, 2011

Bila Nak Dapat Kunci Rumah PV13


Bila nak dapat Kunci Rumah PV13? Alhamdulillah, dah telefon developer dan katanya by hujung Bulan ni/August 2011 dah boleh ambil kunci. Bolehla renovate apa yang patut untuk disewakan rumah ini nanti.

Kunci belum dapat, dah banyak call saya terima dari agent/potential tenant. Mostly agent la. Potential tenant mostly student. UTAR especially. Weekend lepas pun baruje saya rejectkan potential tenant yang dibawa oleh Agent. Mereka dah ready nak kasi deposit dan move in walaupun renovation tak buat lagi.

Saya terpaksa tolak coz wifey tak suka ngan potential tenant. 8 orang student Chinese lelaki dari Penang . Almaklumlah, kalau student lelaki yang tinggal ramai-ramai, faham-fahamla, potensi untuk rumah tu kurang terjaga/rosak adalah tinggi.

Bak kata Abang Ensem, better rumah tidak disewakan dari mendapat penyewa yang kurang OK.Thanks Abang Ensem, nanti belanja la saya berbuka puasa pula ya?

Anyway, kalau anda ada rakan-rakan yang berminat nak menyewa rumah PV13 saya bolehla contact or e-mailkan di iman1237@hotmail.com ..Sedikit info pasal Condominium yang ingin saya sewakan ini, rasanya Bulan Oktober 2011 dah boleh masuk :

Rumah/Condo untuk Disewa/Rent

PV13 @ Lake City Phase 3
Lokasi : 7th Floor, view mengadap KLCC, Jalan Genting Klang, Setapak
Bilik : 3 bilik + 2 common room bakal direnovate menjadi 4 bilik + 1 Common room
Keluasan : 1,313 Square Feet
Partly furnished : Kami akan furnished dengan Kipas syilling, Water heater, peti sejuk dan mesin basuh. 
Termasuk dengan 1 Car Park
Harga sewa : RM1600 (negotiable)

Memang tak rugi beli rumah ni kan? Baruje dua tahun lepas membeli, value rumah ni dah naik almost RM100K. Oh, kalaula saya ni Jutawan Hartanah macam Abang Ensem, sure saya beli rumah lagi.

P/s : Beli rumah lagi bagus dari beli kereta?Setuju tak? 

July 1, 2011

Tips Sewa Rumah Baru|Any Suggestion?


Alhamdulillah, my 1st house Lake City Phase 3/PV13 dah almost siap. Maybe dalam hujung bulan ni boleh dah terima kunci rumah. Semalam dapat call dari agent hartanah (mungkin dapat nombor saya dari developer rumah yang saya beli tu). Dia berminat untuk jadi agent untuk sewakan rumah saya itu. To cut the story short :

1) Kadar sewa disitu yang boleh dicarikan adalah lebih kurang RM1,500-1,700 (positif cashflow for us lepas ditolak instalment+maintenance fees).
2) Agent akan shortlisted dulu bakal penyewa
3) All documentation mereka akan uruskan.
4) Charge mereka, 1 month rental sebaik berjaya sewakan rumah.

*Anyway, my condo on 7th floor facing KLCC dengan keluasan 1,313 square feet. 3 room with 2 ruang tamu mungkin akan diconvertkan menjadi 4 bilik + 1 ruang tamu.

So now, I am looking for any suggestion as ini kali pertama saya bakal sewakan rumah.  Any tips on sewakan rumah baru i.e. :

1) Patutkah saya iklankan sendiri or guna agent? Which one better?
2) Tips memilih bakal tenant agar dapat elakkan perkara tak diingini in the future i.e. payment lewat, rumah rosak, etc...
3) Any other things to do to make my house more presentable/easier to let?
4) Any suggestion?

Umm, kena minta pendapat Mat Joe dan AbangEnsem juga ni...Mereka sure arif bak2 ni..Kata pepatah, more brain are better kan? So any suggestion,recommendation, link menarik untuk dikongsi pasal tips sewa rumah ni dialu-alukan. Maybe saya akan kasi hadiah untuk tips2 yang terbaik....
Related Posts with Thumbnails