February 20, 2010

Percutian di Melaka | Pengalaman Yang Mengujakan

Baru sempat nak update percutianku di Melaka.Pergi Melaka memang best.This time, hanya nak letak random gambar dan serba sedikit descriptionnya , gambar  lebih detail next time ye as ada pembaca yang bertanya apa yang best di Melaka dan dia bercadang nak pi Melaka next week  :


Beca Berhias Melaka

Tak lengkap rasanya kalau pergi Melaka tak naik Beca Berhias Melaka. Memang best terutamanya kalau naik time petang, dengan angin yang sepoi-sepoi sambil melihat pemandangan bandar Melaka.Harganya minimum RM10 rasanya . Kalau nak pusing-pusing jauh, RM30 kalau tidak silap.

 
Menara Taming Sari (The Only Rotating Tower In Malaysia)

Huhuhu,3 kali datang Melaka still tak sempat naik Menara Taming Sari. Ramai giler orang beratur, jadi kami batalkan niat.Takpe ,Melaka pasti kusinggahi lagi suatu hari nanti. Boleh aku minta Ween blanje makan.Amcam Ween , boleh ?

Nak naik Menara Taming Sarini hanyalah RM10 untuk dewasa dengan syarat ada bawa IC.Huhuhu,rasa tak lengkap pi Melaka ni tak sempat naik menara Taming Sari.

Heritage House di dalam Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Di sinilah tempat menarik untuk membeli souvenir dibawa pulang.Baju-Baju, dodol, kerepek-kerepek dan banyak lagi pilihan yang semuanya menarik. Kalau singgah, Heritage House memang menjadi kemestian.Harganyanya berpatutan.

Melaka River Cruise

Fuhh,memang best naik Melaka River Cruise nih.Melihat pemandangan dan santai je rasanya.Seronok sampaikan :

Alisya pun marah kenapa dah nak habis pusing

Selain tu, jangan lupa singgah di sini juga :


Taman Mini Malaysia & Mini Asean

Memang best tempat ni.Di sini ditempatkan tradisi dan rumah-rumah dahulu mengikut negeri seperti Selangor,Terengganu dan lain-lain serta pameran pakaian tradisi di setiap rumah tersebut.Kami tak sempat nak tengok Mini Asean kerana ada renovation. Kalau datang time cuti sekolah ataupun cuti awam, memang bernasib baik kerana selalu diadakan :

Persembahan Tarian Tradisional

Memang meriah dan best. Banyak tarian yang dinyanyikan.Ada tu yang tak pernah kusaksikan seperti tarian Awang Gendut kot.Hik3,nanti ada masa aku updatekan detail ye.

Satu lagi, kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai kan? Tempat makanan laut yang cukup famous dan sedap. Kalau singgah Melaka tak singgah Umbai memang kerugian besar.Kami pun plan la pi Umbai namun tersesat jalan dan dah lewat malam ,jadi kami pergi di Muara Sungai Duyung :

Siakap Bercili
Udang Masak Pedas

Inilah antara lauk yang kami order.Walaupun tak pergi Umbai, Muara Sungai Duyung ni menjanjikan hidangan yang lazat juga.Punyalah ramai orang sampai ikanpun hanya tinggal siakap dan ikan merah masa kami sampai. Sedap,kawan kami yang pernah pergi both Umbai dan Muara Sungai Duyung mengatakan dua-dua tempat ini best, cuma di Umbai lebih banyak gerai makan.Di Muara Sungai Duyung ada dua gerai saja.Tapi, memang menyelerakan.Aku kasi rating 9.5/10. Sedap sehingga habis licin dan akan kusinggahi lagi Muara Sungai Duyung dan akan kukunjungi Umbai juga.

Memang percutian yang santai dan menyeronokkan.Tengok sajalah :

Alisya pun suka dan gembira

Memang tak puas berjalan di Melaka.Walaupun bandar kecil, perjalanan 4 hari 3 malam rasa cam tak cukup je.Banyak lagi tempat yang belum kami jelajahi.Huhu,takper,lepas ini akan ku terjahi bandar Melaka lagi. Terjah tetap Terjah !!

P/s :Anda pula bagaimana? Tahun ni bercadang nak bercuti ke mana? Kami plan nak pergi ke Langkawi, Cameroon Highlands, dan Sabah pula lepas ini. Cuti-Cuti Malaysia pun menjanjikan keseronokan.Jimat wang ,hati tenang, gembira sakan. Betultak?

P/s/s : Seronokkan kalau dapat bercuti selalu?Lapang je fikiran dan menenangkan minda.Namun, semakin hari semakin mahal nak bercuti, gaji tak naik mana namun kos sara hidup, alahai, takut dibuatnya.Aku bersyukur kepada Tuhan atas rezeki yang dikurniakan.

29 comments:

  1. memang seronok kan dapat bercuti... hmmm bilalah nak pi cuti ni asyik busy aja buat masa sekarang...

    Sogo Sale Lagi….

    Nuffnang Dapat RM2,684

    ReplyDelete
  2. betul betul...kena planning betul2 sbb nak bercuti pun melibatkan kos yang tinggi...ish ish...anak ayah betul alisya yer...hehe

    ReplyDelete
  3. erk, ween yg memang menetap kt melaka pun belum pernah naik taming sari & river cruise. HAHA T___T

    belanja? tunggu dpt cek dr Nuffnang, hoyeyyy :D

    ReplyDelete
  4. melaka mmg best for travel...
    2thn I dok melaka coz of study...
    penat dah jln2 kat melaka..
    tmpt yg plg I suke pg is heritage gallery kat dp megamall...
    lawa2 brg2 yg ader kat ctu...
    best sgt...
    huhu...

    ReplyDelete
  5. bulatnya mata alisya,.

    comel sgt,.

    ikot mak dia ke ayah dia tu ek.,

    ReplyDelete
  6. ena yang kg di melaka pun tak abis lg nak ronda2 bandar melaka tu

    ReplyDelete
  7. uhhh byk duit pegi melancong
    tak nak bwk sekali ke??

    ReplyDelete
  8. wohooo...bestnya jenjalan...lg2 tang makanan tuh, udang tuh nmpk sodappp...burppp....

    ReplyDelete
  9. best best!! jeles deh..fiza kat melaka duk rumah jek tym cuti nie..huhu..neway,klu dtg melaka,ajakla fiza cuti sekali..fiza kan kat melaka..hakhak :P

    ReplyDelete
  10. nice blog la. sangat ramai followers! great job! kalahkan otai2 blogger lepas nie.

    ReplyDelete
  11. garang nye muka alisya... hehehhe tapi tetap comel.. mak saya orang melaka, tapi saya jarang sangat pi bandar melaka tu!

    ReplyDelete
  12. bestla dpt jln2. ijan ni student g. duit xckup klu nak jln2 jek.hihi

    ReplyDelete
  13. haish , asek bace melaka .
    mule2 ok lagi..
    lame2 jeles lak..
    hahahahak...

    ReplyDelete
  14. tempat2 dalam malaysia pn best kalau bercuti... save budget.... hati senang... :)
    Xpayah pegi jauh2 pn... asalkan dapat bersama family pn ok... :)

    ReplyDelete
  15. bro eyriqazz..jgn lupa pekena asam pedas menangis kat bukit china...tangkap nangis woo..hehe otak-otak lagi sedap..adoii kempunannya nak makan otak-otak..kat utara takde a.. :(

    Bila Diana Danielle menyanyi. Apa pendapat korang?

    ReplyDelete
  16. waaa...
    cikgu .... bestnyer dpt pi melaka...
    sy dh lama benor x kesana... tringan gak nak naik bot tu.. pusing melaka....

    ReplyDelete
  17. memang best dapat pergi cuti. even melaka pon takpe sebab banyak sangat tempat utk dilawati. hari tu pergi melaka pon tak sempat nak explore semua. macam2 ada.

    rasa lagi 1 yg mesti pergi kat melaka tu ialah muzium samudera and of coursela a famosa. haha. even takde apa-apa pon tapi tu tempat bersejarah yg mesti dilawati. :)

    ReplyDelete
  18. wahhh...bestnya cuti....bro ddk kat negeri mana?xpenah naik menara taming sari tu lg....huhuhu..

    ReplyDelete
  19. nadia baru gi melaka seminggu lepas. kursus =D

    ReplyDelete
  20. selalu dah pegi melaka ..tp jarang2 dapat pergi semua tempat2 yg menarik..

    julai nanti nak ke kuching dengan family..cuti-cuti malaysia..hehe..

    ReplyDelete
  21. Salam, Ikan bakar kat Melaka ni memang tak sama ngan tempat lain. Rasanya memang berbeza sebab sambalnya . Kalau perah limau lagi sedap.Dulu pernah gak duk Melaka. Sesekali dapat bercuti macam ni memang best kan.

    ReplyDelete
  22. ama dah tak pergi melaka. dulu duduk melaka >10 tahun. sekarang pun masih nak balik melaka. banyak benda best kat sana

    ReplyDelete
  23. kalau p bercuti mmh best.hilang sume stress..tp kene la planning dlu klu x lari budget.heheh..dah lama xpg melaka..skrg melaka dah lain

    ReplyDelete
  24. salam bro....x pnah naik beca berhias cmni...huhu

    ReplyDelete
  25. cuti la lg dekat melaka. mai suke lepak dekat pantai kelebang. kt sane pun ada tmpt mkn sedap2. :D

    *alisya yg comey! teringit nk cubit pp dye.. hahaha

    ReplyDelete
  26. i love melaka so much! nak pegi nanti bila ade mase lagi..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails