April 5, 2010

My Favourite Sport

Apakah sukan kegemaran anda? (My Favourite SPort). Bagi saya sukan kegemaran saya tidak lain tidak bukan, ianya adalah Bola Sepak. Sampaikan begitu teruja dan sukakan sukan ini, aku membuat satu entry beberapa bulan yang lepas dengan tajuk :



Bola Sepak memang sukan kegemaran lebih 50% lelaki di dunia ini. Aku mula bermain bola sepak semenjak aku berusia 6 bulan lagi. Di kampung di kawasan aku bermain, akulah yang menjadi kapten pasukan untuk bola ini. Kenapa aku suka Sepak ya? :

1) Entah, mungkin sudah jiwa kelelakian, sejak main bola sepak dari kecil, inilah sukan yang tidak dapat aku lupakan dan selalu menjadi kegemaranku sehingga kini.
2)Seronok berkejar dan teruja terutamanya apabila dapat menjaringkan gol ataupun pihak sendiri dapat menjaringkan gol.
3)Banyak lagi kelebihannya yang sukar untuk diterangkan di sini.

Keterujaan aku tidak berakhir di sini. Minat punya pasal, aku pun join la contest yang dianjurkan oleh seorang blogger di luar sana iaitu Saudara Joegrimjow yang diberi nama :


Walaupun tidak menang, aku puas hati kerana dapat meluahkan perasaan dan bercerita pasal sukan di entry ku. Lagipun ,dah nama semangat kesukanan, kalah dan menang memang adat pertandingan la kan?

Saat terindah yang paling tidak aku lupakan berkenaan sukan ini ialah ketika Quarter Final Champion League tahun 2005 diantara pasukan kegemaranku iaitu AC Milan melawan Manchester United di Stadium Old Trafford. Teruja punya pasal, aku sanggup menjadi fan Manchester United semata-mata untuk mahu beli tiket. Lebih teruja apabila AC Milan menang 1-0 hasil jaringan Hernan Crespo yang membuatkan lebih daripada 50 ribu penyokong Manchester United terdiam. Speechless .Memang pengalaman yang tersangat mengujakan.

Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika saya bersama rakan-rakan ketika di Universiti dulu berjaya menjadi :

Johan ACCA Futsal Tournament 2008

Namun, bila main bola sepak ni , satu je yang memang tidak dapat dielakkan iaitu berpeluh dan bau peluh yang cukup menggiurkan. Hak3, faham-fahamlah kan? Namun, sekarang ini ,saya tidak perlu risau lagi. Penyelamat terbaru saya sudah muncul di saat-saat saya begitu memerlukannya iaitu :

Produk Penjagaan Badan Adidas

Terus-terang, semua produk itu saya ada dan pernah/sedang menggunakannya sempena hadiah Project Alpha Blogging Contest Season 1. Memang best dan mengujakan menggunakan produk ini sampaikan saya pun tercari-cari di Carrefour apabila Sabun Mandi Hair & Body saya habis. Isteri saya begitu menyukainya.Isteri Suka, sayapun suka,anda pula bagaimana?

Teruja dan tak sabar untuk menanti Project Alpha Season 2 pula. Tentu ada hadiah yang menarik juga, ada rezeki boleh aku tambah stok penjagaan badan Adidas yang cukup best dan syok ini. Satu pantun buat Adidas :

Produk Penjagaan Badan Adidas saya suka
Saya suka Isteri Suka
Anda pula taknak mencuba?
Sudah cuba tentu tergoda

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails