Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

April 26, 2012

SimplySiti Precious Hadiah Buat Isteri

Last time ada terima Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum . Sayang, tak dapat nak pergi jadi eyriqazz wakilkan rakan blogger antaranya Kak Ina KL. Check out her entry : 

Bestnya Jumpa Dato' Siti Nurhaliza Di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum


Di Majlis tu, Kak Ina KL kata dapat dua minyak wangi free coz dia bawa anaknya sekali. Memang surprise, bila eyriqazz hantarkan Serunding dari Kelantan yang dikirim olehnya , dia menghadiahkan :

SimplySiti Precious, khas buat Isteri katanya
Tentu Isteri suka, warna pink lagi...
Terimakasih Kak Ina, siap wifey pesan, nak kena beli lagi 2 ,cukupkan koleksi..
Dussh...

P/s : Kuat kan pengaruh artis? No wonder, ada IbuBapa yang namakan anak mereka dengan nama-nama artis i.e. Siti Nurhaliza

January 24, 2011

Kisah Siti Nurhaliza dan Isteri


Papa, Papa, Mama jumpa Siti Nurhaliza di sekolah tadi. Umm, biar betik Siti Nurhaliza datang sekolah Isteriku? Dia buat apa pi sekolah isteriku? Tertanya-tanya juga. Umm, dia datang buat apa di kelas Sayang?Hik3, adalah Papa, nanti mama cerita.

Adussh, kacau stim betoi. Baruje nak bergosip. Later on: Papa , Papa cuba tengok atas meja tu . Itulah bukti Siti Nurhaliza datang sekolah tadi :



Dussh, pelajar kelasnya bernama Siti Nurhaliza rupanya

Alahai, eyriqazz dihangitkan Isteri. Takpe2, ada lori ada bas, siaplah Malam Jumaat nanti Papa balas. Hik3...

P/s : Isteri cakap ada anak murid di Sekolahnya bernama Tiara Jacquelina dan Erra Fazira. Dussh, tak sangka kuat juga pengaruh artis ya? Sampaikan mak bapak kasi nama sebijik nama artis. 

March 27, 2010

Betulke Datuk Siti Nurhaliza dah Mengandung?

Hari minggu ni ingin mencipta kelainan sedikit. Terbaca di BeautifulNara pasal entry Datuk Siti Nurhaliza Dah Mengandung? .

Masih Ayu dan Anggun Datuk Siti Nurhaliza (kredit gambar kepada Lirikami )

Sedikit info seperti ditulis di BeautifulNara (Maaf Bang Nara,copy paste tanpa kebenaran)  :

  1. Perasaan tak ada semenjak dua menjak nie kat TV3 ada selingan Nas Ahmad cuba nak menerjah Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah terjahan yang dilakukan untuk mengconfirmkan kebenaran khabar-khabar angin yang menyatakan Datuk Siti Nurhaliza dah pun mengandung? Tapi sayangnya bro Nas Ahmad kita gagal dalam penerjahannya kali ini
  2. Kalau betullah Datuk Siti dah mengandung, jutaan tahniah kami ucapkan. Jaga kandungan elok-elok. Kurangkan aktiviti lasak. Makan kena jaga. Dan yang paling penting rehat kena cukup. Lagipun kandungan pertama nie mesti teruja. So kena hati-hati tue lebih sikit.

Fuhh, aku ni bolehla katakan minat skit-skit pasal Siti Nurhaliza ni. Hak3, artis wanita aku lebih berminat dengan Fauziah Latiff (sokong Isteri) dan juga Fara Fauzana (kurang kontroversi)

Mesti teruja, yerlah tarikh perkahwinan mereka pun dah agak lama juga. Rasanya kalau tak silap Datuk Siti Nurhaliza ni kahwin pada 21 Ogos 2006 dan majlis persandingan pada 28 Ogos 2006 (bolehla tengok info disini lebih lanjut : Siti Nurhaliza binti Tarudin )

Mesti teruja, kitorang ni pun kahwin akhir 2007 dan Isteri mengandung akhir 2008 pun orang dah ramai bertanya terutamanya keluarga terdekat. Bila nak dapat anak, Isteri dah mengandung belum? Siti Nurhaliza ni mestilah lagi teruja dan inginkan anak sendiri. Dah hampir 4 tahun mereka kahwin.

Aku rasa kalau betul Datuk Siti Nurhaliza mengandung, anak yang bakal lahir mesti comel-comel seperti di bawah ini :

Anak Perempuan
Anak Lelaki
Both Picture kredit to Pakcik Google

Ini nama yang bermain-main di fikiranku untuk anak Datuk Siti Nurhaliza (main ikut suka je nak pilih-pilihkan) :

Anak Lelaki - Khairul Syakirin ( K + S)
Anak Perempuan - Siti Khairuni ( S + K )

Ahaks-ahaks, cun tak nama tu?

P/s : Teruja bila Nas Ahmad nak terjah Datuk Siti Nurhaliza. Agak-agak berjayake terjahan itu?

P/s :Rasa-rasanya betul ke gosip tu? Saya ni tak berapa pandai bergosip, tapi bila pasal Datuk Siti Nurhaliza,ingin juga join sekaki. Hehehehe...

November 5, 2009

Koleksi Kasut Datuk Siti Nurhaliza (Part 3)

Ish2,bila la aku dapat belikan kasut-kasut camni untuk isteriku.Nuffnang taknak buat contest yang boleh dapat kasut-kasut cam Datuk Siti Nurhaliza ke?










P/s : Kalau Nuffnang buat pertandingan yang hadiahnya kasut camni,aku antara orang pertama yang akan menyertainya.Nuffnang,buatla pertandingan hadiah kasut-kasut cantik camni.Hehehe....

October 15, 2009

Koleksi kasut Datuk Siti Nurhaliza (Part 2)

Part 2.Koleksi kasut-kasut Datuk Siti Nurhaliza memang cantik-cantik.


 
 
 
 
 
 
 
 

P/s : Isteriku peminat Fauziah Latiff.Ada sesiapa ada koleksi kasut Fauziah Latiff tak?

October 9, 2009

Koleksi kasut Datuk Siti Nurhaliza

Forward dari kawan.Rasanya ini koleksi tahun 2007 .














P/s :Bilalah agaknya aku dapat belikan sepasang kasut camni untuk isteri?Rasanya kurang-kurang pun mahu cecah ribu-ribu ni.Ada sesiapa nak sponsor?
Related Posts with Thumbnails