Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label datuk siti nurhaliza. Show all posts

April 26, 2012

SimplySiti Precious Hadiah Buat Isteri

Last time ada terima Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum . Sayang, tak dapat nak pergi jadi eyriqazz wakilkan rakan blogger antaranya Kak Ina KL. Check out her entry : 

Bestnya Jumpa Dato' Siti Nurhaliza Di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum


Di Majlis tu, Kak Ina KL kata dapat dua minyak wangi free coz dia bawa anaknya sekali. Memang surprise, bila eyriqazz hantarkan Serunding dari Kelantan yang dikirim olehnya , dia menghadiahkan :

SimplySiti Precious, khas buat Isteri katanya
Tentu Isteri suka, warna pink lagi...
Terimakasih Kak Ina, siap wifey pesan, nak kena beli lagi 2 ,cukupkan koleksi..
Dussh...

P/s : Kuat kan pengaruh artis? No wonder, ada IbuBapa yang namakan anak mereka dengan nama-nama artis i.e. Siti Nurhaliza

October 15, 2011

Sokongan Artis Popular Buat Je Jai di Blogger MasterChefMalaysia

Blogger MasterChefMalaysia akan diadakan di Northern Entrance SACC Shopping Mall, Shah Alam mulai pukul 1230 tengah hari ini. InsyaAllah, kalau berkesempatan eden akan singgah lewat petang sikit untuk memberikan sokongan kepada Rakan Bloggerku yang berjaya ke Final @ Je Jai. 


Oh, sebelum terlupa, ini ada sedikit ucapan dari Artis di Malaysia sebagai tanda sokongan ke atas Bro Je Jai di Final Blogger MasterChefMalaysia yang akan berlangsung sekejap lagi :

Fasha Sandha

Rozita Che Wan
Siti Saleha Nora Elena
Datuk Siti Nurhaliza

Good Luckk Broo....

September 29, 2011

Gambar Isteri dan Artis Wanita Popular/Jelita

Kalau eyriqazz teruja dapat bergambar dengan Heroin Nora Elena/Siti Saleha, Alisya pula teruja dapat bergambar dengan Mia Sara Nasuha, tak kurang pula si Isteri Eyriqazz. Dia lebih excited coz dapat bergambar dengan ramai Artis Wanita Popular/Jelita di Astro Gempak Raya Open House.

Bersama Erra Fazira

Memang cantik dan jelita orangnya.Walaupun sudah berkahwin dan ada anak, body still maintain. No wonderla pernah dinobatkan Miss Malaysia.

Bersama Diana Danielle

Hot juga. Rasanya dia datang dengan Farid Kamil. Wahh,memang serasi gitu. Dengar cerita, Jutawan Hartanah bakal masuk meminang untuk dijadikan Isteri no. 2 dia...Ahaksss....Betoi ke?

Bersama Rozita Che Wan

Janda paling "meletup" di Malaysia sekarang ini. Memang jelita dan senyuman yang menggoda mampu menggugat lelaki di luar sana. Hik3, senyuman menggoda insan disebelahnya lebih menggugat hati ini... (ayat cover linee)

Bersama Datuk Siti Nurhaliza

Cantik dan Jelita. Harap-harap Datuk Siti Nurhaliza cepat dapat anak. Tentu comel macam Datuk. Mahu tips? Boleh2, pengerasnya barangan Simply Siti untuk Isteri selama setahun. Hik3, gurauje Datuk...

Once again, thanks Astro for the invite. Bukan main gembira lagi si Isteri. Kalau ada jemputan ke Majlis dapat berjumpa Fauziah Latiff, ajak-ajakla ya..Isteri saya memang peminat No. 1 Fauziah Latiff...

January 24, 2011

Kisah Siti Nurhaliza dan Isteri


Papa, Papa, Mama jumpa Siti Nurhaliza di sekolah tadi. Umm, biar betik Siti Nurhaliza datang sekolah Isteriku? Dia buat apa pi sekolah isteriku? Tertanya-tanya juga. Umm, dia datang buat apa di kelas Sayang?Hik3, adalah Papa, nanti mama cerita.

Adussh, kacau stim betoi. Baruje nak bergosip. Later on: Papa , Papa cuba tengok atas meja tu . Itulah bukti Siti Nurhaliza datang sekolah tadi :



Dussh, pelajar kelasnya bernama Siti Nurhaliza rupanya

Alahai, eyriqazz dihangitkan Isteri. Takpe2, ada lori ada bas, siaplah Malam Jumaat nanti Papa balas. Hik3...

P/s : Isteri cakap ada anak murid di Sekolahnya bernama Tiara Jacquelina dan Erra Fazira. Dussh, tak sangka kuat juga pengaruh artis ya? Sampaikan mak bapak kasi nama sebijik nama artis. 

June 23, 2010

Datuk K beli plat KCT 1 RM66,550 Buat Datuk Siti Nurhaliza | Berbaloi Ke?

Terbaca di Berita Harian kisah :



Sedikit apa yang ditulis di sana :

"ALOR SETAR: Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan KCT 1 dengan nilai bidaan RM66,550, semalam. 

Berdasarkan senarai nama yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, nama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa disenaraikan sebagai pemenang bagi bidaan untuk memiliki nombor emas itu.

Semalam, akhbar ini melaporkan penyanyi terkenal itu menjelaskan beliau bukan pembida utama nombor pendaftaran kenderaan berkenaan seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. 

Sebaliknya, pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2009 itu memberitahu pembida sebenar yang dimaksudkan adalah suaminya sendiri. "

Wah, memang giler kaya la Datuk K dan Datuk Siti Nurhalliza. Kalah gaji eden setahun tu. Huk3, kalau bagi kat eden kat best, boleh la eden melabur dan buat modal beli rumah satu lagi. Hik3....Rumah la, bukan rumahtangga...

Apapun, erbaloike ya? Jom layan komen dan pendapat pembaca di entry itu :

- bila duit mereka sentiasa lebih, tidak pernah tidak cukup seperti org yang kurang berkemampuan

- Suka hati dia la.. Bukan dia curi duit orang..

- Tahniah !!!, Itulah tandanya sayang teramat sayang suami isteri. Kalau ada duit tak menjadi masalah. Syabas ..... semoga bahagia ke akhir hayat.

- hmmmm rm66,550...banyaknya... syorkan bantu masyarakat yang miskin lagi bagus

- memang dah terlebih duit, kasi sedekah ke kat saya .dapat satu persona. dunia akhirat saya kenang.

- x membazir pun...tu hak individu yang ingin mendapatkan kan kepuasan....sma juga dgn kita...sanggup bayar apa yang kita nak....klu soal kebajikan tuk hak dia dgn tuhan...hanya tuhan je yang tahu kebajikan yang dia telah buat...jgn tanya kebajikan org...tanya diri sendiri dulu...sudah ckup ke kebajikan yang kita buat....

Selebihnya, bolehla baca sendiri. Pandangan saya, tepuk dada, tanya selera. Setiap orang ada citarasa dan kehendak mereka yang tersendiri. kalau duit tu tak digunakan untuk beli plat, mungkin dia akan beli kereta atau buat melancong. Pasal sedekah, siapa tahu mungkin Datuk K dan Datuk Siti Nurhaliza sudah bersedekah dan bayar zakat seperti yang dituntut dalam agama namun tidak dihebohkan? Perkara yang elok kata orang, cubit peha kanan, biar peha kiri tak rasa sakit.

Berbaloi atau tidak, bagi saya, masing-masing ada pandangan tersendiri. Respect for Others, Humility in Oneself .Adakah bila kita pula kaya, kita tidak akan berbuat perkara yang sama?

P/s : Bukan menyokong sesiapa, cuma, rasanya makan Chicken Chop lagi best dari makan daging manusia kan? Hik3, saya pun selalu juga tersasul. Yerla, bila sudah dicicah dengan pelbagai sos dan serbuk perasa, sedap juga .

P/s/s : Teringat kali pertama beli Plat Motor berharga RM350 untuk motosikal pertama. 

RM66,550 banyak jumlahnya
Semakin kayalah JPJ hasil kutipan nombor plat saja
Bilakah pula agaknya
Lesen memandu bakal dimansuhkan atau sekali seumur hidup sahaja?

No. Plat oh No Plat menarik yang di cerita-cerita
Nombor cantik menjadi idaman semua
Ada duit bolehla saja
Money Can't Buy you happiness but for everything else, Datuk K ada untuk belikan no. plat cantik buat Isteri tersayang, Datuk Siti Nurhaliza sudah semestinya

Related Posts with Thumbnails