April 10, 2010

Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 2

Projek Alpha SeasoN 2 Bloggers LauNch Part 2 (Final Part) Menyusul Kini
Acara menarik seronok sekali
Event Nuffnang memang ku tunggu setiap kali
Acara menarik memang puas hati

Sambungan dari Project Alpha Season 2 Bloggers Launch | Part 1 , inilah gambar dan komenku berkenaan event ini :

Bersama Timothy Tiah Co-Founder Nuffnang

Saya cukup kagum dan respek dengan Timothy. Walaupun dia adalah salah seorang pemilik Nuffnang, sikapnya memang down to earth, mesra, selalu tersenyum dan mudah melayan kerenah. No wonder Audrey tertawan dengannya. Kalau bergambar memang tak lokek dengan perkataan yang menjadi ingatan, 'What Your Name, Thank You'' dan tersenyum.

BeautifulNara, tetap hensem dan Cool Selalu

Abang Nara ni pun memang aku respek giler. Walaupun hits berpuluh-puluh ribu sehari, dia tetap layan orang macam biasa. Memang best borak ngan dia dan dialah salah seorang yang aku mahu 'Movie Date' untuk melayakkan dapat invitation ni . Inilah yang aku tulis di komen Join Us for the Project Alpha Season 2 Bloggers’ Launch!

Dia sangat popular tapi sangatlah ‘down to earth’. Baginya popular atau tak,dia masih melayan kerenah peminat blognya sama rata.Suka dengan gaya penulisannya dan dia tidak lokek dengan senyuman di mana-mana pun dia pergi event.Terasa ada sahabat baik bila Abang Nara join event Nuffnang.

Untuk entry mengutuk/mengumpat pasal BeautifulNara, bolehla tengok sini :


Budiey pun Cool juga

Budiey ni musuh ketat BeautifulNara di dunia blog. Budiey sempoi dan agak pemalu sedikit. Hik3, gurau je Bang Budiey. Inilah tagline Budiey kot, tembak,tembak,tembak...Hik3, ni lah first time dapat bergambar ngan budiey, teruja juga.
Di Depan Banner Project Alpha Season 2
Jojo Struys, Xia Xue dan Suami
Shaolin Tiger (2 tiga kali pandang ada Iras-iras Big Show kan? )

Shaolin Tiger berbadan besar. Susuk badannya kalau kena penampar sekali , sah tiga hari tak bangun ni. Inilah yang aku tulis pasal Shaolin Tiger pula :

Dia penuh berteka-teki. Tidak banyak yang ku tahu pasalnya namun sukakan gambar yang diambil olehnya.Sangat cantik dan berbakat.Ingin juga belajar tips photography darinya.Katanya dia “I’ve visited 8.44% of the world “.Mesti banyak pengalaman menarik yang boleh dikongsi dan Adakah dia boleh berkungfu?
Bean Moreno Vs Shaolin Tiger

Mamat sebelah Shaolin Tiger tu cam ku kenal je, tapi di mana ya? Kalau nak tahu, inilah Featured Blogger untuk Season 3 nanti. Dia ni memang pandai menulis dengan gaya yang puitis dan menusuk kalbu. Hik3, gurauje Bean ,jangan marah daa. Senyum memanjang je, dah nak jadi bapa ke Bean?
Niki Cheong Hensem Bergaya

Tidak banyak yang kutahu pasal Niki Cheong. Namun, seperti di Project Alpha website, Niki Cheong turut menjadi penulis jemputan di The Star dan 'Niki was named on of August Man magazine’s Men of the Year in 2009, for his contributions to the social networking scene in Malaysia' . Tahniah buat Niki, diani memang happy go lucky dan mempunyai personaliti yang sangat menarik

Deodorant Adidas Action 3 Untuk Lelaki

Inilah salah satu penaja utama Project Alpha Season 2. Barangan penjagaan badannya memang menarik dan mengujakan.Sekali cuba, terus tertawan. Saya salah seorang daripadanya.Indah Khabar, Indah Rupa, itulah Adidas Action 3.
Adidas Special Edition Pack

Alamak, masa event tu terlupa pula nak tanya, kat mana boleh beli Special Edition ni? Teringin nak beli, tapi tak tau kat mana boleh beli. Ada sesiapa tahu kat mana boleh dapatkan Special Edition ni?
Isteri Tersenyum Gembira

Mana tak gembiranya, dua-dua beg produk wanita. Adussh, next time kasilah lebih skit untuk lelaki. Kami kaum lelaki ni teruja juga mahukan produk Adidas Action 3. Huhuhu,apapun terimakasih juga.

Last but not least :

Projek Alpha SeasoN 2 Bloggers LauNch megujakan sekali
Aku tergoda aku jatuh hati
Event sebegini selalu ku nanti
Di lain kali jangan lupa jemput saya lagi

P/s : Amcam,best tak event ni? Tak rugi join Nuffnang, apa yang saya boleh katakan, KITA MESTI PILIH dan I LOVE NUFFNANG Apa pula pandangan anda? Teruja tak dengan Nuffnang dan Project Alpha Season 2?

8 comments:

  1. .gile beza bro bean dgn big show
    .hehehehe

    ReplyDelete
  2. OMG. Timothy nampak gila-gila friendly dowh ! Semua orang yang post pasal launch ni ada amik gambar ngan dia. And semua picture pon dia senyum camni. Baik tol ! :)

    ReplyDelete
  3. owh tidak!!sejak bila saya jadi featured blogger ni bang...haha...anyways thanks for da link...saya dah kasitau timothy suruh masukkan abg featured blogger season 3

    ReplyDelete
  4. memang best la bang oiii.....apo lak tak best nyo...yang lagi abgus abg tak pernah lupa bawa isteri klu ade event2 camni.hikhik

    ReplyDelete
  5. so nice to be in KL right.. can attend all the events.. =)

    ReplyDelete
  6. he...teringin :)

    tapi bilakah...??

    suka tengok abg dan isteri slalu bersama kem mana sj...beautiful nara tu sudah tuakah?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails