April 16, 2010

SENSASI | Bilikku di Universiti Dulu

Salam. Tetiba rindukan Zaman Universiti. Kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Jom nak berkongsi gambar bilik bujang semasa di Zaman Universiti ku. Best, duduk flat studio di tahun akhir. Tapi, mahalnya mengalahkan sewa Condo di KL . Kalau Convert lebih kurang dalam RM500+ seminggu. Mujurlah Ada Sponsor yang sudi membayar . Jom Singgah :


AKu RIndu Zaman Universitiku

Hak-hak bersepah kan bilikku. Bila tengok gambar-gambar ni antara memori yang buatkan aku rindu,syahdu dan tergelak sorang-sorang :

1) Teddy Bear . Hik3, ramai lelaki yang ada teddy bear semasa zaman universiti tapi bukannya jambu. Contohnya aku, macho selalu.Hak3.

2)Kicap Kipas Udang. Walaupun dah di negara orang, memang tak dapat melupakan kicap dan nasi. Tak makan nasi satu hari , rasa lain je hidup ini.

3) Zaman Universiti tu pun aku dah start berblog cuma hangat-hangat tahi ayam dan privatekan. Dulu pakai blogdrive tapi update sebulan sekali pun susah. Saje untuk lepaskan tension dengan menulis.

4)Keychain. Dari dulu aku suka kumpul keychain. Skang minat juga cuma tak de tempat nak gantung. Almaklumlah rumah sewa lagi.

5)Masak sendiri. Dah lama tak memasak. Dulu kat Uni, bukan setakat tomyam,paprik, kari, sup ayam, nasi ayam pun pernah saya masak.Boleh kata, Kak Ina KL pun kalah. Sekarang, masak maggi pun suruh Isteri masak. Hik3 lagi.

6)Buku Novel Lagenda Budak Setan. Minat punya pasal, berkali-kali aku habis khatamkan buku ini. Dengar cerita filemnya bakal keluar tak lama lagi, bila ya?

7)Johnson Baby. Umm, sampai sekarang aku masih terfikir, camna benda tu boleh ada kat situ? BIla masa aku guna ni? Musykil-musykil.

Adussh, aku rindu zaman Universiti. Betul la orang kata, zaman belajar adalah zaman paling best sepanjang hidup, kan? Haah, betul, zaman kahwin pun best, cuma tanggungjawab&peningnya pun boleh tahan. Kalau zaman belajar, apa yang dirisaukan hanyalah belajar dan duit belanja tak cukup.

Jadi, buat rakan-rakan  di luar sana yang masih belajar, hargailah ia sebelum anda merindui yang tidak terhingga seperti saya.

P/s :Korang rindukan tak zaman universiti dulu?

P/s/s :Rasa teringin nak belajar kembali. Seronokkan zaman Universiti?

44 comments:

  1. masa belajar memang best.. sebab takde hutang cam sekarang

    ReplyDelete
  2. rindu aaaaaaa... walaupun dah tinggalkan hampir nak 2thn tapi tatap rindu rindu rindu rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

    ReplyDelete
  3. owhh sy akan gunakan sebaik mungkin waktu ini...hihihi

    ReplyDelete
  4. salam singgah.

    cikgu, rindu kat uni mmg sentiasa ada. saya yg duduk melaka nih kalau naik pantai timur sesekali lalu segamat mesti nak pandang selekoh masuk ke arah Uitm Johor tuh, hilang laa jugak rindu tuh. ngehh...

    saya pon minat LBS nih. movie dia kuar 3 jun nih :) lisa surihani-farid kamil berlakon.

    ReplyDelete
  5. yup sgt betul2, i pun rindu sgt zaman kat itm dulu.

    ReplyDelete
  6. rindu zaman sekolah asrama.. =)

    ReplyDelete
  7. seronok jugak masa universiti tapi jelez kat orang kapel satu kelas.sebab pakwe jauh ms study.buleh?hahahaha.

    ReplyDelete
  8. seronok ! memang seronok sangat zaman study kat U.. hoho

    ReplyDelete
  9. x der nak rindu2, sekarang tengah akt university. weee~~~~ kene menghargai setiap detik kt cni.

    ReplyDelete
  10. Iyer cikgu katanyer nk keluar xlama lagi.. tengoklah promo LBS kat blog Pojie nih;
    http://pojiepooh.blogspot.com/2010/04/lagenda-budak-setan-movie.html

    Erm, btw saperlah yg sponsor duk studio tuh ek? Lalala...

    Betulah rindu zaman² study..

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan..
    menarik gak topik ni..
    zmn U mmg la seronok sgt..
    tapi sy study UPM jek..
    rezeki di Malaysia... :)
    ckp pasal bilik mmg study dulu dari thn 1 sampai 3 mmg dok dalam kolej..
    so mmg bilik tu sederhana je la.. seronok sbb tgl dgn kawan2 yg kecoh n havoc giler...
    bila skrg dok sorg2 teringat2 dok ngan kwn2 dlu.. mmg rindu sgt2...
    rasa nk balik study kt U jek hehehe...
    tapi mmg fun sgt especially bila ada yg sambut bday...
    sure kena mandi punya laaa.... lagi mantap kalo kena mandi ngan air kolam ikan yg btahun x di cuci... hehehe...
    anyway tu just pengalaman masa kt U yg masih segar dalam ingatan... :)

    fizziefiza.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. eyriqazz...siap ada teddy bear lagi tu...class!
    Mmg rindu time study dulu...esp sebab ada geng2 yg rapat sangat tapi sejak semua dah kawin ni & duduk jauh2, mmg jarang jumpa. Dulu2 masa zaman study kat Itm kecoh isu org minyak! Tu salah satu kenangan pahit manis dok univ....

    ReplyDelete
  13. rindu sangaaaaaaaaaaaaattt!!!

    ReplyDelete
  14. a kl citizen :betul tu.hati pun tenteram dan seronokje kan?

    ReplyDelete
  15. Munirah Abd :saya rindu sgt...rindu nak tengok arnab berlari2 juga

    ReplyDelete
  16. allis :yup,memang rindu...memang ditunggu2 filem lagenda budak setan ni..mesti gempak..pelakon pun best

    ReplyDelete
  17. kojah :hargailah ia...besttt

    ReplyDelete
  18. ceritacherita :dulu bercita2 nak blajar uitm..namun apakan daya...

    ReplyDelete
  19. Aini :zaman asrama pun best...prep,panjat tangki air,etc..

    ReplyDelete
  20. nuRuLain_zAiNi :memang nice

    ReplyDelete
  21. e.l.i.s.s.m.i.e :sambungla blajar dua2..boleh kapel lagi...hik3

    ReplyDelete
  22. QuiNOLLIne :hargailah ia..pengalaman yang menyeronokkan...windu2

    ReplyDelete
  23. ||| PöJìé PööH ||| :sponsor saya JPA...scholarship..hik3..

    ReplyDelete
  24. cik fiza :salam perkenalan juga. haahkan..zaman universiti memang mengujakan..byk pengalaman yg tidak dpat dilupakan

    ReplyDelete
  25. ICA:orang minyaK?fuhh..tentu takutkan?

    ReplyDelete
  26. From The News :rindu sangat2...

    ReplyDelete
  27. wah, aku pun musykil dgn baby johnson tue... adekah?

    ReplyDelete
  28. zaman unibersiti sangat2 seronok tapi tahanla dugaan hehe
    aku xde teddy bear...aku ade tiger bear. name die koko koh3

    ReplyDelete
  29. heh heh, sbb baru habis belajar, xrindu sgt ah, rindu kawan kawan je. mmg mata da fokus kat teddy bear dgn losyen tu je.. :p


    hokey, jumpa esok.. ;) kali ketiga kot jumpa eyriqaz.. :')

    ReplyDelete
  30. kicap tu memang sentiasa ade masa kat U,ha.ha,,

    ReplyDelete
  31. Lagenda Budak Setan versi filem akan keluar pada 2 Jun 2010 :)

    ReplyDelete
  32. ARC™ :hahaha..tiger bear pun sama la tu bro...hik3...

    ReplyDelete
  33. Lovely Emy :hik3..tuhla ..musykil camne losyen tu muncul..

    ReplyDelete
  34. are-bue :kicap kipas udang memang menjadi pujaan

    ReplyDelete
  35. Time masa U dan Master di overseas dulu mmg best....best kerana asik ada duit kerana kejar kerja jer....bukan nak study....

    Dr Azrin @ http://azrin.info

    ReplyDelete
  36. Anne Boleyn :Lancaster Univ, UK

    ReplyDelete
  37. zaman universiti mmg best. sedih nak habis belajar dah. :(

    p/s : lagenda budak setan keluar jun nanti tak silap.

    ReplyDelete
  38. kat sana pandai masak ek..balik sini dah kawin mengada-gada kan..sebab dah ada org masakkan yer..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails