November 8, 2010

Ikan Bakar Umbai

Weekend lepas, kami sekeluarga bercuti di Seremban. Sempatla juga malam tu kami singgah di Ikan Bakar, Pernu Umbai, Melaka. Mula-mula dah sampai ke Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai namun selepas menelefon rakan yang selalu ke Umbai , kami ke Pernu Umbai kerana seperti katanya di Terapung Umbai harganya lebih mahal. Namun pengalaman di sini tidak mengecewakan :

Ikan Siakap Bakar Medan Ikan Bakar Pernu, Umbai (RM22.40)
Gerai Ikan Bakar Parameswara menjadi Pilihan Kami
Ramainya orang beratur pilih Ikan dan Lain-lain
Full House, nasib baik kami sampai langkah kanan ada yang baru beredar

Alisya dan Mama dah tak sabar
Ikan dibakar
Pekena dengan Nasi Lemak pun syok juga (RM0.60 sebungkus)
Sepahat, RM12.00
Butter Prawn , RM52.50
Air Asamnya memang sedap
Full Set, Ikan Bakar, Sepahat masak pedas, Butter Prawn, dan Air Fresh Oren 1 1/2 Jug (Total RM105.00)

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai : Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka. Telefon No : 012-3152301 ( En. Jalaludin) dan 013-6825718 ( En. Rahmat)

Overall memang puas hati dan menyelerakan. 3 orang makan semuanya berpuas hati. Terubat juga rasa di hati mahu makan Ikan Bakar di Umbai. Lain kali mungkin boleh singgah di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai pula. Lokasinya pun dalam beberapa ratus meter saja dari Pernu Umbai. rating kuberikan untuk makanan di sini adalah 8.5/10. Sedap, menyelerakan, harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

Ikan Bakar Pernu Umbai kami singgahi
Rasanya sedap lazat sekali
Masih teringat-ingat di dalam hati
Ikan bakar menggiurkan enaknya sukar dilupai

P/s : Pernah Singgah di Ikan Bakar Umbai? Apa pula kata anda?

28 comments:

  1. banyak tmpt ikan bakar kat melaka..kat alai pun ok juga..harga pun murah sket..

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab lapar kot..tu yg sodap je..haha.nnt nak try gak p cna, last time pi pun dkt 2 thun yg lalu.nnt nk try terjah masa kenduri kawan hubby kat melaka..yum2. delicious...;)

    ReplyDelete
  3. sy suka mkn ikan bakar kt umbai esp gerai parameswara

    Jom baca Ikan Bakar Umbai version saya pulak :)

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa
    sepahat tuh mmg best
    kita panggil siput buluh
    hihii

    ReplyDelete
  5. best nye.. teringin nak makan. klu pregnant ni, sure terliur.. huhu

    ReplyDelete
  6. tak baiklah ko ni bro .. buat aku meleleh air liur je tengok ikan bakar tu.. huhu.. terbaik punya makan ni.. murah rezeki kau eyriqazz

    ReplyDelete
  7. fuhh bro, beday kot bikin party kt sini pon ok gak.

    ReplyDelete
  8. kat sini la yg den makan aritu, pehhh matap

    Terkini : Pemandu Bas Dirotan

    ReplyDelete
  9. hari tu aku makan disitu, harga berpatutan jugak !yg penting sedaaappp :)

    ReplyDelete
  10. terbaik... meleleh air liur ku...

    ReplyDelete
  11. huwaa...hehee...sampai jugak ek...

    ReplyDelete
  12. mcm best jer bro? adoi..aku bab2 mkn ne dh jadi antu dh since berat menurun ngn mendadak..hoho

    ReplyDelete
  13. aduyaiiii sedapnyer tgok makanan2 kt atas tu.. bikin hati gundah gelana nak pi kesana

    ReplyDelete
  14. @amirah :Alai tu kat mana ya?Melaka destinasi wajib kami setiap tahun

    @akmafaizal :mungkin juga..tapi memang sedap,tryla singgah bro...

    @stormz:oh,nampak nya saya memilih gerai yang tepat la ya?

    @Lya Colours :siput buluh?hik3..first time dgr..tapi memang sedap..

    @chentaMAYA:nyam3..sedap

    ReplyDelete
  15. @Suliana:nyam2,memang best..azwa yang tak pregnant pun berselera makan..

    @Tn.Punya :hik3,amin...memang sedap bro..dah lama wife ajak pi,ni baru sempat pi..

    @Matjoe :bro nak sponsorke bro?kecik tapak tangan, lori bulldozer saya tadahkan

    @suffer8zine :mantap kan?

    @e.l.i.s.s.m.i.e;nyam2,memang sedap...

    ReplyDelete
  16. Owhhh... ini la tempatnya... tak penah sampai lagi... hmmm... memang menarik laa.... MEMANG MEMBUKA SELERA laaa

    ReplyDelete
  17. @niDa :terbaik..nyam2

    @mia:sampai..kenapa huwaa?

    @darkbatman:jom terjah umbai,bro blanje

    @Ciklinn :jom terjah umbai

    ReplyDelete
  18. aduh....posa2 ni mmg mencabar iman tol...bila la nak sampai umbai ni :p

    ReplyDelete
  19. uihhh sedap nampak. lama jugak tak makan ikan bakar ni.


    p/s: alaa bro tak link blog kita pon =(

    ReplyDelete
  20. dkt area selayang ada satu kedai seafood chinesse muslim, sedap sgt, kami makan bertujuh baru rm160. memang mantap, udang dia saiz xxxl, kami dh tak pandang umbai dh hihi :P

    ReplyDelete
  21. ramailah kat umbai nie. weekend full house lah.

    ReplyDelete
  22. sedapnya ikan bakar yang kat atas tuuu...
    terasa lapar perut nieee...

    ReplyDelete
  23. wahaha..my home town ni..yg kedai eryqazz g ni mmg full aje klw ari minggu..lalalala..mmg the best~

    ReplyDelete
  24. hi,can i have the contact number ?
    so that i can call for booking.
    thank you so much :)

    ReplyDelete
  25. @hazman aka species1980:yup,memang sedapp...

    @[s][u][e][h][a][n][n]:jom terjah umbai..

    @cik EPAL:memang sedap dan linkkan kembali..remove b4 coz ingatkan cik epal dah nak berhenti berblog...

    @Liyana Lunia.:serius?boleh kasi alamat dan nombor telefon?

    @CikLilyPutih :yup..mmg full house

    @fadah:nyam3,sedap

    @Oong-ong :memang bestt...oh home town ke?seronok la ya?

    @erney :dah updatekan di entry contact no...

    ReplyDelete
  26. ikan bakar umbai mmg terbaek!

    wah seyes terliur tgk


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    ReplyDelete
  27. alamak terliurnya, otw blk dr jb blh singgah tmpt nie mkn ikan bkr siakap tu..aiyooo cam sedap je :P


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails